Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

NORLEHA BINTI RUSLAN


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:LAIN-LAIN
THE LEADER IN ME
4. Tarikh Pembentangan 1 APRIL 2024 5. Masa: 7.30-8.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
BILIK KULIAH U404, INSTITUT AMINUDDIN BAKI BANDAR ENSTEK
7. Sinopsis

Buku The Leader in Me mengajar kepemimpinan abad ke-21 dan kemahiran hidup kepada
pelajar serta mewujudkan budaya pemerkasaan pelajar berdasarkan idea bahawa setiap kanak-
kanak boleh menjadi pemimpin.

The Leader in Me mengandungi himpunan kisah di sekolah dan ibu bapa yang mempersiapkan
generasi baru ini supaya dapat menghadapi cabaran hidup yang kompleks,berpandukan contoh
dan kaedah yang berjaya diguna pakai di serata dunia.

The Leader in Me juga mengandungi konsep terbaik di kelas yang diamalkan oleh pemimpin
pemikiran pendidikan global. Melalui proses yang logik, berurutan dan seimbang, hal ini dapat
membantu sekolah mencerminkan visi sekolah dan merancang budaya sekolah secara proaktif.

The 7 Habits of Highly Effective People adalah komponen utama dalam keseluruhan proses The
Leader in Me. Tujuh tabiat ini ialah:
1. Sharpen the saw. Don't work yourself to death. ...
2. Be proactive. ...
3. Begin with an end in mind. ...
4. Put first things first. ...
5. Think win-win. ...
6. Seek first to understand, then to be understood. ...
7. Synergize.

Kesimpulannya, The Leader in Me melihat bahawa setiap anak-anak dan murid mampu menjadi
pemimpin dengan amalan tujuh tabiat yang disarankan dalam buku ini.

Tambahan, Sekolah Harris Park Elementary dengan bangga telah menjadi salah satu daripada
lebih dari 2000 buah sekolah awam dan swasta di 35 buah negara yang telah mengamalkan
proses The Leader in Me dengan jayanya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Ketujuh-tujuh tabiat ini mampu meningkatkan potensi diri saya dalam kerjaya dan kehidupan
seharian melalui empat dimensi pembaharuan iaitu; Fizikal: Senaman, pemakanan,dan
pengurusan tekanan. Hal ini bermaksud menjaga tubuh fizikal saya, makan dengan betul, cukup
tidur, dan bersenam secara teratur. Dari segi sosial / emosi: Layanan, empati, sinergi, dan
keselamatan intrinsik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengetua sekolah telah memberikan taklimat di sekolah tentang tujuh tabiat ini dan merancang
untuk mewujudkan visi sekolah melalui pelaksanaan ketujuh-tujuh tabiat ini terhadap warga
sekolah.
Warga sekolah juga telah diberikan sebuah buku catatan untuk mencatatkan segala kebaikan dan
perlakuan positif yang telah dilakukan pada setiap hari di dalam buku tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................
(NORLEHA BINTI RUSLAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai