Anda di halaman 1dari 8

Dasar

Pembangunan
Sumber Manusia
Pengajian Am Semester 2

CHANNEL PA 900 STPM@CNM


DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DASAR PANDANG KE TIMUR -1982

1. Memilih amalan terbaik dari negara-negara timur


2. Mewujudkan nilai etika kerja yang baik

Objektif
1. Mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja yg baik
dan positif
2. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi
3. Mempelajari sistem pengurusan dan orginisasi negara
maju di timur seperti Jepun dan Korea Selatan yg boleh
meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah
kemajuan negara Malaysia.

Strategi Dasar Pandang Ke Timur


1. Perubahan Struktur
2. Kad perakam waktu, tanda mama, PMMK, fail meja dan
pejabat terbuka
3. Perubahan Sikap
4. Perkhidmatan cemerlang, bersih cekap dan amanah,
kepimpinan melalui teladan
5. Latihan Dan Kursus
6. Latihan perindustrian dan teknikal, program pengajian
akademik, skim latihan pembangunan usahawan

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

1. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkan oleh


Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir pada 19 Mac 1983.

Matlamat-matlamat
1. Meningkatkan daya pengeluaran negara
melaluiperkhidmatan yang lebih cekap.
2. Menerapkan sifat-sifat pemimpin yang baik untuk
dicontohi oleh para pekerja.

Langkah-langkah
1. Menerapkan dasar ini melalui iklan di media massa dan
ceramah-ceramah untuk pegawai-pegawai kerajaan.
2. Memperkenalkan pemakaian tanda nama, kad perakam
waktu dan menubuhkan Kumpulan Kawalan Mutu Kerja
(QCC).

1. Pencapaian ialah peningkatan dalam mutu perkhidmatan


kerajaan.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Matlamat-matlamat:
1. Melahirkan kakitangan kerajaan yang bersih dari segi
moral dan fizikal, cekap dalam menjalankan tugas dan
bersikap jujur.
2. Menambahkan daya pengeluaran negara dan
menghapuskan pengamalan rasuah.

Langkah-langkah
1. Perhimpunan, kursus-kursus kemahiran dan aktiviti-
aktiviti sukan diadakan.
2. Peranan Badan Pencegah Rasuah dikukuhkan.
3. Semua pegawai kanan kerajaan dan anggota Jemaah
Menteri diwajibkan untuk mengisytiharkan harta yang
dimiliki oleh mereka.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM

Matlamat-matlamat
1. Meningkatkan daya pengeluaran negara melalui amalan
nilai-nilai Islam.
2. Meningkatkan mutu perkhidmatan.
3. Melahirkan masyarakat Malaysia yang bermaruah tinggi.

Langkah-langkah
1. Menerapkan nilai-nilai Islam seperti ikhlas, tekun, amanah,
berbudi dan mulia di kalangan pekerja dalam pentadbiran
kerajaan.
2. Pakaian yang berdasarkan nilai-nilai Islam digalakkan
manakala pakaian yang mengghairahkan tidak dibenarkan
di kalangan kakitangan kerajaan.

Pencapaian
1. Institusi-institusi yang berdasarkan Islam seperti Syarikat
Insurans Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan Bank
Islam telah ditubuhkan.
2. Masalah sosial seperti rasuah di kalangan kakitangan
kerajaan diharap dapat dihapuskan.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm
DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

Latar Belakang
1. Disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada
September 1982
2. Untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk
pada tahun 2100
3. Untuk memastikan pertumbuhan penduduk seiring dengan daya
pengeluaran negara

Objektif
1. Meningkatkan jumlah penduduk Malaysia kepada 70 juta orang
2. Menyediakan tenaga kerja mencukupi mengikut permintaan pasaran
3. Meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan sosial dan
perkhidmatan sosial
4. Meningkatkan daya- pengeluaran negara
5. Mengukuhkan keselamatan dan politik negara

Strategi
1. Cuti bersalin bergaji bagi kakitangan awam untuk lima orang anak selama 90
hari dan cuti khas kepada pekerja ketika isteri bersalin
2. Potongan cukai pendapatan untuk setiap anak yang dilahirkan
3. Meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran melalui Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara
4. Meningkatkan penggunaan tenaga
5. Bekalan air disediakan berjumlah 15.6 billion meter padu
6. Menukar kempen kurang anak kepada galakan ramai anak
7. Pengguguran dan pemandulan hanya untuk kes-kes tertentu sahaja
8. Umur minima berkahwin bagi wanita bukan Islam ialah 18 tahun.

Implikasi (Positif)
1. Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi
2. Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi
3. Mengurangkan buruh asing penggantungan terhadap
4. Pasaran tempatan yang luas
5. Pertahanan negara yang kuat
6. Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan

Implikasi (Negatif)
1. Kekurangan peluang pekerjaan pengangguran berlaku
2. Pertambahan beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas terhadap
penduduk
3. Kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar
4. Peningkatan masalah sosial
5. Kekurangan kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan
6. Masalah perumahan
Channel PA 900 STPM@Cnm
Cnm
DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Latar Belakang
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi
semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan
2. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju
serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat
dan negara.
3. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk
pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan
wilayah.
4. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi
mengubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta
institusinya.

Objektif Umum
1. Untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah
negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,
dan ditunjang oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif Khusus
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya
mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina
masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral
dan beretika
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor
dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya
masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota
masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan
integriti
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat
dan negara, dan peningkatan kesejahteraan masyarakat hidup
anggota
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha
menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi
dengan lebih berkesan.
Channel PA 900 STPM@Cnm
Cnm
DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

DASAR MELAHIRKAN TENAGA KERJA YANG BERDEDIKASI DALAM


PERKHIDMATAN AWAM

1. Langkah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan.

Matlamat-matlamat
1. Memberi latihan dan kemajuan kerjaya melalui Institusi
Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk meningkatkan
prestasi kerja kakitangan awam.
2. Kakitangan kerajaan memberikan daya pengeluaran yang
lebih tinggi pada waktu pejabat.
3. Melicinkan pentadbiran persekutuan dan memperbaiki
persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Langkah-langkah
1. pengarah sebagai strategis di jabatannya diberi kuasa untuk
mengambil tindakan tata tertib melalui Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Awam ke atas kakitangan kerajaan yang tidak
berdisiplin.
2. Penerbitan Jurnal Perkhidmatan Kerajaan digunakan
sebagai panduan bersama kakitangan untuk meningkatkan
prestasi pengurusan dan pentadbiran dalam kerajaan.
3. Penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada
kakitangan kerajaan yang memberikan perkhidmatan yang
baik dan berdisiplin.
4. Memperkenalkan sistem laporan berkala untuk
memudahkan pengawalan dan penilaian oleh ketua-ketua
jabatan.

Pencapaian
1. Banyak pihak telah mengiktiraf dan mengakui bahawa
perkhidmatan kerajaan di beberapa jabatan telah
bertambah baik.
2. Melahirkan kakitangan kerajaan yang lebih dedikasi.

Channel PA 900 STPM@Cnm


Cnm

Anda mungkin juga menyukai