Anda di halaman 1dari 11

RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman

27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

KERTAS PEMBENTANGAN

IMPLEMENTASI MIKRO KREDIT BERASASKAN QARD


HASAN BAGI DANA ZAKAT

Ahmad Husni Abd Rahman, Muhammad Furqan Abdullah, Dr Nurul Ilyana Adnan &
Dr Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

0
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

Implementasi Mikro Kredit Berasaskan Qard Hasan Menggunakan


Dana Zakat1
Ahmad Husni Abd Rahman, Muhammad Furqan Abdullah, Dr Nurul Ilyana Muhd Adnan & Dr
Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

PENDAHULUAN
Dewasa ini pendekatan Value Based Intermediation (VBI) yang dianjurkan oleh pihak Bank
Negara Malaysia (BNM) agar dapat dipraktikkan oleh sistem perbankan dilihat sesuatu yang
amat signifikan dalam mengimbangi antara perbankan yang berorientasikan keuntungan dan
aktiviri perbankan yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi masyarakat, memberi
impak kepada kelestarian dan memenuhi maqasid syariah yang berkaitan (BNM, 2018).

Antara produk atau prinsip muamalah Islam yang boleh dijadikan sebagai salah satu model
dalam pendekatan VBI adalah al-Qard al-Hasan. Prinsip ini secara umumnya, bermaksud
pinjaman yang baik dan ia merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan
kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam
aspek kewangan. Oleh itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam
sahaja tanpa dikenakan faedah sewaktu pembayaran semula dibuat kepada pemberi
pinjaman. Qard Hasan adalah transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas
daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial (Norajila et.al, 2015).

Rentetan daripada pandemic Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini, peningkatan
golongan miskin relatif yang terkesan dengan kesempitan ekonomi akibat krisis kewangan
yang berlaku. Ini menimbulkan situasi golongan yang bersifat unbankable menjadikan
peluang mereka memohon pembiayaan menerusi produk-produk perbankan semakin terhad.

Melihat kepada kapasiti institusi perbankan yang berasaskan kepada perniagaan dan
keuntungan, maka aplikasi Qard Hasan ini dilihat kurang popular untuk diketengahkan
berbanding aplikasi prinsip-prinsip muamalat yang lain. Lalu ia menjadi pilihan institusi yang
lain seperti koperasi, perkhidmatan al-rahnu, institusi berasaskan pendidikan dan lain-lain
seumpamanya (Sabran, 2001).

Justeru institusi zakat dilihat sebagai alternatif terhampir dalam menjadi sumber kepada
pembiayaan sama ada menerusi kaedah mikro kredit atau selainnya menggunakan prinsip
qard hasan dengan kapasiti kewangan yang ada. Zakat dilihat mampu menjadi satu sistem

1Kertas Kerja dibentangkan dalam Muzakarah Cendiakawan Syariah Nusantara Kali ke-16 ISRA (INCEIF)
bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar Kedah pada 27-28 Julai 2020.

1
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

keusahawanan sosial dan alternatif yang patut diberikan perhatian. Antara lain elemen ibadah
dan keagamaan yang disinergikan usaha pembangunan asnaf menerusi sistem agihan yang
terancang, komprehensif dan berdaya maju bakal menunjukkan betapa Islam itu mampu
memberi jawapan dan solusi kepada pelbagai permasalahan kehidupan.

Oleh yang demikian, inovasi dalam agihan perlu difikirkan sesuai dengan kondisi negara
menuju revolusi industri 4.0. Sehubungan dengan ini, terdapat perbincangan fiqh dalam
kalangan para ulama’ mengenai hukum menggunakan dana zakat sebagai pembiayaan mikro
atau secara khususnya qard hasan. Ini dilihat mampu untuk memberi impak yang positif
khasnya kepada keperluan para asnaf yang semakin berkembang. Kedudukan kemiskinan
mereka khasnya yang tidak mempunyai pendapatan tetap menjadikan mereka tidak
berkelayakan membuat pinjaman atau pembiayaan berskala besar dari institusi kewangan
bagi membantu mereka untuk lebih maju dalam hidup.

Para ulama’ Islam telah bersependapat bahawa keutamaan dalam agihan zakat ialah untuk
membasmi kemiskinan antaranya menerusi pengagihan zakat produktif. Kaedah bagi
merealisasikan pengagihan zakat produktif ini antaranya ialah melalui penyediaan modal
pusingan daripada dana zakat melalui pembiayaan mikro. Justeru, penerima zakat dalam
jangka masa tertentu, diharapkan mampu mengubah status daripada penerima zakat kepada
pembayar zakat.

PERBINCANGAN HUKUM MIKRO KREDIT MENGGUNAKAN DANA ZAKAT

Sebelum perbincangan lanjut berkenaan status keharusan permasalahan ini, adalah wajar
untuk melihat aspek penentuan titik perbezaan (Halaqah al-Niqash Sunduq al-Zakah li
Mustahiqqiha, 2013):

1. Tiada khilaf mengenai pengharaman memberi qard hasan dana zakat kepada
golongan yang tidak berhajat kepadanya.
2. Tiada khilaf mengenai hukum keharusan bagi institusi zakat rasmi membuka akaun
deposit dalam bank-bank Islam kerana berdasarkan hujah yang mengharuskan
melewatkan agihan.

Namun demikian, khilaf terjadi pada isu pemberian zakat kepada asnaf secara qard hasan.
Punca perbezaan pandangan yang timbul adalah sejauh mana kebolehlaksanaan pihak
pemerintah atau institusi zakat untuk mengutip dan mengagihkan zakat kepada asnaf yang
berhak atau selainnya menerusi kaedah pemberian pinjaman atau pembiayaan mikro dari
dana zakat. Hal ini adalah kerana permasalahan ini masih dalam ruang lingkup zanniyat dan

2
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

masih terbuka pada perbincangan serta ijtihad-ijtihad baharu. Justeru, kertas ini akan
melampirkan hujah-hujah yang mengharuskannya.

Pendapat ini dinisbahkan kepada beberapa orang tokoh ulama’ seperti al-Mawdudi, Hasan
Abdul Rahman, Abdul Wahab Khallaf, Muhammad Abu Zahrah, Muhammad al-Haydar Abadi,
al-Qaradawi, Abd al-Sattar Abu Ghuddah, Muhammad al-Zuhayli, Abdul Hamid al-Ba’li dan
Ni’mat Mashhur (Salahuddin, Muhammad Mubarak, 2014).

Terdapat juga beberapa sarjana yang mengharuskan kaedah ini, umpamanya Muhammad al-
Zuhayli berpendapat keharusan terikat apabila wujudnya surplus (lebihan) daripada dana
zakat pada peruntukan asnaf al-gharimin (Nadwah Zakat). Abd al-Sattar Abu Ghuddah dalam
perbincangan Nadwah Zakat ke-18 pula menyatakan sebagaimana berikut:

‫فإذا كانت هناك أموال للزكاة وتصرف يف أوقات دورية حبيث تكون هناك سيولة ملدة أشهر فما املانع من اإلقراض؟‬
‫مبا حيمي الغارمني من الزكاة ألن القرض أسهل من الصدقة ولذلك قالوا يف ابن السبيل أبنه إذا وجد من يقرضه‬
‫فهذا أفضل من أخذ الصدقة‬
“Jika sekiranya terdapat harta perolehan zakat dan diagihkan secara berkala yang mana
terhasilnya suyulah (kecairan dana zakat) dalam beberapa bulan, maka apakah yang
menghalang daripada (dibolehkan) pemberian pinjaman (qard), iaitu dengan cara yang
berupaya mengelak asnaf gharimin daripada diberikan zakat. Hal ini kerana memberi pinjam
lebih mudah2 berbanding sedekah. Oleh sebab itulah para ulama’ menyatakan berkenaan
asnaf ibnu sabil bahawasanya jika wujud orang yang boleh memberinya pinjam lebih afdal
berbanding mengambil zakat.”

Dr Yusuf al-Qaradawi (Fiqh Zakat, 2005) turut menyokong pandangan yang mengharuskan
kaedah pembiayaan ini dengan mengemukakan pandangan beliau di bawah perbahasan
asnaf al-Gharimin:

2 Dalam erti kata lebih rendah risiko harta tersebut hilang atau luput begitu sahaja tanpa boleh dimanfaatkan oleh
pihak lain. Hal ini kerana hutang jika telah dilangsaikan bayaran oleh pihak penghutang, maka bayaran tersebut
boleh diberikan pinjam kepada pihak lain yang memerlukan dan begitulah seterusnya. Manakala pemberian
sedekah akan terhenti setakat penerimanya sahaja (Lihat: Zakat al-Qard al-Hasan Dirasah Fiqhiyah, Muhammad
Khalid Mansur, hlm. 1053). Perkataan ‫ أسهل‬ini juga boleh ditafsirkan sebagai pemberian hutang lebih afdal
berbanding sedekah, sebagaimana yang diketahui terdapat dalam hadis yang menyatakan sedemikian, di samping
pemberian hutang juga termasuk dalam bab saling membantu untuk menunaikan hajat penghutang.

3
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

‫أعتقد أن القياس الصحيح واملقاصد العامة لإلسالم يف ابب الزكاة جتيز لنا القول إبقراض احملتاجني من سهم الغارمني‬
‫ وبذلك تساهم الزكاة مسامهة عملية يف حماربة الراب والقضاء على‬.‫على أن ينظم ذلك وينشأ له صندوق خاص‬
‫ أبو زهرة يف حبثه عن الزكاة معلال ذلك أبنه إذا كانت الديون العادلة‬:‫ وهذا ما ذهب إليه األ ستاذ‬.‫الفوائد الربوية‬
‫تؤدي من مال الزكاة فأوىل أن تعطى منه القروض احلسنة اخلالية من الراب لرتد إىل بيت املال فجعلوه من قياس‬
.‫األوىل‬
Jika dilihat menerusi hujahan ini, Dr Yusuf al-Qaradawi dan sarjana lain berpandangan satu
tabung (dana) khas perlu diwujudkan untuk melaksanakan pembiayaan mikro ini. Dana
khusus tersebut berperanan memberi pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang
memerlukan (al-muhtajun) daripada peruntukan asnaf al-Gharimin secara qiyas awla.

Akan tetapi, pemberian pinjaman menerusi dana zakat ini seolah-olah sebagai tawaran silang
(counter offer) untuk mengelakkan mereka yang memerlukan bantuan kewangan pergi
kepada pinjaman-pinjaman yang tidak patuh Syariah atau berasaskan riba3.

Abu Zahrah misalnya menyatakan, kalaulah zakat boleh digunakan untuk membayar hutang,
maka lebih-lebih lagi ia boleh diberikan dalam bentuk qard hasan tanpa faedah (riba) yang
kemudiannya dikembalikan kepada baitul mal. Ini kerana bayaran balik kepada pemerintah
bukanlah bermakna dana zakat tersebut menjadi hak pemerintah malah ia akan diagihkan
semula kepada penerima zakat yang lain yang hak mereka sebelum ini sedikit tertunda.

Golongan al-muhtaj secara umumnya merangkumi mereka yang meminta-minta dan yang
menahan diri daripada meminta-minta (QS al-Ma’arij: 25). Justeru, dengan pelaksanaan
kaedah mikrokredit ini diunjurkan dapat menyampaikan kepada golongan yang menahan diri
daripada meminta-minta meskipun mereka tergolong dalam kalangan yang memerlukan
bantuan.

Selain itu, antara tujuan akhir dalam pengagihan zakat ialah untuk membangunkan asnaf
zakat sama ada dalam bidang kerohanian, sosial, pendidikan dan ekonomi. Menurut
perspektif ekonomi, antara kaedah yang dipakai ialah pengagihan zakat melalui zakat
produktif. Hal ini jika dilihat pada jangka masa panjang atau diteroka menerusi pendekatan
fiqh ma’alat dijangka dapat mengubah dan merubah kondisi penerima zakat menjadi asnaf

3 Dalam konteks Malaysia, segelintir pihak yang menawarkan pinjaman mengenakan kadar faedah yang agak
tinggi meskipun diberi lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Justeru, menerusi pembiayaan mikro ini,
masyarakat Muslim terutamanya golongan ‘unbankable’ dan ‘under bankable’ mempunyai alternatif untuk
mendapatkan kemudahan pembiayaan yang patuh Syariah sekaligus menjadikan institusi zakat berperanan dalam
meminima dan menghapuskan sebarang bentuk transaksi riba dalam masyarakat.

4
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

produktif menerusi platform keusahawanan (Khairul Azhar, 2019, Sanep, 2012 dan Isma Addi,
2007). Pendekatan agihan zakat produktif antaranya boleh dibuat dalam bentuk penyediaan
modal kerja secara pembiayaan mikro. Pembiayaan mikro ini boleh disediakan sama ada
dalam bentuk akad qard hasan, musyarakah ataupun mudarabah.

Pembiayaan mikrokredit boleh dilaksanakan umpamanya menerusi penubuhan dana khas


yang terbentuk daripada wang zakat yang dihimpunkan. Sebagai contoh, dana ini akan
diberikan kepada fakir miskin dalam bentuk qard hasan untuk mereka menggunakannya bagi
tujuan tertentu yang memberi manfaat kepada mereka. Apabila mereka telah selesai
menggunakannya, wang tersebut akan dibayar semula dan dimasukkan ke dalam tabung
dana khas ini. Seterusnya dana ini boleh digunakan lagi untuk membiayai asnaf yang lain bagi
tujuan yang sama. Maka, benefisiari (penerima manfaat) dana ini boleh mencakupi jumlah
yang ramai pada masa akan datang dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa orang sahaja.

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Kali Ke-15 yang bersidang pada 7- 8 Julai 2021
bersamaan 26-27 Zulkaedah 1442H turut memuatkan perbincangan mengenai potensi
pengunaan dana zakat untuk memberi pembiayaan mikrokredit. Dalam resolusinya, pihak
MUZAKARAH 2021 telah memutuskan bahawa dana zakat boleh digunakan untuk
pembiayaan asnaf zakat yang terkesan dengan pandemik secara qard hasan berdasarkan
parameter (dawabit) tertentu. MUZAKARAH 2021 turut mencadangkan agar kajian lanjut
dijalankan untuk membina suatu parameter bagi implementasi mikrokredit berasaskan qard
hasan menerusi dana zakat semasa dan pasca pandemik.

Oleh yang demikian, mikrokredit secara qard hasan menerusi dana khas zakat bagi kegunaan
asnaf merupakan suatu yang wajar diteroka berdasarkan hujahan ulama yang
mengharuskannya. Hal ini turut disokong oleh pandangan sebahagian fuqaha’ berkaitan
sesetengah hukum hakam fiqh zakat dengan mengambil kira objektif memenuhi keperluan
(sadd al-hajah), mencapai maksud bersimpati (al-muwasat) dan saling menghulurkan bantuan

Implementasi Mikro Kredit Menggunakan Dana Zakat

Dalam melihat kebarangkalian terhadap implementasi mikro kredit menggunakan dana zakat,
perlu diberi perhatian terhadap beberapa faktor dan perbincangan utama. Antara faktor-faktor
yang mendominasi perbincangan adalah aspek fatwa dan amalan yang dilakukan oleh para
pengamal atau institusi zakat itu sendiri berdasarkan beberapa data pilihan yang dirumuskan
berdasarkan negeri-negeri:

5
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)

Satu usaha kajian terperinci telah dilaksanakan hasil kerjasama antara Alliance Islamic Bank
Berhad, Pusat Pungutan Zakat dan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai kewajaran dan
keharusan melaksanakan pembiayaan mikro kredit menggunakan dana zakat.

Menerusi kajian ini telah dikemukakan beberapa cadangan sebagaimana berikut:

a) Kajian melihat agihan menerusi aplikasi mikro-kredit mampu dilaksanakan dari dana
zakat agar seluruh aspek dan dimensi agihan, berdasarkan hujah pengharusan yang
telah diberikan oleh para fuqaha’ telah disentuh dan diteliti.

b) Keharusan pembiayaan mikro bersumberkan dana zakat adalah menepati maqasid


zakat dan maslahah berkaitan asnaf. Namun demikian, keharusan ini terikat dengan
beberapa garis panduan cadangan sebagaimana yang berikut:
i. Tidak menghalang hak asnaf lain yang lebih utama keperluannya.
ii. Pembiayaan ini mempunyai maslahah yang rajih kepada penerima yang berhak.
iii. Keharusan kaedah ini adalah terhad bagi tujuan pemberian bantuan modal
perniagaan.
iv. Terdapat jaminan kelangsungan dan kelestarian harta zakat yang digunakan
untuk pembiayaan mikro-kredit tersebut, hal ini bagi mengelakkan dana zakat
terdedah kepada risiko berkurangan atau habis sehingga menafikan hak asnaf.
Jaminan ini boleh ditetapkan menerusi kajian kebolehlaksanaan (feasibility
study).
v. Pembiayaan mikro tersebut boleh dibayar semula ketika diminta pada tempoh
yang dipersetujui.
vi. Pembiayaan adalah bersifat terhad (limitasi), bersifat jangka pendek dan tidak
membebankan.
vii. Tanggungjawab dan peranan institusi zakat dan pihak yang menguruskan
pembiayaan mikro perlu jelas dan memastikan aspek akauntabiliti dan
professionalism dalam pengurusan.
viii. Pembiayaan diuruskan oleh institusi yang mempunyai kepakaran dan
pengalaman dalam aspek pembiayaan, hutang-piutang, undang-undang dan
sistem yang praktikal.
ix. Pembiayaan diberikan dalam situasi dana zakat terhad sedangkan permintaan
dan permohonan zakat bertambah melebihi peruntukan yang ada umpamanya
dalam situasi pandemik covid-19 yang menyebabkan ramai rakyat kehilangan
sumber pendapatan.

6
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

Namun begitu, cadangan ini telah dibentangkan dan dibawa kepada perhatian Majlis
Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-131 pada 10 Ogos 2021 dan telah
diberi maklumbalas sebagaimana berikut:

(i) Tidak bersetuju untuk membenarkan pembiayaan mikro (pemberian pinjaman menerusi
dana zakat).

(ii) Pembiayaan akan diberikan kepada golongan asnaf yang memerlukan dan mereka
tidak perlu membayar balik pembiayaan tersebut. Mereka juga perlu diberi bimbingan yang
berterusan.

Negeri Selangor Darul Ehsan

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan


perkara berkaitan ini dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu’tabar dan mengambil
keputusan seperti berikut:

“Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan
pada 23 Mac 1998 memutuskan untuk bersetuju dan menerima dengan pembaharuan
palaksanaan agihan modal melalui konsep bayar semula separuh peruntukan agihan modal
dalam Dana Amanah Fakir/Miskin dan Muallaf (DAM).”

Namun berdasarkan maklumat yang terkini, perkara ini telahpun diberhentikan


perlaksanaannya.

Terkini, pihak Alliance Islamic Bank Berhad telah membawa kertas kajian mereka ke pihak
Jabatan Mufti Negeri Selangor dan pihak mereka telah memberi keizinan kepada Alliance
Islamic Bank untuk bekerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor bagi membuat
projek rintis sebagai percubaan awal kepada konsep pembiayaan mikro kredit menggunakan
dana zakat sebelum diputuskan secara rasmi sebarang fatwa berkaitan perkara ini.

Negeri Pulau Pinang

Berdasarkan fatwa bertarikh 11 Disember 2019, pihak Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa


Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2016 dan Bil. 5/2018 telah membincangkan mengenai Zakat
Sebagai Pinjaman. Fatwanya ialah wang zakat tidak harus diberi sebagai bantuan pinjaman
kerana harta zakat merupakan tamlik (memberi milik) bukan untuk pinjaman.

7
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

Negeri Melaka

Jawatankuasa Fatwa Melaka pada tahun 2011 pula membenarkannya dengan syarat.
Menurut mereka, skim bantuan pinjaman perniagaan secara qard hasan daripada
asnaf al-gharimin boleh dibuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengambilkira pendapatan
pemohon selagimana perniagaan yang dijalankan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Walau bagaimanapun, disebabkan dana zakat yang terhad, maka pentadbir zakat perlu
menetapkan syarat-syarat tertentu dalam pemberian pinjaman perniagaan ini berdasarkan
kaedah awlawiyyat (keutamaan) bagi menjamin wang zakat dapat diagih secara adil
kepada semua sanaf yang berhak. Justeru itu, mereka mengesyorkan supaya skim ini hanya
layak untuk pemohon yang memenuhi syarat iaitu pemohon yang hendak memulakan
perniagaan sahaja dan juga pemohon tidak mampu memperolehi pinjaman daripada mana-
mana institusi kewangan berlandaskan syariah.

Kaedah yang telah dilaksanakan adalah dengan memberi pinjaman am berjumlah RM 5,000
dengan bayaran balik secara ansuran bulanan serendah RM 15. Namun, setelah jumlah
pembayaran semula tertunggak hampir RM 1.5 juta, skim ini telah diberhentikan pada tahun
2015 namun kutipan pembayaran semula masih lagi berjalan sehingga ke hari ini. Pendekatan
menghapus kira pembayaran semula pembiayaan tersebut juga dilaksanakan kepada asnaf
yang benar-benar tidak mampu membayar dan berdasarkan justifikasi oleh pihak Pusat Zakat
Melaka.

Negeri Kedah Darul Aman

Inisiatif mikro kredit menggunakan dana zakat ini telah dipersetujui oleh panel penasihat
Syariah LZNK dan juga Ahli Lembaga Pengarah serta diluluskan konsepnya oleh
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Sebagaimana yang disebutkan dalam keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kutipan dan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah Kali ke 4/2020
Bertarikh 19 Ogos 2020:

I. Meluluskan cadangan Skim Pembiayaan Mikro Kredit LZNK dengan mewujudkan satu
tabung khas menggunakan peruntukan awal daripada Kumpulan Wang Pentadbiran
dan Pengurusan berjumlah RM 1,000,000.00.
II. Supaya ditubuhkan satu jawatankuasa khas secara pentadbiran bagi tujuan menilai
dan menentukan kelayakan penerima serta kemampuan mereka untuk membayar
semula pembiayaan ini.

8
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

III. Satu laporan mengenai pelaksanaan skim ini hendaklah dibuat dan dibentangkan
secara suku tahun bagi tujuan memantau dan mengawal risiko pelaksanaan skim ini.

Skim mikro-kredit ini menawarkan kepada penerima bantuan yang digelar sebagai usahawan
jaya diri. Bermula tahun 2021, projek permulaan dimulakan dengan penyaluran dana dan
mengadakan perjanjian pembiayaan bersama 3 orang asnaf di bawah kategori fakir miskin
menerusi peruntukan dana amil zakat.

Permohonan yang berjaya akan memperoleh dana permulaan sebanyak RM 3,000 dan perlu
dibayar semula amaun yang sama. Kemudian, setelah kesemua dana dibayar semula, akan
ditawarkan pinjaman dua kali ganda iaitu RM 6,000 dan begitulah seterusnya. Peruntukan
dana pula dibuat berdasarkan permintaan dan diberikan kepada usahawan dalam kategori
selain start-up company, iaitu usahawan sedia ada yang ingin mengembangkan
perniagaannya.

Penutup

Potensi ke arah pelaksanaan konsep pembiayaan mikro kredit menerusi aplikasi qard hasan
menggunakan dana zakat perlu dilihat sebagai salah satu alternatif bagi memberdayakan
potensi asnaf. Bukan sekadar qard hasan, konsep lain seperti mudharabah dan musyarakah
juga boleh dikaji secara lebih lanjut sebagai alternatif tambahan.

Kerjasama pintar dan strategik antara institusi zakat dan perbankan Islam juga dilihat perlu
diperkasakan. Dengan kepakaran dan kapasiti yang ada, diharapkan mampu merealisasikan
hasrat ini dengan lebih efektif. Model yang bakal digunakan adalah tertakluk kepada
kesesuaian dan keadaan asnaf, situasi dan keberolehlaksanaan.

9
RAIA Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman
27-28 Julai 2022 (27-28 Zulhijjah 1443H)

BIBILIOGRAFI

Al-Qaradawi (2006). Fiqh al-Zakah. Kaherah: Maktabah Wahbah

Bank Bilad (2014). Halaqah Niqash Sunduq Iqrad al-Zakah li Mustahiqqiha. Riyadh: Dar al-
Mayman

https://www.bnm.gov.my/-/guidance-value-based-intermediation-03102018

Khairul Azhar et. al. (2019). Keberkesanan Program Pembangunan Ekonomi Asnaf oleh
Lembaga Zakat Selangor. http://journaleacademiauitmt.uitm.edu.my/v2/index.php/home.html

Norajila Binti Che Man, Nor Azlina Binti Abd Wahab, Norafifah Binti Ab Hamid, Nurul Izza Binti
Ahad, Nuruul Hidayah Binti Mansor, Qard al-Hasan: Isu dan Amalannya di Malaysia 2015,
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan,
https://www.researchgate.net/publication/282854613_Qard_al-Hasan_Isu_dan_Amalan

Sabran, Osman, 2001, Urus niaga Al–Qard Al–Hasan; Dalam pinjaman tanpa riba, Penerbit
UTM, Skudai, Johor Bahru

Salahuddin, Muhammad Mubarak Ahmad (2014). Iqrad Amwal al-Zakah. Tesis Sarjana
Universiti al-Quds (Palestin)

Sanep Ahmad. (2012). Membangun Keusahawanan Asnaf: Analisis Konsep Model


Pemindahan Teknologi. Prosiding, Persidangan Kebangsaan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
ke-7

10

Anda mungkin juga menyukai