Anda di halaman 1dari 4

JBA1003 SK PENGKALAN RINTING

Bismilahirahmanirrahim

Masak ranum buah tomato,


Di makan bersama buah kuini,
Hajat datang menyampaikan pidato,
Awal bismilah bicara ku disini .

Terima kasih pengacara majlis.

Yang dihormati kombinasi para juri yang arif Iagj bijaksana sebagai penegak
keadilan,penjaga masa yang budiman. guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya
hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian.Assalamualaikum
Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera.

Berdirinya saya di atas persada indah tidak Iain dan tidak bukan, kerana ingin
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk. "Budaya Membaca Melahirkan
Murid Berfikiran
Global".

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan “membaca” bermaksud memerhatikan isi
sesuatu yang tertulis atau bercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya seperti buku. novel dan mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak
pada buku dan sebagainya.

Manakala pengertian "global" pula berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat


bermaksud meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat dan
menyeluruh sesuatu perkara yang dilihat.
Membaca adalah satu amalan mulia dan merupakan jabatan ilmu kepada semua manusia.
Oleh itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan pelajari daripada amalan membaca.
Dengan amalan membaca sahaja ianya membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang
dan mempunyai imaginasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat
berbanding dengan orang yang kurang membaca. Menurut Kenedy (1981) membaca adalah
"keupayaan seseorang untuk mengencam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna
yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsir maksud".

Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri
seseorang.Hal ini kerana, perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca
berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang
mereka miliki . Sikap individu yang suka membaca tersebut dapat melahirkan seorang
manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan berfikiran global .
Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi pemimpin di
sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan sesebuah negara
tersebut.

Hadirin sekalian,
Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya diamalkan sejak dari kecil lagi.
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk membaca dapat melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejajar dengan kehendak negara yang ingin
menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu pengetahuan yang tinggi, maka ibu bapa
hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Agama
islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbuktilah kelahiran ramai
tokoh-tokoh ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sinar, Ibnu Khawarizmi, Ibnu Biruni dan
ramai lagi. Kesemua tokoh-tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada
bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan
penemuan baru. Semua pemimpin negara juga menggalakkan masyarakatnya membaca
supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam menerima kecanggihan dan kemodenan
dunia. Bagi masyarakat Jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan amalan mereka kerana
daripada amalan membaca mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan juga dapat
berdaya saing dengan dunia luar.

Murid-murid pada masa kini memang diharapkan akan dapat memenuhi keperluan negera
dan antarabangsa. Murid perlu berfikir secara global, holistik , memiliki jati diri yang kualiti.
Dengan membaca , pemikiran murid pada masa kini hendaklah sejajar dalam era globalisasi
supaya dapat melahirkan murid yang serba boleh , berkemahiran tinggi , berkepimpinan ,
inovatif & kreatif serta tinggi keupayaan intelektual & komunikasi.

Walaubagaimanapun, setiap perkara ada pro dan kontranya. Bacaan pada masa kini
dengan perubahan teknologi yang moden dan canggih hari ini telah menjadikan amalan
membaca tersebut dengan membaca perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kebanyakan
golongan remaja hari ini menambahan ilmu pengetahuan mereka melalui bacaan-bacaan
secara maya yang berunsur ganas dan tidak mendatangkan faedah contohnya seperti
majalah lucah , majalah-majalah yang berkaitan dengan perkara yang negatif seperti
hiburan buli, gengsterisme , pegangan agama yang songsang dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian amalan ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi
rendah akhlak dan cetek ilmu pegetahuan.

Oleh hal yang demikian , masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh semua lapisan
masyarakat terutama ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak menjadi liar disebabkan
pengabaian daripada ibu bapa . Walaubagaimanapun , pihak kerajaan hendaklah
menjalankan pemantauan terhadap penerbit buku tersebut memantau buku-buku yng
datang dari luar negara . Selain itu , peranan ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau
gerak geri anak-anak apabila melayari internet untuk mendapatkan bacaan secara maya.
Hal ini kerana , melalui amalan membaca , kita dapat melahirkan masyarakat yang
cemerlang tetapi apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu yang songsang
akan menyebabkan mereka mudah untuk dijajah . Membaca merupakan jambatan ilmu
dan tiang pembangunan kepada semua .
Sekian sahaja pidato saya pada hari ini , saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata
& terdapat tutur bicara yang kurang sopan semua saya menyampaikan pidato tadi . Sekian
, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai