Anda di halaman 1dari 7

PERKARA UCAPAN

PENGUMUMAN Mohon perhatian keapda semua hadirin, bagi memastikan majlis kita
berjalan dengan lancar pada hari ini, semua hadirin diminta :

1. meminimakan urusan keluar masuk dewan

2. Tidak Mengaktifkan Telefon Bimbit Atau Meletakkan Nada ‘Silent Mode’

Untuk makluman hadirin sekalian, di dalam woven bag terdapat borang


soal selidik yang perlu diisi oleh semua peserta.
Borang ini hendaklah diisi dan diserahkan kembali kepada pihak urusetia
selepas tamat sesi pada tengahari ini.

NYANYIAN Semua hadirin diminta untuk berdiri


LAGU bagi sama sama menyanyikan
NEGARAKU & Lagu Negaraku, dan Selamat Sultan
SELAMAT bersama iringan muzik.
SULTAN (lagu)
Semua hadirin dipersilakan duduk.

DOA Hadirin sekalian,

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh

Encik Mohd Saiful Hajdi bin Md Nor

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(doa)
Terima kasih diucapkan kepada
Encik Mohd Saiful Hajdi bin Md Nor
Atas pimpinan doa itu tadi.

Assalamualaikum pembuka bicara


Ahlan wasahlan saya ucapkan
Selamat datang kepada semua
Moga majlis Allah berkatkan

1
SOLUTATION Bismillahirrahmanirrahim…
PENGERUSI Assalamualaikum w.b.t……
MAJLIS
Yang Berusaha
Tuan Hj Mohamad b Abd. Wahab
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Yang Berusaha
En Kamal Ruzaman bin Hasan
Ketua Penolong Pengarah HEM
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Yang Berusaha
En Faizul bin Othaman
Penolong Pengarah HEM
Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Yang Berusaha
En Norhisyam bin Ali
Ketua Penggerak Guru Insani Negeri Kelantan

Yang Berusaha
Barisan Jawatankuasa Guru Insani Peringkat Negeri Kelantan

Yang Dihormati
Guru-guru dari sekolah-sekolah seluruh Negeri Kelantan
Serta tuan tuan dan puan puan yang dirahmati sekalian.

Harum cempaka di sisi bidara


Indah redup dihias melati
Salam sembah pembuka bicara
Sulamkan mesra satukan hati

2
3
Kuning emas masaknyapadi
KATA-KATA Mawar
ALUAN merahdahannyaberduri
Terima kasihdaunkeladi
Kerana sudi menghadirkandiri

Sarung ketupat berisiinti


Dibawa budak sambilberlari
Kehadiransemua
sangatdihargai Moga
majlisbertambahseri

Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran kepada Rahmat pencipta


kerana di atas limpah dan kurnianya,
maka kita diberikan ruang dan waktu untuk sama sama berkumpul
di dewan yang indah ini,
Untuk sama-sama mewarnai

Majlis Sesi Libat Urus Dato’ Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bersama sama Guru Insani Kelantan 2024.
pada hari ini.
Bacaan Doa Orang Jawa berdagang di kota
Singgah di Acheh membeli gamat
Tangan dirafak restu dipinta
Doa dipohon moga selamat

Hadirin sekalian,

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh

Saudara Encik Mohd Saiful Hajdi bin Md Nor

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Encik Mohd


Saiful Hajdi bin Md Nor

atas pimpinan doa itu tadi.

4
Ucapan Aluan Adat berbahasa
menyampaikanpesan Adat majlis
menyampaikanucapan

Bagi memulakan tirai ucapan,


majlis dengan ini menjemput

Yang Berusaha
En Kamal Ruzaman bin Hasan
Ketua Penolong Pengarah HEM
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(ucapan aluan)

Terima kasih diucapkan kepada En Kamal Ruzaman bin Hasan


diatas ucapan aluan itu tadi.

SESI LIBAT Indah Nian Pucuk Bidara


URUS Indah Lagi Bunga Setanggi
Ucapan Tuan Penerus Bicara
Silakan Tuan Yang Kami Hormati

Warga dewan yang dihormati sekalian,

majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha
Tuan Hj Mohamad b Abd. Wahab
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Untuk menyampaikan ucapan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan Timbalan Pengarah)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada

Yang Berusaha

5
Tuan Hj Mohamad b Abd. Wahab

Di atas ucapan itu tadi.

Cenderamata Warga dewan yang dihormati sekalian

PENUTUP Dengan berakhirnya slot terakhir itu tadi, maka berakhirlah


Majlis Sesi Libat Urus Dato’ Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bersama sama Guru Insani Kelantan 2024.
pada hari ini.

Dengan berakhirnya slot itu tadi, maka majlis kita pun sudah sampai ke
penghujungnya.

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
hadir pada hari ini.

Saya mewakili warga kerja, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak di dalam
menjayakan
Majlis Sesi Libat Urus Dato’ Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bersama sama Guru Insani Kelantan 2024.
pada hari ini.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Semoga dapat kita bersua kembali dalam pertemuan yang lain.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugasan diberi,
Dilain masa bersua lagi.

SEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFI


SEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAI
6
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI
SEMOGA PERSAHABATAN TERSIMPUL RAPI.
MUDAH-MUDAHAN KITA BERJUMPA LAGI.

Saya tutup majlis kita pada hari ini dengan lafaz yang mulia

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t.


Sekian, terima kasih.

Majlis bersurai..

Anda mungkin juga menyukai