Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

Majlis Menyambut Penolong Kanan Ko-Kurikulum

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM


Mengumumkan perarakan masuk Yang berbahagia , Penolong Kanan Ko-kurikulum dan
rombongan ke dalam bilik gerakan wawasan SK Ayer Chanal.

(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, En. Zailani Bin Harun Guru Besar SK Ayer Chanal.
Yang Berusaha Tn. Hj. Ashri bin Ismail, Guru Besar SK Ipoh Tanah Merah.

Yang Berusaha Barisan Guru Penolong Kanan


En. Othman Bin Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran, SK Ayer Chanal.
Pn. Norashikin Bt. Mohd Noor Penolong Kanan Pentadbiran SK Ipoh
En. Jasapaty Bin Setra @ Abd Latiff Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan HEM SK Ayer Chanal
En. Azhar Bin Ibrahim Penolong Kanan HEM SK Ipoh
En. Rosnida Bt Remli Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Ipoh
Yang Diraikan En Zilkamal Bin Ahmad Penolong Kanan Ko-kurikulum Baharu SK Ayer
Chanal.
Tidak lupa juga Kepada
Yang Dihormati
Tuan Haji Wan Zain Bin Draman Yang Dipertua PIBG SK Ayer Chanal
En Ahmad Bin Mat Hassan Naib Yang Dipertua PIBG Sk Ayer Chanal

Tetamu-tetamu jemputan , guru-guru SK Ayer Chanal serta Guru-guru rombongan dari SK Ipoh.
(2)

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata Selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan digerakkan minda serta deria rasa
untuk kita sama-sama berkumpul di Bilik Gerakan Wawasan Sk Ayer Chanal ini bagi meraikan
Selamat Datang Kepada Penolong Kanan Ko-kurikulum baharu ,iaitu yang Berusaha. En.
Zilkamal Bin Ahmad .

Terbang helang di hujung salang,


Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Semoga kita ceria sentiasa

Pihak majlis serta seluruh warga SK Ayer Chanal merasa berbesar hati, mengucapkan selamat
datang serta mengalu-alukan kepada Penolong Kanan Ko-kurikulum baharu En. Zilkamal Bin
Ahmad dan semua tetamu jemputan yang hadir. Semoga dengan kedatangan En. Zilkamal Bin
Ahmad dapat menyemarakkan lagi iltizam, memperkuatkan tekad, memperkasakan ikhtiar bagi
memajukan dan mengangkat taraf SK Ayer Chanal Khususnya dalam bidang kokurikulum.

(3) [roslina]

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis yang penuh bermakna ini diteruskan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha
Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Othman Bin Mat Isa bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan
al-fadzil ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
(4)

Meneruskan acara, Selamat datang Penolong kanan kokurikulum


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Zailani Bin Harun Guru
Besar SK Ayer Chanal , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

………….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Zailani Bin Harun di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar itu tadi.

(5)

Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berusaha Tuan Haji Ashri bin
Ismail Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ipoh untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

............

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Haji Ashri Bin Ismail atas ucapan sebentar itu tadi.

(6)
Hadirin hadirat dan para jemputan yang dikasihi sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata, lontaran idea dan gagasan.
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang diraikan En.
Zilkamal Bin Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum baharu SK Ayer Chanal untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

………….

Demikian tadi, satu penyampaian yang tulus, pengucapan yang telus, percikan kata yang halus
membawa mesej dan makna yang kudus dari yang diraikan En. Zilkamal Bin Ahmad Penolong
Kanan Kokurikulum baharu SK Ayer Chanal
(7)
Majlis diteruskan dengan acara bertukar-tukar cenderahati lambang jalinan ukuwah yang erat
antara sekolah kebangsaan ayer chanal dengan sekolah kebangsaan Ipoh. Semoga idea dan
semangat kekitaan ini dapat diteruskan demi kepentingan anak bangsa.

Dengan itu majlis mempersilakan En. Zailani bin Harun Guru Besar SK Ayer Chanal serta Tuan
Haji Ashri Bin Ismail berdiri bagi menyempurnakan acara pertukaran cenderahati.

(8)

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada yang berusaha
En Zilkamal bin Ahmad Penolong kanan Ko-Kurikulum
Ucapan terima kasih kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam
memastikan majlis permai pada siang ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Batu feringgi pantainya indah


Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Para tetamu jemputan dan juga para guru dijemput ke dewan terbuka untuk menikmati juadah
jamuan yang telah disediakan

Sekian, Wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai