Anda di halaman 1dari 19

ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174

BBEK4203

PROGRAM

BACHELOR OF HUMAN RESOURCES MANAGEMENT WITH HONOURS

SEMESTER / TAHUN

JANUARI 2022

KOD KURSUS

BBEK4203

TAJUK KURSUS

PRINSIP MAKROEKONOMI

NO. MATRIKULASI : 821028146174001


NO. KAD PENGENALAN : 821028146174
NO. TELEFON : 0169184870
E-MEL : juesymi@oum.edu.my
juesymi@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Tanjong Malim

0
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN

BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 MASALAH MAKROEKONOMI 3-6

2.0.1 Pengangguran 3-5

2.0.2 Inflasi 5-6

3.0 DASAR – DASAR MAKROEKONOMI 6-8


3.0.1 Dasar Kewangan 7

3.0.2 Dasar Fiskal 8

3.0.3 Dasar Pendapatan 8

3.0.4 Dasar Penawaran Sampingan 8

4.0 PENDAPAT MENGENAI DASAR MAKROEKONOMI 9 - 10

4.0.1 Pendapat Pertama 9

4.0.2 Pendapat Kedua 9

4.0.3 Pendapat Ketiga 10

4.0.4 Pendapat Keempat 10

5.0 KESIMPULAN 10 - 11

6.0 RUJUKAN 12 - 13

BAHAGIAN 2

SOALAN 1 14 - 16

SOALAN 2 16 - 18

1
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

BAHAGIAN I
1.0 PENGENALAN

Makroekonomi ialah kajian mengenai peristiwa pertumbuhan ekonomi sesebuah


negara yang meliputi aspek – aspek seperti pendapatan negara, pelaburan, pengeluaran,
penggangguran, inflasi, kadar faedah, harga dan pelbagai lagi. Kajian dan analisis secara
berkala ke atas aspek – aspek tersebut dapat menyumbang kepada pencapaian dalam
keseimbangan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Seterusnya, taraf hidup rakyat juga
dapat dipertingkatkan. Dasar makroekonomi yang digunakan dalam sesebuah negara
berupaya untuk menentukan perkembangan ekonomi secara komprehensif dan memperbaiki
permasalahan makroekonomi.

Tiada sebuah negara pun yang terkecuali daripada masalah – masalah makroekonomi
yang menjadi tidak menentu pada sesuatu masa. Oleh yang demikian, saya lebih berminat
dan selesa untuk memilih negara sendiri Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan
penghuraian dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini. Tugasan ini juga
saya percaya dapat meningkatkan kefahaman dan membantu dalam mengaplikasikannya
dalam usaha untuk menyokong tindakan negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lestari.
Saya juga berharap semua rakyat Malaysia sama – sama membangunkan sifat keprihatinan
dan kebertanggungjawaban dalam diri masing – masing dan berusaha mencari penyelesaian
untuk menangani cabaran yang sedang negara hadapi.

Malaysia merupakan sebuah negara harmoni yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
etnik. Ia mempunyai 13 negeri, tiga Wilayah Persekutuan dan terbahagi kepada dua kawasan
iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (Barat dan Timur) dengan populasi
sebanyak 32.75 juta penduduk. Mempunyai keluasan kira – kira 330,803 kilometer persegi
dengan pelbagai bentuk muka bumi dengan keistimewaannya tersendiri. Terdapat kawasan
berbukit, tanah tinggi, gunung ganang, banjaran dengan ketinggian yang berbeza – beza.
Keunikan Malaysia dengan pelbagai khazanah yang diwarisi sehingga kini menjadi daya
tarikan pusat perdagangan antarabangsa. Bentuk muka bumi yang pelbagai inilah menjadikan
negara Malaysia tempat utama untuk aktiviti sektor ekonomi seperti pelancongan, perikanan,
pertanian, perhutanan, perlombongan, perkilangan dan banyak lagi. Tidak cukup sehari
semalam untuk menceritakan keindahan bumi Malaysia yang mempesona.

2
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

Seperti terkena panahan mata yang jahat, negara tercinta kita ini juga menjadi mangsa
dengan masalah – masalah makroekonomi yang telah memberikan kesan yang sangat
mendalam disebabkan oleh impak pandemik Covid-19 yang sedang dan masih menghantui
semenjak dua tahun yang lalu. Pertumbuhan ekonomi mencatat penguncupan yang sangat
ketara pada tahun 2020 dan dijangka bangkit beransur – ansur pada tahun ini namun
momentum pemulihan agak perlahan kerana pertumbuhan perdagangan global juga masih
sederhana dek kerana pelbagai faktor seperti sekatan pergerakan. Semua aspek ekonomi
domestik telah terjejas dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar juga mencatatkan
penurunan. Gaji purata menyusut, hutang bertambah dan wang simpanan semakin
berkurangan. Faktor – faktor yang mengagalkan struktur ekonomi Malaysia ini merupakan
antara cabaran yang dihadapi oleh isi rumah Malaysia pada masa kini. Pengurusan kewangan
dalam mengurangkan masalah sosioekonomi sangat diperlukan untuk menjana kembali
sumber pendapatan dan pembangunan modal insan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi
negara.

2.0 MASALAH – MASALAH MAKROEKONOMI

2.0.1 PENGANGGURAN

Pengangguran membawa maksud seseorang yang tiada pekerjaan dan masih


berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka ini tergolong dalam kategori guna
tenaga yang masih aktif yang berumur antara 15 ke 64 tahun. Mengikut data
perangkaan yang terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar
pengangguran di Malaysia telah meningkat kepada 772,900 orang dengan 4.8 peratus.
Pengangguran ini akan memberikan impak negatif kepada seseorang di mana
perasaan rendah diri dan kegagalan akan menghantui kerana ditolak daripada diambil
bekerja. Isu utama yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi di negara Malaysia
ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran dalam tenaga sumber manusia. Guna
tenaga yang aktif ini disia – siakan dan harus ditangani dengan kadar segera melalui
medium pasaran buruh. Kadar pengangguran yang tinggi ini menjadi identiti keadaan
ekonomi sesebuah negara. Merujuk kepada pakar ekonomi, kadar pengangguran 4%

3
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

dan kurang menunjukkan negara itu berjaya menggunakan tenaga kerja penuh tetapi
Malaysia mencatat kadar 4.8% dan ianya perlu dipandang serius.

Pengangguran ini juga boleh meningkat disebabkan pertambahan dalam


bilangan pesara. Sebagai contoh, kebanyakan guru yang masih muda tidak mahu
meneruskan profession mereka kerana bebanan kerja yang tinggi dan terlalu banyak
tekanan dengan pelbagai ragam murid – murid. Mereka mengambil keputusan untuk
bersara awal daripada opsyen pilihan bersara yang telah ditandatangani pada awal
perlantikan. Saya sendiri mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan
dokumen pencen guru – guru tersebut. Rata – rata memberikan alasan sudah penat
dengan beban kerja sebagai guru. Keputusan ini menjadi implikasi kepada
ketidaklancaran mutu dan perkhidmatan awam di negara ini.

Negara Malaysia menghasilkan ramai graduan Ijazah Kelas Pertama namun


pengangguran dalam kalangan graduan belia masih tinggi. Pelbagai faktor menjadi
kayu ukur bagi permasalahan ini. Kemungkinan ada graduan yang memilih pekerjaan
dan jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki dengan terus menunggu
peluang pekerjaan yang dihajati. Ada juga graduan yang sanggup bekerja sebagai
pemandu grab, penghantar makanan dan pelbagai lagi. Kepakaran mereka tidak dapat
diaplikasi pada platform yang bersesuaian. Tahap kecekapan graduan berkelulusan
tinggi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk memacu trajektori
pertumbuhan ekonomi negara. Para graduan ini juga terpaksa mengaut sahaja peluang
yang ada di depan mata untuk meneruskan kelangsungan hidup untuk mendapatkan
wang. Karenah majikan juga menjadi salah satu penyumbang kepada pengangguran di
kalangan belia, di mana majikan mengharapkan pekerja yang memiliki pakej yang
lengkap sahaja untuk diambil bekerja. Keadaan ini menjadi batu halangan kepada para
graduan untuk mendapatkan pekerjaan dan wujudnya pengangguran.

Kesan pengangguran yang tinggi ini sudah tentu akan menurunkan kadar
pertumbuhan ekonomi negara. Bukan sahaja kepada negara, kesannya akan turut
dirasai oleh diri sendiri dan masyarakat di sekeliling. Pengangguran ini akan
mengakibatkan kekurangan dalam hasil kerajaan di mana cukai yang perlu dikutip
akan berkurangan kerana ramai yang menganggur. Oleh itu, kerajaan terpaksa

4
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

mengurangkan perbelanjaan untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi negara.


Kekurangan tenaga kerja akan mengakibatkan pengeluaran negara juga akan menurun
kerana ketidakcukupan dalam guna tenaga seterunya akan mengakibatkan permintaan
kepada sesuatu barangan akan menurun. Pengangguran ini juga berupaya untuk
meningkatkan kadar jenayah di mana seseorang yang tiada pekerjaan terpaksa
melakukan sesuatu yang menyalahi undang – undang untuk mendapatkan wang untuk
menyara kehidupan. Natijahnya, pelabur asing juga akan menarik diri.

2.0.2 INFLASI

Masalah makroekonomi tidak dapat dipisahkan dengan perkataan inflasi. Isu


inflasi sering kali menjadi perbualan di media massa. Peningkatan harga pada
barangan dan perkhidmatan seperti makanan, pakaian, rumah, pengangkutan dari
semasa ke semasa. Sebagai contoh, pada satu ketika dulu kita dapat membeli satu troli
barangan keperluan rumah dengan harga RM50.00 tetapi sekarang hanya satu plastik.
Kuasa membeli pengguna akan berkurangan kerana inflasi di mana kita tidak dapat
membeli barangan yang sama seperti sebelum ini, malahan RM1.00 pada hari ini
tidak dapat membeli barangan yang sama seperti semalam.

Untuk makluman semua, ada beberapa kaedah untuk mengukur kadar inflasi
dalam sesebuah negara. Antara yang paling popular dan mudah difahami adalah
Indeks Harga Pengguna (IHP). Perubahan dari segi harga barangan dan perkhidmatan
yang dapat dikesan melalui bakul pengguna yang digunakan oleh isi rumah untuk
berbelanja. Dengan erti kata lain, barangan yang sama dibeli pada harga tahun asas
telah meningkat pada tahun semasa. Berlakunya inflasi apabila purata harga lebih
tinggi dari satu masa ke satu masa.

Semestinya inflasi meninggalkan impak yang tinggi kepada pengguna. Tetapi


impak ini akan berkurangan apabila pendapatan pengguna bertambah. Walaupun
terdapat banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat mengenai isu kenaikan kos sara
hidup ini, ianya masih lagi hangat diperbualkan sahaja, keadaan masih sama. Rakyat
yang susah menjadi semakin susah. Pakar ekonomi juga berpendapat isu ini tidak
dapat diselesaikan sehingga pendapatan selari dengan kenaikan harga barangan.

5
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

Seseorang individu juga perlu bijak menentukan keperluan dan kemahuan. Ada
segelintir yang memilih gaya hidup di luar kemampuan sehingga sanggup berhutang.
Jangan biarkan kemahuan kos gaya hidup mewah mempengaruhi kos sara hidup.

Menurut Jabatan Perangkaan, kenaikan harga barangan seperti makanan dan


bahan api melepasi purata inflasi iaitu 1.9 peratus kerana berlakunya hujan lebat
sepanjang Disember 2021 di beberapa negeri seperti Selangor, Kelantan, Pahang,
Terengganu dan Johor. Peralihan Monsun Timur Laut menyebabkan kenaikan harga
dalam barangan asas seperti ayam, ikan, sayur – sayuran dan makanan laut dengan
peningkatan sebanyak dua digit. Pelaksaan Skim Harga Maksimum Keluar Malaysia
telah menyelamatkan dan meredakan sedikit isi rumah terutamanya yang mempunyai
pendapatan tetap.

Begitu juga dengan harga petrol RON95 yang telah mencatatkan kenaikan
sebanyak RM1.74 seliter pada Disember 2021. Ianya sedikit menurun berbanding
bulan sebelumnya. Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit secara mingguan
ini adalah berpandukan Formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Kerajaan
telah mengekalkan harga siling bagi petrol RON95 iaitu RM2.05 seliter dan RM2.15
bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar telah meningkat.

Peningkatan kadar inflasi ini merupakan fenomena global dan ianya sesuatu
yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, dalam isu inflasi ini bukan semuanya salah
Kerajaan kerana mereka tiada kuasa untuk menentukan harga sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dengan
membelanjakan berbilion ringgit dengan memberikan subsidi dan bantuan tunai untuk
mengeluarkan rakyat dari kemelut kos sara hidup ini. Rakyat Malaysia perlu
bekerjasama untuk hidup berdasarkan kemampuan masing – masing.

3.0 DASAR – DASAR MENGURANGKAN MASALAH MAKROEKONOMI

Dasar – dasar makroekonomi di Malaysia merupakan satu evolusi yang


diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai perpaduan dan matlamat negara. Ianya juga
menjadi strategik dan panduan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah – masalah

6
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

makroekonomi yang wujud dalam negara kita. Masalah ketidakseimbangan ekonomi ini
timbul daripada dasar sejak zaman pemerintahan British. Peristiwa 13 Mei 1969 telah
menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk bertindak tegas dalam mengkaji semula
semua rancangan pembangunan negara seperti strategik, matlamat dan program – program
yang direncanakan demi perpaduan kaum.
Pada tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan. Matlamat utama
adalah untuk membasmi kemiskinan, menambah peluang kerajaan dan meningkatkan
pendapatan. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula menggantikan DEB mulai 1991-2000.
Pelbagai objektif dirangka untuk menstabilkan ekonomi, sosial dan politik. Mengukuhkan
keadilan sosial, etika dan kualiti hidup. Tahun 2001 pula Dasar Wawasan Negara di mana
dasar ini untuk melahirkan bangsa yang berdaya tahan dan berdaya saing, pertumbuhan
ekonomi yang tinggi, pembangunan alam sekitar dan lain – lain. Model Ekonomi Baru
(MEB) pada tahun 2010 – 2012. Objektifnya untuk menyuburkan sektor swasta dan awam,
tenaga kerja berkualiti dan pelbagai lagi. Pada 2013 pula Polisi Baru Ekonomi Bumiputera.
Dasar ini untuk mempergiatkan dan mendorong penyertaan bumiputera dalam ekonomi
negara. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah dasar terkini di Malaysia yang
bertujuan untuk memacu negara Malaysia untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi.

3.0.1 DASAR KEWANGAN

Dasar kewangan bertujuan untuk mempengaruhi ekonomi dalam kadar bunga,


inflasi, tenaga buruh, saham dan kadar pertukaran wang asing supaya ekonomi negara
sentiasa berada dalam keadaan stabil. Ianya akan dikawal oleh Bank Pusat atau Bank
Negara. Dasar kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu Dasar Kewangan Kuantitatif
dan Dasar Kewangan Kualitatif. Dasar Kewangan Kuantitatif ialah langkah dan
tindakan yang diambil oleh Bank Pusat untuk mengawal bekalan wang di dalam
ekonomi. Manakala Dasar Kewangan Kualitatif pula Bank Pusat akan mengawal dan
mengenakan sekatan berpandukan garis panduan dan arahan untuk mempengaruhi
aktiviti perniagaan bank perdagangan dari segi pinjaman dan pelaburan.

Melalui polisi Dasar Kewangan ini, masalah pengangguran dapat diatasi


apabila Bank Pusat menurunkan nisbah rizab berkanun ke atas simpanan oleh bank
perdagangan. Dengan ini, bank perdagangan dapat meningkatkan pinjaman seterusnya

7
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

kuasa membeli rakyat juga akan meningkat. Peluang pekerjaan turut meningkat dan
masalah pengangguran akan berkurangan. Bagi masalah inflasi pula, Dasar Kewangan
akan membantu apabila Bank Pusat mengurangkan penawaran wang dan kadar bunga
dinaikkan. Bank Pusat akan menaikkan nisbah rizab berkanun ke atas simpanan, jadi
bank perdagangan menurunkan kadar pinjaman. Rakyat juga akan mengurangkan
perbelanjaan maka inflasi dapat diatasi.
3.0.2 Dasar Fiskal

Dasar Fiskal dilaksanakan sebagai langkah yang diambil Kerajaan untuk


menstabilkan ekonomi. Cukai dan perbelanjaan akan dinaikkan atau diturunkan
berdasarkan masalah ekonomi di Malaysia. Dengan ini, pendapatan dapat diagihkan
dengan lebih sama rata dan saksama di antara golongan kaya dan miskin. Seperti
Dasar Kewangan, Dasar Fiskal juga mempunyai dua strategi iaitu strategi fiskal
mengembang dan strategi fiskal menguncup.

Strategi fiskal mengembang adalah untuk mengembangkan ekonomi yang


suram. Apabila ekonomi meleset, Kerajaan perlu mencari penyelesaian untuk
menaikkan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan akan berbelanja besar untuk
merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi. Kerajaan akan menwujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan di sektor Kerajaan supaya ada gaji untuk rakyat berbelanja.
Projek – projek pembangunan juga akan diwujudkan supaya lebih banyak peluang
pekerjaan kepada rakyat. Dengan ini masalah pengangguran akan berkurangan dan
ekonomi akan berkembang. Strategi fiskal menguncup pula Kerajaan akan
meningkatkan kadar cukai dan pernbelanjaan Kerajaan juga akan dikurangkan. Kuasa
membeli dan berbelanja juga akan menurun. Dengan ini, pertumbuhan ekonomi akan
menurun dan kadar inflasi juga dapat diturunkan.

3.0.3 Dasar Pendapatan

Pendapatan negara ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh Malaysia


meliputi sewa, bunga bersih, untung, upah dan pendapatan. Dasar pendapatan ini
dapat mengawal harga dan upah. Ianya dapat memperbaiki imbangan pembayaran dan
juga berupaya mengawal inflasi. Isu pengangguran dapat diatasi apabila pendapatan

8
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

negara meningkat. Kajian dasar pendapatan ini sangat penting dan menjadi petunjuk
pertumbuhan ekonomi negara, taraf hidup rakyat dan keberkesanan dasar tersebut.

3.0.4 Dasar Penawaran Sampingan

Dasar Penawaran Sampingan target kepada pengeluaran yang banyak. Sesuatu


kuantiti barangan dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan oleh pengeluar pada masa
yang ditetapkan. Dasar ini berkait rapat dengan pencukaian. Apabila cukai itu
dikurangkan, bebanan kepada seseorang dalam pembayaran cukai juga akan
berkurangan. Keadaan ini dapat memberi semangat untuk bekerja, pengangguran serta
inflasi dapat dikurangkan.

4.0 PENDAPAT MENGENAI DASAR MAKROEKONOMI

Sesuatu dasar yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia sejak 1970 adalah satu
bentuk perancangan untuk mencapai kesepaduan dan integrasi untuk membetulkan
ketidakseimbangan dalam fungsi ekonomi tersebut. Bagi mencapai objektif yang diimpikan,
usaha untuk meraih sesuatu kejayaan itu perlulah dititipkan supaya segala kekurangan dapat
diperbaiki dan dilakukan penambahbaikan. Begitulah terhasilnya segala dasar yang
diperkenalkan untuk kebajikan rakyat di Malaysia.

4.0.1 Pendapat Pertama – Dasar Kewangan

Di dalam dasar ini, Bank Pusat telah memainkan peranan mereka


dengan begitu bijak sekali apabila bermain dengan kadar bunga, saham dan
pertukaran wang asing dengan mengawal bekalan wang dalam pasaran ekonomi.
Sekatan yang berupa garis panduan juga diwujudkan supaya tiada pihak yang
mengambil kesempatan ke atas seseorang individu. Dengan ini kestabilan monetari
dan struktur kewangan akan kukuh. Pengawalseliaan yang dilakukan oleh Bank Pusat
ke atas kestabilan harga, guna tenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi ini sangat
membantu dalam mengurangkan masalah pengangguran dan inflasi.

4.0.2 Pendapat Kedua – Dasar Fiskal

9
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

Sebagai seorang individu atau isi rumah, apabila kita dilanda masalah
kewangan, sudah tentu kita akan mengurangkan output dan menambahkan input.
Berlainan pula dengan strategi Kerajaan apabila mengenalkan Dasar Fiskal di mana
Kerajaan perlu berbelanja besar untuk mempergiatkan kegiatan ekonomi ketika
berlaku keruduman. Kadar cukai dan perbelanjaan akan diubah mengikut kesesuaian
ekonomi semasa. Kedua – dua instrumen ini akan digabung untuk mendapatkan hasil
dan penyelesaian masalah makroekonomi. Semasa Dasar Fiskal mengembang, kadar
cukai akan diturunkan, perbelanjaan akan dinaikkan untuk meningkatkan agregat dan
masalah pengangguran dapat diatasi. Semasa Dasar Fiskal menguncup, cukai
dinaikkan, perbelanjaan dan agregat dikurangkan. Dengan ini, masalah inflasi pun
dikurangkan.

4.0.3 Pendapat Ketiga – Dasar Pendapatan

Negara Malaysia dan kebijaksaan sistem perekonomiannya terbukti dengan


penciptaan kondisi yang menjamin aspirasi negara demi mencapai negara maju. Isu
ketidaksamaan agihan pendapatan dapat dicantas dengan dasar ini. Kajian ke atas
dasar ini sangat efektif dalam memberikan gambaran mengenai peluang pekerjaan dan
peningkatan kebajikan dan taraf hidup rakyat. Agihan pendapatan yang sistematik ini
dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan buktinya rakyat yang meningkat
kesejahteraan akan berbelanja dan menaikkan tahap penggunaan dalam negara.

4.0.4 Pendapat Keempat – Dasar Penawaran Sampingan

Dasar ini pula menjelaskan mengenai permintaan, penawaran dan


keseimbangan pasaran. Fokus utama untuk meningkatkan pengeluaran barangan dan
perkhidmatan untuk menentukan pertumbuhan ekonomi. Apabila pengeluaran
barangan meningkat, sudah semestinya cukai yang akan dikenakan juga tinggi,
pengeluar juga mengetahui apabila keuntungan ekonomi mereka akan dikenakan
cukai yang tinggi dan berkemungkinan pengeluaran akan terhad. Kerajaan memahami
kesulitan ini. Oleh itu, Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai supaya pelaburan
meningkat, pengeluar menjana pendapatan dan ekonomi menjadi cekap. Dasar yang

10
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

sangat efektif bukan? Ye bagi saya ianya sangat efektif dan berkesan untuk
membendung masalah pengangguran dan inflasi di dalam negara.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, objektif tugasan ini untuk memberi kefahaman kepada saya


mengenai dasar ekonomi yang sebelum ini saya tidak pernah untuk mengambil tahu dengan
lebih lanjut. Pelbagai dasar dan usaha telah diatur oleh Kerajaan Malaysia untuk
kesejahteraan rakyat. Walaupun Malaysia mengalami krisis ekonomi kerana pandemik
Covid-19 tetapi Kerajaan berusaha untuk membantu rakyat dengan memberikan pelbagai
bantuan dan insentif untuk meringankan beban isi rumah. Sebagai rakyat Malaysia kita juga
perlu sekurang – kurangnya mempunyai pengetahuan asas mengenai ekonomi seperti
pendapatan, dasar ekonomi, kadar bunga, inflasi, pengangguran, pelaburan dan sebagainya.
Hasilnya kita mampu membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa.

(2,607 patah perkataan)

11
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

6.0 RUJUKAN

https://budget.mof.gov.my/pdf/2022/ekonomi/Bab-2.pdf

https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

https://www.ukm.my/azlan/kursus/eppd1023-sem1-1415/EPPD1023K1.pdf

https://geogtingsatu.blogspot.com/2012/12/unit-6-bentuk-muka-bumi.html

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-ekonomi-jangka-ekonomi-malaysia-
berkembang-perlahan-pada-35-peratus-tahun-ini-343498

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-ekonomi-jangka-ekonomi-malaysia-
berkembang-perlahan-pada-35-peratus-tahun-ini-343498

https://www.sinarharian.com.my/article/66308/BISNES/Kestabilan-makroekonomi-pacu-
pertumbuhan-Malaysia-Penganalisis

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/02/784288/kadar-pengangguran-di-
malaysia-meningkat

https://ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D4.pdf

12
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174
BBEK4203

https://www.sinarharian.com.my/article/63158/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Graduan-
memilih-atau-peluang-kerja-tiada

https://www.msn.com/en-my/news/berita/pasaran-kerja-sukar-2021-sebabkan-graduan-pilih-
perkhidmatan-awam/ar-AASlkkE

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/inflasi-negara-meningkat-3-2-peratus-kesan-
kenaikan-harga-makanan-bahan-api/

https://orangkata.my/ekonomi/masalah-kos-sara-hidup-semakin-memuncak-harga-rumah-
naik-menggila/

https://m.malaysiakini.com/news/411787

https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1C4.pdf

https://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/09/bab-13-dasar-ekonomi.html

https://www.pmo.gov.my/ms/2019/10/wawasan-kemakmuran-bersama-2030-2/

https://www.slideshare.net/NurulHoney/10-dasardasar-kerajaan

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenisjenis-dasar-ekonomi-malaysia-22070

https://944ekonomi.blogspot.com/2013/03/dasar-kewangan-kualitatif-mengatasi.html

https://944ekonomi.blogspot.com/2013/03/dasar-kewangan-kuantitatif-untuk.html
https://cikgufarha.com/dasar-kewangan/

https://www.sinarharian.com.my/article/168253/BISNES/Imbangan-pembayaran-Malaysia-
diunjur-bertambah-baik-tahun-ini

Modul OUM Prinsip Makroekonomi

13
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174 BBEK4203

BAHAGIAN II

SOALAN 1

TANGKAP LAYAR 1

TANGKAP LAYAR 2

TANGKAP LAYAR 3

14
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174 BBEK4203

TANGKAP LAYAR 4

TANGKAP LAYAR 5

15
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174 BBEK4203

SOALAN 2

TANGKAP LAYAR 1

TANGKAP LAYAR 2

16
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174 BBEK4203

TANGKAP LAYAR 3

TANGKAP LAYAR 4

17
ZULEHA BINTI ABDULLAH 821028-14-6174 BBEK4203

TANGKAP LAYAR 5

18

Anda mungkin juga menyukai