Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pengajaran

adalah merupakan tindakan guru untuk merenung semula

implikasi pengajaran. Dalam proses penulisan refleksi pengajaran, seseorang guru perlulah memberi perhatian penting pada 3 aspek iaitu perancangan,pelaksanaan dan penilaian pengajaran.Perkara-perkara yang dilakukan sebelum mengajar,semasa mengajar dan selepas mengajar dijadikan bahan renungan dengan tujuan mengesan kelemahan, kekuatan dan tindakan susulan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang lebih berjaya. Berhubung dengan perancangan pengajaran, seseorang guru perlu berfikir secara analisis dan rasional tentang tujuan dan objektif pengajaran, sumber, isi pelajaran,strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni. Menjawab soalan mengapa? membantu seseorang guru member tumpuan kepada elemen-elemen penting sebagai contoh ; 1. Apakah rasional bagi tujuan pengajaran ini ? 2. Apakah rasional bagi objektif pangajaran ini ? 3. Apakah kaitan antara tujuan pengajaran dengan ideologi Negara dan matlamat pendidikan sebagaimana yang dikonsepkan dalan Rukunegara, cabran-cabaran Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan dokumen-dokumen lain yang rasmi? 4. Adakah objektif pengajaran bersesuaian dengan sifat murid seperti minat dan tahap perkembanagan JERI mereka ? 5. Apakah strategi-strategi pengajaran yang berpotensi merealisasikan objektif pengajaran ? Pemerhatian yang tajam (keen observation) hendaklah dibuat mengenai perkaraperkara penting semasa pelaksanaan pengajaran.Catatan ringkas pemerhatian semasa mengajar merupakan idea dan persepsi awalan untuk membuat refleksi pengajaran. Refleksi pengajaran pada tahap penilaian adalah amat penting kerana :y y Guru dapat menyedari tentang pelakuan pengajarannya, Gerak balas, tindakan,kelakuan dan kefahaman murid

Tindakan pengajaran yang berdasarkan logik (reasoned) serta bertimbangrasa,munasabah dan berpatutan (reasonable) seseorang guru reflektif dijangka memperolehi kefahaman tentang : 1. 2. 3. 4. 5. Matlamat dan tujuan pendidikan Mata pelajaran yang diajarnya Sifat, tingkah laku yang digunakan Proses pedagogi yang diamalkan Kebolehan,kelebihan,kekuatan dan batasan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai