Anda di halaman 1dari 43

By Cathy Anderson

Disediakan oleh:
Nurhidayah Mohd Zohir@Suhaimi Jamilah Mok Ther Anis Azazi Nur Eliyana Yusoff

Analisis Kes
Kes ini bermula dengan Mrs. Clem yang mengajar di kelas yang pelajarnya mempunyai masalah pembelajaran. Pelajarnya terdiri daripada 12 orang pelajar yang berumur di antara 12 hingga 13 tahun. Mrs. Clem banyak bercerita tentang masalah yang dihadapi olehnya sewaktu di rumah dan masalah yang dihadapi oleh dunia luar. Mrs. Clem mempunyai seorang guru pelatih dibawah jagaannya iaitu Cathy Anderson.

Dalam pada masa yang sama, Cathy hanya duduk di hadapan kelas dan Cathy berasa dirinya hanya sebagai seorang maskot. Keengganan Mrs Clem untuk membenarkan Cathy mengajar semakin ketara kerana sehingga minggu ketiga, dia tidak membenarkan Cathy merancang pengajarannya sendiri.

Cathy hanya dibenarkan mengawal pergerakan pelajar pada waktu rehat dan mengajar menggunakan rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh Mrs Clem. Cathy juga dikehendaki menggantikan Mrs Clem mengajar secara mengejut jika Mrs Clem mempunyai hal lain.

Masalah yang lebih berat timbul apabila Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan Science Kitsebagai bahan bantu mengajar. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati Science Kit yang diinginkan tiada ditempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Mrs Clem. Mrs Clem menyatakan bahawa dia lupa untuk mengambil Science Kit tersebut dari dalam kereta. Cathy menyuruh seorang pelajar yang boleh diharapkan, Tai untuk mengambil Science Kit tersebut tetapi Mrs Clem tetap berkeras untuk menyuruh Jabar.

Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun,Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan menyuruh Jabar untuk diam. Tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja. Cathy memujuk Jabar dan Jabar kembali ke dalam kelas.

Pada waktu rehat, Cathy berbual dengan jabar dan bertanya kepadanya kenapa Jabar tidak memberikan tumpuan ketika di dalam kelas dan bertindak sedemikian rupa. Jabar membuat pengakuan bahawa dia berasa Cathy tidak menyukainya. Timbul persoalan dalam diri Cathy bagaimana caranya untuk menunjukkan dan membuktikan kepada Jabar bahawa dia sayang dan peduli terhadap Jabar.

Watak dan perwatakan

Mrs Clem
1. Guru kelas kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. 2. Mempunyai pengalaman belajar selama 20 tahun. 3. Menganggap kelasnya seperti keluarga. 4. Sering merungut tentang bebanan kerja dan karenah birokrasi yang menyusahkannya. 5. Guru pembimbing Cathy.

Cathy Anderson
1. Guru pelatih yang mempunyai masa 8 minggu untuk menjalani praktikum 2. Sangat menyukai profesion keguruan 3. Bersungguh-sungguh dalam mengajar dan membetulkan kesilapan muridnya. 4. Adil dalam memberikan peluang yang sama rata kepada muridnya. 5. Sering merungut di dalam hati tentang perbuatan Mrs Clem

Jabar
1. Seorang murid lelaki dalam kelas Mrs Clem yang diajar oleh Cathy. 2. Suka berdebat dan menjawab dengan guru. 3. Sering mengganggu rakanrakan untuk mendapatkan perhatian guru. 4. Mempunyai sifat melawan kerana kerap keluar dari kelas apabila dimarahi.

Juni
1. Rakan baik Jabar 2. Apabila Jabar mencetuskan kebisingan, Juni adalah antara rakan yang terpengaruh dengan Jabar.

Tai

1. Salah seorang murid dalam kelas Cathy 2. Disebabkan dia berkelakuan baik, Cathy menawarkan kepada Tai untuk menolong mengambil Science Kit di dalam kerta Mrs Clem.

MASALAH
1. Kurangnya hormat murid terhadap Cathy. 2. Kawalan kelas yang tidak sistematik dan tidak teratur . -Pelajar bergaduh semasa di dalam kelas -Jabar selalu menggangu rakannya apabila selesai menyiapkan tugasan 3. Jabar beranggapan Cathy tidak menyayanginya

1. Kurangnya hormat murid terhadap Cathy.


Antara masalah yang dihadapi oleh Cathy ialah murid murid tidak begitu menghormati Cathy sebagai guru mereka. Contohnya, Jabar dengan sesuka hati bertindak keluar kelas apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak. - Jabar juga kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy. Alasan Jabar atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya.

2 Kawalan Kelas Tidak Sistematik dan Tidak Teratur


Cathy amat khuatir dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar daripada kelas untuk mengambil science kit dan nyata apabila pulang daripada mengambil science kit itu, Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan science kit tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului arahannya. Apabila pulang ke kelas selepas rehat, Jabar, Isaac dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai sedangkan Mrs. Clem turut berada dalam kelas.

Jabar selalu menggangu rakannya apabila selesai menyiapkan tugasan Sekembalinya Jabar dari mengambil science kit, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun,Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan menyuruh Jabar untuk diam. Tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja.

3. Jabar beranggapan Cathy tidak menyayanginya


Pada waktu rehat, Cathy berbual dengan jabar dan bertanya kepadanya kenapa Jabar tidak memberikan tumpuan ketika di dalam kelas dan bertindak sedemikian rupa. Jabar membuat pengakuan bahawa dia berasa Cathy tidak menyukainya. Timbul persoalan dalam diri Cathy bagaimana caranya untuk menunjukkan dan membuktikan kepada Jabar bahawa dia sayang dan peduli terhadap Jabar.

Punca kepada masalah ini disebabkan oleh cara didikan dan pengajaran Mrs. Clem sendiri. Justeru, pendekatan yang diambil oleh Cathy seperti penggunaan good work tickets tidak berkesan.

1 Sikap Mrs. Clem yang pilih kasih. 2 Campur Tangan Mrs. Clem dalam P&P Cathy.

Model yang paling sesuai untuk menangani masalah dalam kes ini adalah

Punca masalah, masalah dan cara langkah-langkah menyelesaikan masalah

1 Sikap Mrs. Clem yang Pilih Kasih


Punca bagi masalah kurangnya hormat murid terhadap Cathy adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang pilih kasih dan tidak adil kepada murid muridnya. -Mrs. Clem terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jabar dan kerap memilih Jabar untuk membuat sesuatu untuknya. Contoh: Mrs. Clem dengan nekad tetap mahukan Jabar mengambil science kit itu meskipun Cathy telah memilih Tai dan Juny.

Mrs. Clem tidak begitu peka dengan masalah tingkah laku yang ditimbulkan Jabar dan menganggap ianya adalah kebiasaan sikap sesetengah murid.

Penyelesaian
Mrs Clem perlu menjadi guru asertif iaitu menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang diingini, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan, mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid seperti yang cuba Cathy lakukan dan tidak pilih kasih dengan hanya memberi kepercayaan kepada Jabar melakukan semua kerja.

Cathy menyuruh Tai dan Juny mengambil Science kit kerana Juny tidak pernah diberi kepercayaan melakukan apa-apa tugasan dalam kelas walaupun dia berkelakuan baik dan Tai pula kebiasaannya menolak untuk melakukan apa-apa kerja tetapi telah menunjukkan usaha/komitmen sepanjang pagi tersebut. Boleh dikatakan Cathy seorang yang tidak pilih kasih dan merupakan guru yang bersikap asertif.

2 Campur Tangan Mrs. Clem


Kawalan kelas yang tidak sistematik dan tidak teratur adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang suka campur tangan terhadap sesi pengajaran Cathy. Contoh: Mrs. Clem dengan sesuka hati mengarahkan Jabar menyiapkan atau menyediakan science kit tanpa menghormati dan menunggu arahan daripada Cathy. Murid murid lain yang melihat akan turut serta bersama sama Jabar.

Kesannya, berlaku masalah kawalan kelas hanya kerana arahan yang dikeluarkan oleh Mrs. Clem apatah lagi dengan sikap Jabar yang tidak mendengar arahan Cathy. Amalan yang tidak efektif yang dilakukan Mrs. Clem dalam situasi ini ialah fragmentation iaitu Mrs. Clem telah mengarahkan Jabar dan diikuti tujuh murid lain untuk menyediakan science kit padahal science kit itu adalah untuk semua murid.

Penyelesaian
Mrs. Clem harus mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum sains yang diajar oleh Cathy. Secara totalnya, kelas sains tersebut perlu diserahkan kepada Cathy tanpa campur tangannya untuk memberi arahan kepada Jabar untuk menyiapkan science kit tersebut. Mungkin kurikulum sains pada ketika itu memerlukan pemerhatian dan pemantauan guru yang bertanggungjawab. Keputusannya untuk campur tangan dalam sesi P&P tersebut menyebabkan kawalan kelas kucar kacir.

Mrs. Clem perlu menjadi guru asertif iaitu yakin, tegas dan konsisten dalam menetapkan peraturan melalui arahannya, mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid seperti yang cuba Cathy lakukan.
Kawalan kelas yang tidak sistematik dan tidak teratur pula boleh diatasi melalui penyelesaian peraturan tingkahlaku yang jelas di dalam bilik darjah seperti yang terkandung dalam model Asertif Canter. Menurut Canter, untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru-murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif iaitu dengan mengadakan peraturan tingkahlaku yang jelas di dalam bilik darjah.

Murid perlu diberitahu dengan jelas tentang peraturan-peraturan tersebut, dan guru perlu memberitahu perasaannya sekiranya murid mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Penjelasan guru diterangkan dalam bentuk perbincangan dan bukannya ancaman. Murid sedar dan jelas peraturan tersebut diadakan dan tahu kesan apabila melanggar atau tidak mematuhi peraturan tersebut.

Masalah Jabar selalu menggangu rakannya apabila selesai menyiapkan tugasan dan pelajar bergaduh semasa di dalam kelas dapat diatasi dengan mengadakan peraturan Tidak boleh bergaduh di dalam kelas yang telah dinyatakan dendaannya seperti Time out atau menulis surat meminta maaf seperti yang telah diarahkan Mrs Clem apabila Cathy meleraikan pergaduhan antara Jabar, Isaac dan Thomas.
Apabila salah laku berlaku guru perlu tangani masalah dengan tenang menggunakan hierarki displin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan/akibat yang akan digunakan iaitu Hierarki Tindakan Pembetulan Canter
*rujuk Rajah 4.1 m.s 81 buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku, Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel

Masalah Jabar beranggapan Cathy tidak menyayanginya dapat diatasi melalui cadangan Canter untuk mengatasi murid yang bermasalah yang selalu menunjukkan kelakuan disruptif, senang memberontak,memerlukan perhatian dan tidak bermotivasi seperti Jabar. Murid seperti ini mencabar guru, melanggar peraturan dan mengakibatkan strees dan kemarahan pada guru.

1. Dekati murid ini dan cuba dapatkan kepercayaan mereka. 2. Berikan perhatian dan keperluan yang diperlukan oleh murid yang tidak didapati sebelum ini. 3. Cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap dengan murid ini. - Cathy perlu cuba mendapatkan kepercayaan Jabar dengan mendekatinya, berjumpa dengannya dan perlu mengambil anisiatif memberitahu perasaan/hal yang sebenar kepada Jabar.

Teknik Modifikasi Tingkah laku yang perlu guru kuasai untuk melaksanakan langkah-langkah penyelesaian berasaskan Model Asertif Canter 1. Teori Peneguhan Positif 2. Teori Peneguhan Negatif 3. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur iaitu Sistem Kontrak Tingkah Laku.

Tambahan ganjaran atau insentif peningkatan ganjaran sehingga tingkah laku diingini diperolehi. Prinsip Premack menyatakan tingkah laku yang tidak diingini boleh dikurangkan dengan menggabungkan tingkah laku yang diingini dengan peneguhan positif. Contoh peneguhan negatif Cathy: Cathy mengenakan time out 20 minit waktu rehat Jabar. Tetapi Jabar mengikut Cathy pulang ke kelas semula setelah Cathy memberitahunya time out akan berkurang 5 minit sekiranya dia kembali ke kelas dan mengikuti pelajaran. Jabar hanya dikenakan time out 15 minit.

Namun penyelesaian Cathy diganggu oleh Mrs Clem yang membenarkan Jabar keluar rehat selepas 10 minit time out. Mrs Clem perlu menjadi guru asertif yang konsisten dalam menetapkan peraturan melalui arahannya atau arahan Cathy dan perlu membiarkan Jabar menghabiskn 15 minit time out tersebut

Contoh dalam penyelesaian kes: Jika Jabar mengikuti pengajaran guru tanpa membuat gangguan guru perlu memberi ganjaran seperti 5 minit tambahan masa rehat .
Jika kamu terutamanya Jabar mengikuti pengajaran saya tanpa

membuat gangguan cikgu akan memberi 5 minit tambahan masa rehat Cathy.

Tingkahlaku yang tidak diingini:


Membuat gangguan semasa guru mengajar.

Cadangan tingkahlaku yang diingini dan peneguhan positif:


Mengikuti pengajaran tanpa membuat gangguan akan diberi 5 minit tambahan masa rehat

Mengeluarkan ransangan negatif iaitu dendaan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Contoh time out atau menulis surat minta maaf seperti yang dibuat Mrs Clem. Jabar keluar kelas tanpa kebenaran semasa Cathy mengajar. Jabar dikenakan time out 15 minit. Apabila pulang ke kelas selepas rehat, Jabar, Isaac dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai Cathy meleraikan pergaduhan manakala Mrs Clem mengarahkan mereka menulis surat minta maaf kepada Cathy.

Peneguhan negatif perlu dilaksanakan secara konsistan dan tidak pilih kasih. Time out Cathy tidak berkesan kepada Jabar kerana Mrs Clem yang membenarkan Jabar keluar rehat selepas 10 minit time out.
Mrs Clem perlu menjadi guru asertif yang konsisten dalam menetapkan peraturan melalui arahannya atau arahan Cathy dan perlu membiarkan Jabar menghabiskan 15 minit time out tersebut.

Kontrak tingkah laku berstruktur yang dibentuk dengan murid sama ada seorang murid atau kumpulan murid secara persetujuan bersama terhadap tingkah laku yang diingini. Murid perlu diberi penerangan rasinal kontrak tingkah laku tersebut . Dinyatakan secara positif. Terdapat dua jenis kontrak tingkah laku iaitu Kontrak sosial dan kontrak akademik.
*rujuk muka surat 163-164 buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku, Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel.

Kontrak sosial: (Nama murid)Jabar dan Cathy(nama Guru) bersetuju ke atas perkara berikut: Jika mengikuti pengajaran Cikgu Cathy tanpa membuat gangguan akan memberi 5 minit tambahan masa aktiviti dan 2 good work tickets. Tandatangan murid Jabar tarikh Tandatangan guru Cathy Anderson tarikh

Kontrak akademik:
Saya Jabar (nama murid) bersetuju melakukan/menyiapkan kerja dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang ditetapkan untuk mendapat ganjaran 10 minit masa tambahan bermain komputer setiap minggu. Tandatangan murid Jabar tarikh Tandatangan guru Cathy Anderson tarikh

Anda mungkin juga menyukai