Anda di halaman 1dari 3

GLUL 2023 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

TANGGUNGJAWAB EJEN TERHADAP PRINSIPAL

MENJALANKAN KERJA DENGAN BERHATI-HATI, PENUH USAHA DAN MENGGUNAKAN KEBOLEHAN YANG DIPUNYAINYA
Mengikut seksyen 165 Akta Kontrak: Ejen hendaklah menguruskan perniagaan ejensi dengan kemahiran yang ia ada, bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan membuat pampasan kepada prinsipal atas akibat secara langsung kecuaian, kurang mahir atau salah laku yang disebabkan oleh ejen dalam tugasnya.

Apabila ejen diupah untuk memberikan khidmat professional, ia mestilah menunjukkan kemahiran atau kepakaran yang diperlukan daripada seseorang yang profesional. Sekirarmya ejen itu mempunyai apa-apa kekurangan, dan perkara ini diketahui oleh prinsipal, maka prinsipal tidak berhak untuk menuntut atas kekurangan ejen tersebut. Ejen adalah sentiasa terikat untuk menjalankan tugas dengan kemahiran yang dipunyainya, menunjukkan kerajinan dan kecekapan serta bersedia untuk membayar apa-apa pampasan kepada prinsipal jika berlaku kerugian di atas kecuaian dan sah laku ejen tersebut. Ia dapat dijelaskan melalui kes Keppel v Wheeler (1927).

KES : Keppel v Wheeler (1927) FAKTA KES Planitif (Mr. K), telah mengupah defendan (Mr. W) untuk menjual rumah miliknya. Pada 29 Mei, defendan menerima tawaran 6150 daripada E, dan kemudian memberitahu palaintif yang menerima tawaran 'tertakluk kepada kontrak' yang akan ditandatangani. Pada 3 Jun, E menawarkan 6750 kepada defendan tetapi defendan tidak memberitahu plaintif tentang tawaran itu. Setelah kontrak di antara plaintif dan E sempurna, plaintif mengetahui tentang tawaran baru itu dan terus membuat tuntutan terhadap defendan. ISU KES Adakah defendan (Mr.W) bersalah dalam kes ini mengikut undang-undang?

KEPUTUSAN KES Mahkamah memutuskan bahawa defendan telah melakukan pecah kewajipan sebagai ejen kepada plaintif kerana gagal memberitahu plaintif tentang tawaran baru yang lebih tinggi itu. Defendan diarahkan membayar perbezaan di antara kedua-dua tawaran itu sebagai ganti rugi.

Anda mungkin juga menyukai