Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Menurut laman website wikipedia, pengurusan terdiri


daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan
yang terdiri daripada satu atau lebih orang untuk tujuan
menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut
untuk mencapai mencapai matlamat.
Ianya merangkumi beberapa penggunaan sumber
sepertinya sumber manusia, kewangan, dan teknologi.
Pengurusan juga berkait dengan kuasa mengikut
pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui
pengaruh.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
Dalam pengurusan ada beberapa teori yang telah
dihasilkan oleh beberapa orang tokoh dalam bidang
pengurusan.
Sepertinya Teori Pengurusan Frederick Taylor, Teori
Pengurusan Henry Fayol, Teori Pengurusan Gilbreth dan
lain-lain lagi.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
1) Teori Pengurusan Frederick Taylor:
o Dalam teori Frederick Taylor, Beliau telah menerapkan beberapa
prinsip yang masih digunakan pada abad ke-21 iaitu:
I.

Penentuan pergerakan: Membina kaedah saintifik dengan


menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya
lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan
lebih cepat dan dengan peratusan atau kadar yang lebih tinggi.

II. Pengkhususan kerja: Frederick Taylor telah memikirkan tentang


pentingnya seorang pakar di setiap bahagian. Misalnya, seorang
mandur (sebagai ketua) dikehendaki bertanggungjawab di dalam
bahagian pembaikan mesin, seorang di bahagian perjalanan mesin,
seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan cara yang
demikian, pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang yang khusus.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
III. Perancangan dan penjadualan yang rapi: Perancangan dan
penjadualan aktiviti organisasi perlu untuk memastikan
penggunaan sumber manusia dan bahan pada tempat dan
masa yang sesuai.
IV. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi: Frederick
Taylor percaya bahawa pemilihan dan pengambilan kakitangan
perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin kakitangan yang
diambil itu dapat menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.
Di dalam proses pengambilan ini, ujian tertentu hendaklah
diadakan untuk menguji kebolehan dan keupayaan seseorang
itu. Proses pemilihan yang teliti beserta dengan program latihan
tertentu dapat menjamin prestasi yang tinggi di dalam
menjalankan tugas.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
V.

Insentif upah: Program upah yang diadakan


bertujuan membayar upah mengikut jenis kerja yang
dibuat. Ini bermakna program upah itu menyediakan
kadar upah mengikut jenis kerja. Bonus melalui skim
perangsang juga diberikan kepada pekerja yang
dapat menyiapkan kerja lebih awal dari jangka masa
yang ditetapkan.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
2) Teori Pengurusan Henry Fayol:
o Henri Fayol (1841-1925) telah diberi gelaran "Bapa Pemikiran
Pengurusan".
o Pertama, Fayol telah membezakan antara kemahiran teknikal
dengan kemahiran pengurusan. Keduanya, beliau telah mengenal
pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan ketiganya, beliau
telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan.
o Antara fungsi-fungsi pengurusan yang telah disenarai oleh Henry
Fayol adalah seperti berikut:
I. Perancangan :
Perancangan meliputi aktiviti-aktiviti berhubung dengan ramalan
tindakan yang akan diambil pada masa hadapan dan penentuan
arah haluan organisasi agar ia dapat berkembang dan mencapai
matlamat-matlamatnya.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
II.

. Penyusunan :
Fungsi ini berhubung dengan pembentukan struktur
autoriti, tanggungjawab dan tugas-tugas.
III. Pengarahan :
Aktiviti ini berkaitan dengan pengarahan kakitangan
bawahan, aspek-aspek komunikasi,perlakuanpengurusan,
pemberian ganjaran dan penghukuman.
IV. Penyelarasan :
Fungsi penyelarasan berkaitan dengan aktiviti mengabungkan bahagianbahagian untuk mewujudkan
kerjasama bagi mencapai matlamat
organisasi.
V. 5. Pengawalan :
Pengawalan ke atas perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak
terpesong atau lari daripada dasar dan perancangan organisasi. Fungsi
pengawalan ini juga meliputi penilaian pencapaian bahagian- bahagian
dan organisasi keseluruhannya.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
o Henry Fayol juga telah menyenaraikan beberapa prinsip
belaiu dalam bidang pengurusan, seperti yang berikut:
o 1. Pembahagian kerja :
Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja
menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian
mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.
o 2. Autoriti :
Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan
sebagai kuasa untuk menarik seseorang supaya menurut arahan
itu.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
3. Disiplin :

Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta


menghormati per-setujuan yang telah dibuat di antara organisasi dan
kakitangannya.
4. Satu perintah :

Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahanarahan daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan
pemberian arahan.
5. Satu arahan :

Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan


di dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
6. Mengutamakan kepentingan organisasi :

Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada


kepentingan peribadi atau individu. Objektif- objektif organisasi adalah
paling penting daripada objektif individu.
7. Pembayaran upah :

Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerjasama, sokongan dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang
diberi bayaran sewajar dengan perkhidmatan mereka.
8. Pemusatan :

Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas


organisasi, kakitangan bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang
cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
9. Rantai pemerintahan :

Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari


peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur
organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah aliran

komunikasi formal di dalam organisasi.


10. Susunan :

Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber


manusia yang mana material dan manusia itu hendaklah ditempatkan
di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.
11. Keseimbangan :

Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang


untuk melahirkan ketaatan mereka kepada organisasi.

TEORI-TEORI PENGURUSAN:
12. Kestabilan personel :

Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil.


Pihak pengurusan atasan hendaklah mengimplementasikan amalan
yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi.
13. Inisiatif :

Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan


mengimplementasikan rancangan.
14. Kekitaan :

Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan


dan keteguhan organisasi.

Rumusan
Teori-teori yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh
terdahulu telah banyak memberi kesan positif kepada
generasi abad ke-21 sekarang dalam bidang pengurusan
sepertinya Penolong Pegawai Perubatan yang
bertanggungjawab dalam mengurus pengurusan di Klinik
kesihatan kelak.

Sekian,Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai