Anda di halaman 1dari 15

Proses Penerbitan

ayat
Proses Peluasan

Penambahan unsur
baharu dalam ayat

Tujuan : menambah
maklumat tentang sesuatu
bahagian ayat iaitu
1. Subjek
2. Predikat
3. Objek

Berlaku dalam
ayat tunggal dan
ayat majmuk

Peluasan
Frasa
Nama
Sebagai
Subjek

Peluasa
n Frasa
Predika
t

Peluasan
dengan
Kata
Hubung

Peluasan
melalui
Proses
Komple
mentasi

Peluasan Frasa Nama


sebagai Subjek
Frasa Nama yang
mengisi subjek dalam
ayat dapat diperluas
melalui proses
relativisasi.

Satu ayat dipancangkan


ke dalam ayat induk
dengan menggunakan
kata hubung relatif
yang

Contohnya;
1.a Komputer riba itu kepunyaan adik saya
1.b Komputer riba itu dibeli di Kuala Lumpur
- Komputer riba yang dibeli di Kuala Lumpur
itu komputer adik saya.

Proses relativisasi : Kedua-dua frasa


nama yang berfungsi sebagai subjek
mestilah terdiri daripada frasa nama
yang sama. Jika salah satu daripada
frasa nama tersebut tidak sama,
proses relativisasi tidak dapat
dilakukan

1.a Anak kucing itu sungguh comel


1.b Saya membela anak kucing itu
(pasif) Anak kucing itu saya bela
(relativisasi) Anak kucing yang saya
bela itu sungguh comel

contohn
ya

Peluasan Frasa Predikat


Frasa nama yang
menduduki konstituen
objek dalam predikat
boleh diperluas melalui
proses relativisasi.

Frasa nama yang


mengalami relativisasi
mestilah berfungsi
sebagai subjek dalam
ayat yang
dipancangkan.

Contohnya;
1.a Anak gadis saya menghasilkan sajak itu
1.b Sajak itu indah
- Anak gadis saya menghasilkan sajak yang indah itu

Contohnya;
2.a Mereka tinggal di rumah itu
2.b Kakak saya telah membeli rumah itu
(pasif) Rumah itu telah dibeli oleh kakak saya
(relativisasi) Mereka tinggal di rumah yang telah dibeli oleh kakak
saya itu

Peluasan dengan kata Hubung

Dua konstituen yang


sama daripada dua
atau lebih klausa
digabungkan.

Hasilnya: terbentuk
ayat majmuk
gabungan atau ayat
majmuk keterangan

a. Contoh peluasan dengan kata


hubung dalam ayat majmuk gabungan

1.a Siti akan ke Melaka esok


1.b Zaiton akan ke Sabah lusa
- Siti akan ke Melaka esok manakala Zaiton
akan ke Sabah

b. Contoh peluasan dengan kata hubung


dalam ayat majmuk keterangan

1.a Adik akan mengikuti kelas renang


1.b Ayah mengizinkannya
- Adik akan mengikuti kelas renang jika ayah
mengizinkannya.

Peluasan melalui proses


komplementasi
Proses mengubah
sesuatu ayat
supaya menjadi
satu klausa
komplemen

Dipancangkan pada
suatu ayat yang lain
dan berlakunya
peluasan kepada
ayat tersebut.

Klausa komplemen
dalam ayat yang
terhasil berfungsi
sebagai klausa
nama

Contohnya;
1.a Dia sudah mengakui sesuatu
1.b Dia mengirim surat layang itu
- Dia sudah mengakui bahawa dia mengirim surat layang
itu
(klausa bahawa dia mengirim surat layang itu merupakan
klausa komplemen dan berfungsi sebagai frasa nama
objek dalam ayat itu)

Proses peluasan
melalui komplementasi
boleh berlaku tanpa
menggunakan kata
hubung bahawa

Frasa nama menjadi


subjek dalam klausa
bebas yang
dipancangkan itu sama

Persamaan frasa
nama yang menjadi
subjek dalam klausa
yang dipancangkan itu
digugurkan.

Contohnya;
1. Murid-murid berhenti berlari
2. Polis berjaya menangkap perompak itu
3. Lelaki itu duduk termenung

Anda mungkin juga menyukai