Anda di halaman 1dari 3

Apa itu Rasionalisme ?

 Perkataan rasionalisme berasal daripada perkataan


“ratio”yang membawa maksud reason atau sebab.

 Pemikiran aliran rasionalis menekankan nilai seperti


kebenaran, kegunaan dan mempunyai logiknya sendiri.

 Ahli falsafah menekankan penaakulan dan pemikiran


sebagai faktor utama dalam pemikiran aliran rasionalis.

 Golongan rasionalis mempunyai pandangan bahawa kita


mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita;
bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan
dirinya sendiri.
 Pengetahuan yang diperolehi dengan cara
membandingkan idea dengan idea-idea yang lain.
Pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-
konsep,prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada
deria fizikal sahaja.

 Pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera seperti


penglihatan, pendengaran, sentuhan bau dan rasa hanya
merupakan bahan mentah pengetahuan.

 Pengalaman ini akan disusun dalam pemikiran kita untuk


membentuk satu sistem yang bermakna sebelum menjadi
pengetahuan.
 Contoh: Amin telah menyiapkan kerja kursus bagi
subjek Pendidikan Moral dengan baik tetapi markah
yang diperolehnya adalah rendah. Amin yang
menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin
berkata,

 €̃
Apakah sebab tugasan saya diberikan markah yang
rendah? Adakah tulisan saya kurang elok? Adakah gambar
yang saya gunakan itu kurang elok? Elok saya tanya
pensyarah supaya saya tidak mengulangi kesalahan itu
pada masa akan datang.

™
€Aliran pemikiran Amin ternayata bergantung kepada
penaakulan dan dengan itu pemikirannya adalah
waras dan rasional. Pemikiran tersebut menghasilkan
tindakan yang rasional juga.

Anda mungkin juga menyukai