Larian Pecut
Larian Pecut
• Blok permulaan
• Baton
LATIHAN ANSUR MAJU
• Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik
pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.
a) Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam
kumpulan
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan
seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh
- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan
b) Larian teknik pecut
- Berlari dengan melangkah panjang
- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan
90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
i) Persediaan
ii) Ke garisan
- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki
hadapan.
FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK
LARIAN
• Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
- Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :
1. Gaya peluru
- blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak
dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian
hadapan blok hadapan.
2. Gaya sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
• Fasa Pecutan
- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di
blok permulaan.
Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama
lain, diletak di belakang garis mula.
Kedudukan kepala dan leher
- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul
diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
Pergerakan tangan dan kaki
- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan.
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk
berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis
penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan
bahagian torso ke hadapan.
TERIMA KASIH