Anda di halaman 1dari 14

Setelah mengikut kuliah ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan cabaran daripada tamadun Barat dari


segi politik, ekonomi dan budaya
2. Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog
antara tamadun
3. Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun
harus dijalankan
Pengenalan

 Kesemua tamadun mengajar tentang moral


dan kemanusiaan serta keperluan
memelihara alam daripada bencana akibat
perbuatan manusia.
Dunia Berbilang Tamadun

 Masyarakat timur memiliki pengalaman


beratus tahun hidup bersama dgn harmoni
dan toleransi walaupun
berlatarbelakangkan tamadun tamadun
yang berbeza.
 Tamadun Barat perlu memahami perkara ini
yang selama ini bersikap mendominasi.
CABARAN GLOBALISASI
Dampak Budaya Kebendaan Barat
 Cabaran tamadun Islam dan tamadun Asia masa kini ialah arus
globalisasi kebudayaan kebendaan tamadun Barat moden.
 Dampak dunia Barat hampir menghilangkan ciri-ciri jatidiri seseorang
Islam atau Asia sama ada peringkat individu, budaya dan tamadun
 Dunia kini seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat
hegemoni yang memperlihatkan identiti tamadun Barat.
 Pengaruh Barat ke atas dunia berpunca daripada sejarah penjajahan yg
memberi kesan kpd masyarakat Islam dan Asia dari aspek ekonomi,
institusi politik dan nilai budaya.
 Kesanya, tamadun Barat dijadikan piawai utk menilai pencapaian
ketamadunan manusia. Keadaan ini memperkukuhkan dominasi Barat.
 Walaupun negara2 Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan
pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara.
 Ada negara tidak memiliki kebebasan dalam menentukan halatuju
negaranya sebaliknya dikongkong oleh Barat dalam bentuk dominasi
yang batu.
Dominasi Politik
 Terdapat negara yang dikatakan merdeka tetapi masih terikat
dgn telunjuk Barat / negara kuasa besar dalam membuat
keputusan politik.
 Malah PBB turut didominasi oleh kuasa besar spt AS yang
mempunyai kuasa veto bersama Rusia, UK, Peranchis dan
China.
 PBB merupakan sebuah badan politik dunia terpenting. Namun
keputusan-keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh AS yang
mempunyai kepentingan. Malah AS adakalanya bertindak
sendirian dgn membelakangkan Majlis Keselamatan PBB spt
pengeboman ke atas Sudan dan Afghanistan (1998) dan Iraq
(2003)
 Persengketaan wilayah dan negara yg berlaku spt di Somalia,
Bosnia-Herzegovina, Paletin dll, AS telah terlibat secara
langsung kerana menganggap selaku ‘polis dunia’.
 Ini menunjukkan AS mendominasi kuasa politik dunia
disebabkan memiliki kekuatan ketenteraan dan tiada negara
pesaing setelah Soviet Union berpecah pd 1991.
Dominasi Ekonomi
 Pada zaman penjajahan, penjajah barat mendominasi sumber
semulajadi wilayah jajahan.
 Kini syarikat2 multinasional dari Barat menguasai
perdagangan antarabangsa dgn mendominasi sumber alam,
perindustrian, sains dan teknologi dan juga sistem kewangan.
 Pola dominasi ekonomi ini disokong oleh institusi spt
International Monetary Fund (IMF), World Bank, Wold Trade
Organisation (WTO).
 Negara-negara membangun dan miskin tidak lebih sekadar
memenuhi keperluan sumber tenaga manusia utk mencapai
kepentingan Barat.
 Inilah kesan perdagangan bebas dan tanpa sempadan
(economic globalisation) yg didominasi Barat.
Dominasi Media
 Melalui teknologi komunikasi dan maklumat, Barat
mendominasi penyebaran berita antarabangsa.
 Media cetak dan elektronik kini sememangnya dikuasai
syarikat besar dunia spt CNN, BBC, Bloomberg, Reuters
dll.
 Mereka yg menentukan bagaimana suatu berita diolah
dan disebarkan kepada masyarakat dunia.
 Malah sesuatu peristiwa yg berlaku sering dipesongkan
atau dimanipulasi atas tujuan atau kepentingan tertentu
seperti melebalkan pejuang Islam sebagai pengganas /
terrorist bg menjatuhkan maruah orang Islam dan
agama Islam.
Dominasi Budaya
 Barat khususnya AS sememangnya telah mendominasi
budaya dunia terutama dalam dunia hiburan.
 Gaya hidup Barat berteraskan hedonisme melalui filem,
muzik, nyayian, kartun telah tersebar luas ke seluruh
dunia.
 Rancangan-rancangan televisyen spt American Idol
telah ditiru oleh kebanyakan stesen tv.
 Jenama2 Barat spt McDonalds, Levi’s, Pepsi dll menjadi
sebahagian gaya hidup global.
 Kesemua ini telah mencorakkan jatidiri / identiti
masyarakat Islam dan Asia.
TEORI PERTEMBUNGAN TAMADUN
 1989, Francis Fukuyama (The End of History) menyatakan dunia akan menjadi
homogen dgn dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat.
Buktinya, apabila Rusia dan China merupakan simbol blok Timur membuka
pintu kpd dunia luar.
 1993, Samuel P. Huntington (The Clash of Civilizations?) mengemukakan teori
pertembungan antara tamadun Barat dgn tamadun2 lain sehingga
mencorakkan politik dunia.
 1996, Huntington menghuraikan teorinya dgn mendalam dlm buku The Clash
of Civilizations and the Remarking of World Order. Beliau mengandaikan:
 Selepas perang dingin perbezaan ketara antara masyarakat ialah budaya bukan
politik, ideologi atau ekonomi
 Konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yg
membawa kpd pertembungan antara tamadun
 Teras utama kepada isu-isu berkaitan berpunca perbezaan antara pelbagai
tamadun.
 Ada pandangan yang menolak teori huntington ini dan situasi yang berlaku di
dunia kini tiada kaitan dgn pertembungan tamadun.
 Walaubagaimana pun, konflik antara Barat dgn Islam dgn pelancaran
memerangi keganasan oleh AS seolah2 membenarkan teori Huntington.
 Apa yg jelas hubungan Barat dan dunia Islam sememangnya sedang bergolak
seolah tiada kesudahan.
Dampak Peristiwa 11 September 2001
 Peristiwa yg dianggap kemuncak konflik antara dunia Islam
dgn barat
 Beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan barat yg
berlaku tlh menimbulkan kecurigaan ke atas umat Islam.
 Operasi ketenteraan yg diketuai oleh US ke atas Afghanistan
dan Iraq yg kononnya bertujuan memerangi keganasan
merupakan pencabulan dan penjajahan baru.
 Beberapa sekatan termasuk sekatan ekonomi ke atas negara
Islam yg disyaki melindungi pengganas menyebabkan
hubungan dunia barat dgn Islam semakin tidak menentu.
 Akibat peristiwa 11 Sept., beberapa dialog antara golongan
minoriti Islam dan golongan bukan Islam sering diadakan
menjadikan Islam semakin difahami.
 Namun media2 Barat sering memberikan pandangan yang
bersifat prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam.
DIALOG TAMADUN SEBAGAI MEKANISME MENGHADAPI
CABARAN
 Tahun 2001 tlh diisytiharkan sebagai Tahun Dialog oleh PBB spt
dicadangkan oleh Mohammad Khatami (Presiden Iran)
 Konflik dan permasalahan yg berlaku di peringkat antarabangsa
kini menjuruskan ke arah hubungan antara dunia Islam dan
barat semakin renggang, manakala peringkat negara spt di
Malaysia misalnya wujud rasa curiga antara kaum disebabkan
perbezaan tertentu tidak boleh diabaikan dan tentunya perlu
ditangani bukan dgn cara keganasan tetapi menerusi dialog.
 Manusia perlu sedar setiap agama, budaya dan tamadun
mengandungi nilai dan pandangan semesta mengiktiraf
kesatuan, keamanan dan kebebasan. Melalui dialog pastinya
dapat menentang dominasi oleh pihak tertentu terutama kuasa
Barat.
 Melalui dialog segala kemelut dalam kalangan manusia dapat
diatasi spt isu perpaduan, peperangan, alam sekitar, pergolakan
politik dsb.
PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN

 Dialog dlm masyarakat perlu diadakan bg membina


dan mengukuhkan nilai2 sejagat tg dikongsi bersama
dlm tamadun Islam dan tamadun Asia.
 Semua peringkat perlu berperanan ke arah ini spt IPT,
sekolah, pertubuhan-pertubuhan spt agama, budaya,
dan belia, media massa.
 Dialog perlu dihidupkan dalam realiti hidup
masyarakat yg hidup berbilang kaum dan agama serta
budaya.
 Jika usaha-usaha ke arah dialog tidak dijalankan secara
serius kebarangkalian masyarakat akan terdedah
kepada konflik yg berterusan.
ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUN

 Keganasan dan ketidakadilan


 Perebutan kuasa politik dan ekonomi
 Kejahilan tentang tamadun lain
 Layanan buruk
DIALOG TAMADUNl DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN
Dialog antara tamadun di Malaysia
 Melibatkan golongan etnik yg berlainan budaya. Perkara yg perlu
diberi perhatian:
 Persefahaman antara kaum yg berasaskan nilai budaya dan tamadun
sepunya
 Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia
 Mengambilkira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun
 Melalui dialog akan menyuburkan rasa penghargaan, pemahaman dan
penerimaan akan hakikat kepelbagaian tamadun, budaya dan agama.

Dialog antara Tamadun Barat dgn Tamadun Islam dan Asia


 Perkara berikut perlu diambilkira:
 Nilai-nilai sepunya
 Menghormati realiti dunia berbilang tamadun
 Saling kebergantungan
 Memahami isu-isu yang memisahkan
 Memahami isu keganasan dari semua perspektif

Anda mungkin juga menyukai