Anda di halaman 1dari 11

Maksud Persamaan

Antara Agama

 Persamaan agama ada kaitan dengan pluralisme
agama iaitu menganggap semua agama adalah
benar.

 Fahaman menyamaratakan agama disebut


“sinkertisme”.

 Antara pendokong fahaman ini adalah pendokong


ajaran liberal.
Pandangan al-Attas

 “Hanya ada satu agama wahyu yang asli dan nama
yang diberikan (Allah) adalah Islam dan orang-
orang yang mengikuti agama ini dipuji oleh Allah
sebagai yang terbaik di antara manusia. Islam bukan
semata-mata sebuah kata kerja (submission), ia juga
nama sebuah agama yang menjelaskan cara
kepasrahan yang benar sekali gus menjelaskan
definisi agama secara umum iaitu kepasrahan
terhadap Tuhan”.
Tafsiran ayat 62 surah
al-Baqarah

 “Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang
Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang
Shabi’in, siapa sahaja di antara mereka benar-benar
beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal
soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan
mereka, tidak ada ketakutan kepada mereka, dan
tidak (pula) mereka bersedih hati”.
Tafsiran al-Tabari

 Orang-orang mukmin ialah mereka yang membenarkan Rasulullah
tentang kebenaran yang dibawa olehnya dari Tuhan.
 Al-Tabari menyatakan bahawa dalam ayat ini terdapat hadhaf iaitu
perkataan yang tidak ada tetapi difahamkan.
 Hadhaf dalam ayat ini ialah pada ibarat ‫ من امن‬yang bermaksud ‫من‬
‫ امن منهم‬iaitulah sesiapa yang beriman dari kalangan yang disebut
pada awal ayat merangkumi golongan Yahudi, Nasrani, dan
Shabi’in.
 Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
 Sesiapa yang beriman dengan Muhammad dan mengamalkan
ajarannya maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat.
 Sebaliknya sesiapa yang tidak beriman dengan Baginda maka dia
tidak termasuk dalam golongan yang beriman dengan Allah dan
hari Akhirat.
Tafsiran Hamka

 Mengikut Hamka dalam ayat ini ada 4 golongan.
 1) Orang-orang Beriman
 2) Orang-orang Yahudi
 3) Orang-orang Nasrani
 4) Orang-orang Shabi’in
 Dikumpulkan keempat-empat golongan ini menjadi satu bahawa
semuanya tidak merasai ketakutan dan dukacita, asalkan mereka
sudi beriman kepada Allah dan hari Akhirat.
 Iman tersebut diikuti oleh amal soleh.
 Jika seseorang beriman tetapi tidak dibuktikan dengan amal soleh,
dia tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT . Begitu juga
dengan iman orang Yahudi, Nasrani dan Shabi’in.
 Kesan daripada ayat ini ialah perdamaian dan hidup
berdampingan secara damai antara pemeluk agama.
Tafsiran Fakhruddin al-
Razi

 Hubungan ayat ini dengan sebelumnya ialah ayat sebelumnya berbicara
mengenai balasan buruk yang menimpa golongan kafir dari kalangan Ahli
Kitab.

 Dalam ayat ini Allah memberitahu tentang ganjaran baik yang menanti
orang beriman.

 Terdapat perbezaan pendapat mengenai maksud frasa ayat “Orang-orang


mukmin”

 Dinisbahkan kepada Ibnu Abbas : Ms 130

 Dinisbahkan kepada Sufyanal-Thawri : Ms 130

 Dinisbahkan kepada ulama kalam (mutakallimun) : Ms 130


Tafsiran Muhammad
Rashid Rida

 Dalam Tafsir al-Manar, ditegaskan bahawa ayat 62 mempunyai kaitan dengan ayat
sebelumnya.

 Ayat 62 didatangkan sebagai satu pengecualian dari ayat 61 iaitu orang-orang


Yahudi yang melanggar batasan bagi mereka azab kecuali orang-orang Yahudi yang
beriman dengan iman sebenar.

 Pengecualian tersebut merujuk kepada sesiapa yang berpegang dengan petunjuk


yang dibawa oleh para Nabi sebelum Muhammad dan mengikut syariat
sebelumnya.

 Tidak ada kelebihan dan keistimewaan sesuatu bangsa tetapi apa yang menjadi asas
kepada kejayaan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat ialah keimanan
kepada Allah.

 Golongan mukmin dalam ayat 62 ialah orang-orang Islam yang mengikut Nabi
Muhammad SAW dan juga sesiapa sahaja yang mengikutnya sehingga hari Akhirat.
Tafsiran Wahbah al-
Zuhayli

 Ayat ini diturunkan berkenaan sahabat-sahabat kepada Salman
al-Farisi.

 Salman bercerita kepada Nabi Muhammad SAW tentang


kebaikan yang dilakukan oleh mereka seperti sembahyang dan
amal ibadat, lalu turunlah ayat ini.

 Ayat 62 di atas merupakan satu cara al-Quran dalam


memberikan peringatan dan seterusnya membuka pintu
harapan untuk menolak perasaan putus asa dan kecewa hasil
daripada balasan buruk kepada orang-orang Yahudi.

 Ayat 62 menjelaskan prinsip umum menjadi orang beriman.


Tafsiran al-Qurtubi

 Dalam Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Tafsiran
tidak banyak berbeza dari tafsir-tafsir yang lain.

 Namun terdapat beberapa isu.

 Antaranya beliau menegaskan bahawa frasa “siapa


sahaja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada
Allah dan hari kemudian” sebagai satu syarat sahnya
iman dan amal soleh supaya kedua-duanya dapat
diterima di sisi Allah.
Kesimpulan

 Berdasarkan perbincangan di atas jelas kepada kita tiada
dalam kalangan ahli tafsir yang berpandangan bahawa
ayat 62 surah al-Baqarah memberi maksud persamaan
antara agama.

 Ayat tersebut menjelaskan konsep keselamatan dan


kejayaan terutama pada hari Akhirat dan supaya iman
dan amal diterima disisi Tuhan ialah dengan syarat
keimanan yang sempurna diikuti dengan amal soleh.

 Semua mufassirun bersatu pendapat bahawa Islam adalah


agama yang diredhai oleh Allah SWT dan ia tidak sama
dengan agama yang lain.

Anda mungkin juga menyukai