Anda di halaman 1dari 15

HUMANISME

DISEDIAKAN OLEH :
APA ITU HUMANISME?
● Humanisme adalah kekuatan atau potensi individu untuk
mengukur dan mencapai tahap ketuhanan dan menyelesaikan
permasalahan permasalahan sosial. Humanisme sebagai suatu
aliran dalam falsafah, memandang manusia itu bermartabat
luhur, mampu menentukan nasib sendiri, dan dengan
kekuatan sendiri mampu mengembangkan diri.

○ (Abdul Rahman Mas’ud 2004)


Humanisme
- Berasal daripada kata latin humanis; manusia, dan isme
berarti paham atau aliran. Mangun Harjana mengatakan,
pengertian humanisme adalah pandangan yang menekankan
martabat manusia dan kemampuannya. Menurut pandangan ini
manusia bermartabat luhur, mampu menentukan nasib sendiri
dan dengan kekuatan sendiri mampu mengembangkan diri dan
memenuhi kepatuhan sendiri mampu mengembangkan diri dan
memenuhi kepenuhan kewujudannya sebagai manusia.
● humanisme adalah gerakan dengan tujuan untuk
mempromosikan nilai dan martabat manusia. Sebagai
pemikiran etis yang menjunjung tinggi manusia. Humanisme
menekankan nilai, peranan, tanggungjawab manusia.
● Menurut humanisme, manusia mempuyai kedudukan yang
istimewa dan berkemampuan lebih dari mahluk lain kerana
mempunyai rohani.
SEJARAH HUMANISME
● Pemikiran humanisme sudah muncul sejak zaman Yunani lagi,
tetapi telah dipinggirkan setelah agama Kristian
mendominasi corak berfikir orang Eropah sepanjang zaman
pertengahan.Namun begitu, bermula pada abad ke-12 dan ke-
13 , setelah berlakunya perkembangan perdagangan dan
kemunculan semula bandar-bandar di Itali sebagai pusat
perdagangan, pemikiran humanisme telah muncul semula.
● Revolusi daripada hasil tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan
terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman feudal eropah
menyebabkan penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa
eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri.
Kecintaan yang membawa kepada satu bentuk penyembahan kehendak
sendiri atau diistilahkan oleh penkaji sebagai humanisame.
● Golongan borjuis(bangsawan) yang menguasai pentadbiran
bandar-bandar di Itali memberikan sambutan baik terhadap
pemikiran tersebut. Mereka menjadi penaung utama kepada
golongan intelektual yang melakukan pengumpulan dan
kajian ke atas karya-karya klasik.
● Menjelang tahun 1400, sebahagian besar manuskrip klasik
Yunani di temui dan dikumpulkan di pelbagai
perpustakaan di Itali. Manuskrip kemudiannya
diterjemahkan ke dalam bahasa Itali dan Latin
● Hasilnya, bermula pada abad ke-15 sehingga pertengahan
abad ke-17 humanisme muncul sebagai corak pemikiran yang
dominan di benua Eropah. Pemikiran ini dimanifestasikan
melalui perbagai hasil kegiatan kesusasteraan, kesenian,
pendidikan dan juga falsafah.
● Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus
mencorakkan pemikiran Eropah, tetapi pengaruhnya tidak
dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain,
seperti kapitalisme, absolutism dan nasionalisme.
TOKOH HUMANISME
● Gerakan ini dipelopori oleh Francesco Petrarca dan
Giovanni Baccacio. Boccacio telah menghasilkan
novel bertajuk Fiammetta. Dianggap sebagai novel
psikologi pertama di Eropah yang menggunakan pemikiran
humansime. Persoalan dalam novel tidak lagi merujuk
kepada soal keimanan dan moral Krisitian.
-francesco petrarch(bapa humanisme)
Seorang sarjana dan pemuisi Itali

Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.

Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu

-GIOVANNI BOCCACIO
Penulis Itali, penyair, penyokong Petrarch

Karya ‘Decameron’ iaitu mengisahkan tentang satu kumpulan iaitu 7 wanita dan 3
lelaki yang ingin melarikan diri dari kota Florence kerana telah berlakunya
kejadian Black Death.
Kesan aliran humanisme terhadap masyarakat islam
❖ Menurut Islam, manusia tidak mutlak dan kemampuan manusia adalah terbatas.
Walaupun manusia mempunyai kelebihan, namun ia juga mempunyai banyak
kekurangan dan secara fitrahnya manusia sentiasa terarah untuk melakukan
kejahatan dan kemungkaran. Justeru, jiwa manusia amat memerlukan agama
untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka di dunia ini. Menjadi seorang
muslim yang humanis seperti yang dibawa oleh Barat, boleh menjejaskan
kedudukan amal perbuatan zahir di sisi iman. Ini kerana seorang humanis
menolak sebarang petunjuk daripada agama sedangkan Allah SWT telah
menurunkan al-Quran dan mengutuskan Rasul-Nya SAW sebagai petunjuk buat
keseluruhan manusia.Di dalamnya terkandung perintah dan larangan yang
menyentuh segala amal perbuatan dan tindak tanduk manusia di atas muka bumi
ini
❖ Fahaman aliran humanisme akan menghalang pelaksanaan hukum-hukum
perundangan syariat islam kerana menganggap bahawa hukuman islam tidak
sesuai pada zaman kini.Padahal undang-undang islam berpandukan wahyu
dimana bersifat kesempurnaan dan tepat dengan fitrah manusia .
Contohnya PBB mengarahkan untukmemansuhkan pelaksanaan hudud zina
dengan pelaksanaan hukuman mati yang dianggap keluar dari hak asasi
manusia untuk hidup. Hikmah pelaksanan hukum mati tidak lain tidak
bukan untuk memberi pengajaran.

 Memperjuangkan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan


Transgender (LGBT) secara terbuka bagi menuntut supaya setiap individu
diberikan hak dan kebebasan untuk memperlakukan apa sahaja yang dia
mahu terhadap seksualiti dan tubuhnya seperti menjadi gay atau menukar
jantina
❖ Humanisme menyumbangkan pelbagai masalah terutamanya
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan
agama yang telah ditetapkan.Maka timbullah kes pembuangan
bayi.
❖ Konsep humanisme yang menekankan kehidupan di dunia
menyebabkan mereka mengamalkan kepercayaan ini lebih
mementingkan kekuasaan sehingga mengorbankan apa sahaja
untuk mencapai matlamat mereka.
❖ Humanisme juga menyebabkan timbul pelbagai gegala sosial
yang mengakibatkan maksiat semakin berleluasa sehingga
tidak dapat dibendung lagi.
❖ Ia juga boleh menyebabkan manusia dapat pelbagai penyakit
seperti AIDS disebabkan kes zina berleluasa.
❖ Kepercayaan ini menyebabkan manusia lebih mementingkan
didi sendiri dan menjadikan masyarkat semakin mundur.
❖ Memisahkan islam dengan politik.Mereka mendakwa bahawa
islam adalah agama yang bersih manakala poltik adalah
kotor.Kerana itu, islam dan politik tidak boleh bercampur
dalam masa yang sama.Dari pandangan islam,islam membentuk
politik menjadi bersih kerana islam sukakan
bersih,cekap,amanah,toleransi dan bertanggunggawab
tehadap kepimpinannya.Islam menentang
kekotoran,penindasan dan sebarang bentuk penipuan dalam
pemerintahan
Tamat

Anda mungkin juga menyukai