Anda di halaman 1dari 18

TOPIK 2:

PERANAN DAN TUJUAN


PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN
MOHD. MAZNIHAN HJ.MOHAMAD NOOR
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS
PAHANG,
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Definisi Pentaksiran:

Pentaksiran bilik darjah meliputi satu kaedah dan sumber


yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpulkan,
menginterpretasi dan mensintesis maklumat tentang
pelajar.” Menurut Cizek (1993) dalam Bhasah (2009),

Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengutipan,


sintesis dan interpretasi maklumat dalam membuat
keputusan (Airasian, 2001) dalam Vincent Pang dan Denis
Lajium (2008).

Menurut Bhasah (2009), istilah pentaksiran dan penilaian


saling bertukar ganti. Umumnya pentaksiran melibatkan
membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu
peraturan dan piawaian.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.

- Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses


pembelajaran, oleh itu pentaksiran dan penilaian
merupakan satu proses berterusan yang
digabungkan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

- Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran,


pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi
mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat
yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan
pemantauan pengajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
- Contoh:

- Pelbagai kaedah pengutipan maklumat dan interpretasi


juga terlibat dalam pentaksiran.

- Sebagai contoh, Azni mendapat 85 markah untuk mata


pelajaran Kajian Tempatan.

- Dalam pentaksiran kita tidak dapat mengatakan sama


ada prestasi Azni baik atau tidak kerana markah
tersebut tidak mencukupi untuk memberi maklumat
yang berkenaan.

- Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa


perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan
daripada penaksiran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
- Contoh:

- Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa


perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan
daripada penaksiran.

- Contohnya nilai, sebab-sebab pelajar mendapat markah


sedemikian, tahap program, pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dan keberkesanan objektif kurikulum
tercapai atau tidak. 
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
- Ciri-ciri pentaksiran

a. Pentaksiran merupakan satu proses


mengumpul data bertujuan membuat
keputusan tentang individu atau kumpulan.

b. Ujian merupakan sebahagian daripada


pentaksiran.

c. Semasa membuat pentaksiran ke atas


pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
kecekapan untuk menentukan sama ada
tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada
satu-satu peringkat pengajaran dan
pembelajaran telah dapat diwujudkan.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

A. Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-


sekolah,  guru dan pelajar meningkatkan dan
memberikan piawaian yang lebih bermakna.

B. Memberikan fokus atau tumpuan serta arah


kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
menepati piawaian yang ditetapkan.

C. Memberi sijil kepada pelajar yang


menunjukkan kecekapan dalam sesuatu
bidang pembelajaran dan guru menentukan t
ahap pencapaian pelajar berbanding dengan
kriteria yang telah ditetapkan. 
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

D. Mengunakan maklum balas dari hasil


pentaksiran untuk pendidik dan pelajar
memahami dan memberi tumpuan bagi
meningkatkan aspek berkaitan pengajaran
dan pembelajaran mereka. Contohnya,
mencari punca kelemahan dan membantu
pelajar untuk meningkatkan prestasi atau
memperbaiki kaeah pengajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

E. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar


dengan lebih baik, pengajar memberi
pengajaran yang lebih bermakna dan sistem
persekolahan yang lebih berkesan.

Contohnya, apabila pelajar dapat


melaksanakan tugasan dengan cemerlang,
mereka diberikan pengiktirafan di atas
pencapaian mereka.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.1 Pentaksiran Tentang Pembelajaran
(Assesement of Learning)

Pentaksiran tentang Pembelajaran berlaku apabila


pensyarah menggunakan bukti (evidence)
pembelajaran siswa pendidik untuk membuat
pertimbangan (judgement) terhadap pencapaian
siswa pendidik berdasarkan sesuatu standard.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.1 Pentaksiran Tentang Pembelajaran
(Assesement of Learning)

Bertujuan:
1. Akauntabiliti/Kebertanggungjawaban kepada
masyarakat
2. Pencapaian dan perkembangan siswa
pendidik perlu dilaporkan kepada ibu bapa,
masyarakat dan pihak pentadbir.
3. Pensijilan Pensijilan bagi Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan.
4. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.2 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)

Pentaksiran untuk Pembelajaran melibatkan


pensyarah menguji pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran siswa pendidik sebagai bukti maklum
balas terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah.
Ia juga dikenali sebagai pentaksiran formatif dan
berlaku sepanjang tempoh proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pembelajaran dan
kefahaman siswa pendidik
terhadap pembelajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.2 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)

Pentaksiran untuk Pembelajaran adalah proses


mencari dan mentafsir bukti untuk digunakan oleh
siswa pendidik dan pensyarah dalam membuat
keputusan pada peringkat siswa pendidik berada
dalam pembelajaran mereka dan menunjukkan
langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan
pembelajaran seterusnya (Assessment Reform
Group, 2002).
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.2 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)
Bertujuan untuk:
1. membantu siswa pendidik untuk membuat
refleksi dan belajar dengan lebih berkesan
dan bukan pencapaian markah dan gred
semata-mata.
2. melibatkan aktiviti pentaksiran secara formal
dan tidak formal sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran dan maklum
balas untuk perancangan pembelajaran akan
datang.
3. merangkumi matlamat yang jelas untuk
aktiviti pembelajaran.membekalkan maklum
balas efektif yang dapat memotivasikan
siswa pendidik untuk penambahbaikan.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.2 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)
Bertujuan untuk:
4. mencerminkan kepercayaan bahawa semua
siswa pendidik boleh memperbaiki diri.
5. menggalakkan pentaksiran kendiri dan
pentaksiran rakan sebaya sebagai rutin
dalam kelas.
6. memberikan maklum balas kepada
pensyarah, siswa pendidik dan ibubapa
tentang prestasi.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.3 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assesemant as Learing)

Pentaksiran sebagai Pembelajaran berlaku apabila


siswa pendidik membuat refleksi dan memantau
pencapaian mereka sendiri bagi tujuan menambah
baik pembelajaran mereka.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.3 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assesemant as Learing)

Bertujuan:
1. untuk mengukuhkan pembelajaran dalam
kalangan siswa pendidik melalui proses
pentaksiran yang dilalui, terutamanya dalam
pentaksiran prestasi.
2. Melalui pentaksiran kendiri dan rakan
sebaya, siswa pendidik berpeluang membuat
refleksi tentang pembelajaran mereka serta
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
sendiri dan membuat penerokaan kendiri
seterusnya.
 SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai