Anda di halaman 1dari 25

Perjumpaan Ke-2

KOM3207
(Pengenalan Teori Komunikasi)

(Modul Kursus: Unit 4-6)


Unit 4: Teori Komuniaksi Keorganisasian
Unit 5: Teori Komunikasi Massa
Unit 6: Teori Komunikasi Antara Budaya
Teori Komunikasi Keorganisasian
Apa dia organisasi?
1. Sekumpulan orang yang mempunyai objektif
yang sama.
2. Satu proses berstruktur di mana individu
berinteraksi untuk mencapai objektif.
3. Penstrukturan hubungan, kuasa, objektif,
peranan, aktiviti, komunikasi dan faktor lain
yang diwujudkan apabila individu bekerja
secara bersama.
4. Satu sistem sosial yang dinamik mengenai
interaksi kerjasama bagi tujuan memenuhi
kepuasan dan keperluan individu.
5. Satu set hubungan sosial yang dicipta
secara terancang dengan tujuan yang
ketara bagi mencapai matlamat spesifik
secara berterusan.
Peranan Komunikasi dalam
Organisasi
1. Peranan berdasarkan pendekatan
mekanistik – mesin pengeluaran.
2. Peranan berdasarkan pendekatan
hubungan manusia – perasaan/emosi.
3. Peranan berdasarkan pendekatan
sistem – menukar input  output.
4. Peranan berdasarkan pendekatan
budaya – perkongsian nilai.
5. Peranan berdasarkan pendekatan
politik – autoriti & kuasa.
Komunikasi Kumpulan
Komunikasi yang melibatkan
kumpulan (khususnya dalam
pembuatan keputusan).

Kumpulan (Group) 
Mengandungi 3 orang atau lebih
yang wujud bersama untuk satu
tempoh masa tertentu.
Teori Pemikiran Kelompok
(Groupthink Theory)
Groupthink is a type of thought
exhibited by group members who try to
minimize conflict and reach consensus
without critically testing, analyzing, and
evaluating ideas. During Groupthink,
members of the group avoid promoting
viewpoints outside the comfort zone of
consensus thinking.
Teori Pemikiran Kelompok
Istilah yang dikemukakan pada1952 oleh
William H. Whyte dalam Fortune. Istilah
seterusnya dikembangkan oleh Irving
Janis (1982) dan dirujuk sebagai cara
pemikiran yang digunakan oleh individu
apabila mereka terlibat secara mendalam
dalam kumpulan secara kohesif/jelekit.

(A mode of thinking that people engage in


when they are deeply involved in a
cohesive in-group).
Pemikiran kelompok berlaku apabila;
1. Kumpulan bersifat kohesif;
Hubungan individu rapat.
Semangat kekitaan tinggi.
2. Struktur organisasi yang bermasalah;
Kumpulan dilindungi dan tidak terdedah
kepada pandangan pihak luar.
Tidak ada pemimpin/ketua yang neutral.
Tidak ada prosedur penilaian keputusan
yang dibuat oleh kumpulan.
Ciri ahli kumpulan yang sama nilai.
3. Keadaan atau situasi semasa keputusan
dibuat adalah dalam keadaan tegang;
Terdapat tekanan daripada pihak lain.
Wujud isu lain yang mengganggu
komitmen ahli.
Petanda Pemikiran Kelompok
1. Gambaran bahawa kumpulan tidak
mungkin membuat kesilapan.
2. Yakin & percaya bahawa
keputusan yang dibuat adalah
wajar dan betul.
3. Membuat rasionalisasi & logik
secara kelompok.
4. Melihat dan anggp orang di luar
kumpulan adalah stereotaip.
Petanda Pemikiran Kelompok
5. Self-censorship (pengesahan
kendiri).
6. Gambaran semua orang
besetuju dengan keputusan.
7. Tekanan kepada mereka yang
tidak bersetuju.
8. Mindguard (pengawal minda) 
kumpulan mempertahankan
pendapat ketua.
Pendekatan Sistem Maklumat
Weick (1979) – memberi tumpuan kepada
pendekatan mengurus aliran maklumat dalam
Organisasi melalui pendekatan sistem
maklumat (PSM).

Matlamat PSM ialah untuk memberikan makna


dan tafsiran yang betul kepada maklumat yang
tidak jelas atau mengelirukan (equivocal).

Menjadi peranan pengurus organisasi untuk


mengurangkan kekeliruan maklumat tersebut.
Terdapat dua impak utama apabila
kekeliruan atau ketidakjelasan maklumat
wujud dalam organisasi, iaitu
1. Kekeliruan dan salah tafsir maklumat akan
berlaku secara luas dalam organisasi yang
mengakibatkan situasi salah faham di
kalangan ahli organisasi terhadap
maklumat yang diterima  negatif.

2. Pengurus akan berusaha untuk


mengenalpasti sumber maklumat dan
mentafsirkannya dengan tepat sesuai
dengan kontaks maklumat dan mengelak
berlakunya kekeliruan (equivocal)  positif.
Teori Komunikasi Massa
Orientasi teori komunikasi massa
memberi fokus kepada penyebaran mesej
komunikasi berdasarkan perspektif
komunikasi (media) massa seperti yang
terdapat dalam buku, majalah, radio,
televisyen, wayang gambar dan surat
khabar.

Tiga persoalan yang berikut sering


dikaitkan dengan media massa;
1. Apa pengaruh media massa?
2. Siapa khalayak media massa?
3. Bagaimana kesan media massa?
Teori Penanaman (Penyemaian)
Cultivation Theory
1. Diperkenalkan oleh Gerbner et. Al.
(1986).
2. Fokus teori adalah kepada kesan
penontonan televisyen.
3. Terdapat 2 kategori penonton  kurang
menonton (2 jam & kurang) dan banyak
menonton (4 jam & lebih).
4. Rumusan teori ialah mereka yang
banyak menonton akan mendapat kesan
yang lebih ketara kesan – “resonance”.
5. Kawalan kesan boleh dilakukan
berdasarkan ciri individu.
Teori Penetapan Agenda
1. Diperkenalkan oleh Shaw dan McCombs
(1977).
2. Fokus teori melihat bahawa masyarakat
menganggap penting sesuatu perkara yang
dianggap penting oleh media.
3. Terdapat 3 bahagian proses penetapanb
agenda menurut pandangan Littlejohn
(1996);
i. prioriti isu dibincang oleh media
atau penentuan agenda media.
ii. Agenda media mempengaruhi pemikiran
umum atau agenda umum.
iii.Agenda umum mempengaruhi pembuat
dasar atau agenda polisi.
Prioriti agenda mediaagenda umumagenda polisi
Faktor Penentuan Kuasa Media
1. Kewibawaan media menyiarkan
maklumat.
2. Jumlah maklumat yang tepat
dengan peristiwa (event).
3. Tahap nilai yang terdapat pada
media dengan nilai audiens.
4. Peranan media sebagai
fasilitator untuk memahami
sesuatu.
Empat Jenis Hubungan Kuasa antara
Media dan pihak luar;
1. Sumber dan media yang berkuasa boleh
menghasilkan hubungan simbiotik yang
berpengaruh kepada agenda umum.
2. Sumber berkuasa dan media kurang
kuasa akan menyebabkan sumber
menggunakan media untuk menyebarkan
agenda mereka.
3. Sumber kurang kuasa dan media lebih
berkuasa, maka pemilik media akan
menentukan agenda mereka.
4. Sumber dan media yang kurang berkuasa
akan menyebabkan agenda umum berlaku
tanpa sebarang campurtangan media.
Teori Pilin Kesenyapan
(Spiral of Silence - SoS)
1. Diperkenalkan oleh Noelle-Neumann (1974).
2. SoS berlaku apabila individu akan
menyatakan pendapat mereka hanya apabila
mereka mempunyai tanggapan bahawa
pendapat mereka popular, TETAPI akan
berdiam diri apabila pendapat itu dianggap
bertentangan dengan pendapat ramai 
mengelak dari disisihkan.
3. Terdapat dua andaian mengenai SoS;
i. Orang ramai mengetahui pandangan
utama.
ii. Orang ramai mengubah pandangan
mereka mengikut tanggapan majoriti tentang
pandangan utama.
Faktor yang menentukan seseorang
memberi pandangan
1. Mereka yang menyokong pandangan majoriti
lebih bersedia memberi pendapat
berbanding mereka yang menyetujui
pandangan minoriti.
2. Kesanggupan menyatakan pendapat
bergantung kepada arah aliran akan datang.
3. Orang ramai lebih bersedia berkongsi
pendapat dengan orang lain yang
mempunyai pandangan yang sama.
4. Nilai kendiri yang rendah menyebabkan
seseorang berdiam diri.
5. Kelompok lelaki dari kumpulan pertengahan
dan ke atas (sosial dan ekonomi) lebih
bersedia untuk menyatakan pendapat.
Teori Komunikasi Antara Budaya
Dimensi yang membezakan budaya;
1. Agihan kuasa – Budaya Timur bersifat
sederhana dan Barat adalah rendah.
2. Pandangan terhadap gender – melihat
definisi peranan mengikut gender.
3. Mengelak ketidakpastian – Barat rendan,
tetapi Timur sederhana.
4. Individualisme vs Kumpulan/Pasukan. Barat
mengutamakan individualisme berbanding
Timur yang memberi tumpuan kepada kerja
berpasukan.
Teori Pengurusan Kerisauan/
Ketidakpastian
1. Diperkenalkan oleh W.Gudykunst (1985).
2. Ketidakpastian wujud apabila individu berada
dalam situasi asing (budaya atau nilai yang
lain).
3. Dalam konteks antara budaya, proses
komunikasi dipengaruhi oleh faktor antara
perseorangan dan budaya.
4. Komunikasi antara budaya melibatkan
konsep ambil tahu/kisah (mindfulness) di
mana kita perlu sedar, ambil tahu dan ambil
peduli  berfikir, membantu dan cekap
dalam proses komunikasi.
5. TIGA faktor yang mempengaruhi kerisauan
dan ketidakpastian  motivasi, pengetahuan
dan kemahiran.
Berdasarkan tiga faktor tersebut (motivasi,
pengetahuan dan kemahiran), Gudykunst telah
membentuk 47 axioms (Pernyataan) mengenai
kerisauan dan ketidakpastian. Senarai 47
pernyataan berkenaan boleh dibaca dalam
laman web berikut;
http://commfaculty.fullerton.edu/bgudykunst/

Tahap Kecekapan Komunikasi menurut


Howell (1982), ialah;
1. Tidak sedar ketidakcekapan (unconscious
incompetence).
2. Sedar ketidakcekapan (conscious
incompetence).
3. Sedar kecekapan (conscious competence)..
4. Tidak sedar kecekapan (unconscious
competence).
Teori Perundingan Airmuka
(Face Negotiation Theory - FNT)
Teori ini berfokus kepada cara bagaimana
individu yang berlainan budaya mengurus
konflik. Keutamaan perundingan adalah untuk
menjaga airmuka atau citra kendiri (self-image).

FNT diperkenalkan oleh Stella Ting-Toomey


(1988) Dengan 3 andaian berikut;
1. Individu dari pelbagai budaya selalui
berunding dengan mengutamakan
kepentingan airmuka – citra kendiri.
2. Kepentingan citra kendiri berbeza antara
kelompok budaya tinggi dan budaya rendah.
3. Kepentingan citra kendiri yang berbeza
menyebabkan gaya pengurusan konflik
yang juga berbeza.
Ciri Budaya Konteks Rendah
1. Budaya dibentuk berasaskan keperluan dan
matlamat individu.
2. Kawalan oleh peraturan individu.
3. Wujud indentiti/citra individu sebab individu
dianggap unik.
4. Komunikasi berlaku secara terus dan tidak
ada unsur berselindung.
5. Mementingkan ketegasan dan interaksi.
6. Makna terdapat dalam perkataan yang
diucapkan.
Ciri Budaya Konteks Tinggi
1. Budaya dibentuk berasaskan keperluan dan
matlamat kumpulan atau kelompok.
2. Tindakan dikawal oleh norma kumpulan.
3. Identiti atau citra kumpulan dipertahankan.
4. Cara berkomunikasi tidak terus, tetapi
secara inferens, logik dan rasional dengan
menggunakan perbandingan – cakap
beralas.
5. Mementingkan empati, iaitu dengan cuba
memahami perasaan orang lain.
6. Makna komunikasi bergantung kepada
situasi.
Empat Gaya Mengurus Airmuka
1. Baikpulih airmuka (Face restoration).
2. Jaga airmuka (Face saving).
3. Tuntutan airmuka (Face assertion).
4. Beri airmuka (Face giving).
Jenis budaya kaedah gaya mengurus
rundingan konflik

Lima Gaya Pengurusan Konflik


1. Mengelak.
2. Obligasi.
3. Kompromi.
4. Dominasi.
5. Integrasi (penyelesaian masalah).
Jenis budaya gaya mengurus konflik

Anda mungkin juga menyukai