Anda di halaman 1dari 19

KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN

KERJA BERPASUKAN

 SITI FATIMAH BINTI SAMSUDIN


 A145534
 MAJLIS ANUGERAH DEKAN
PENGENALAN
• Majlis Anugerah Dekan ini dianjurkan oleh Exco
Akademik dan Penyelidikan mahasiswa Fakulti Sains dan
Teknologi. Majlis ini diadakan untuk memberi anugerah
kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
pada semester 1, semester 2 atau kedua-duanya sekali
untuk sesi 2013/2014. Dalam program ini, saya memegang
jawatan sebagai ahli jawatankuasa cenderamata. Tugas
saya adalah membantu rakan-rakan yang lain untuk
membalut dan menyusun hadiah. Sebagai seorang
pemimpin yang bertugas secara berpasukan, saya akan
sentiasa memberikan komitmen yang terbaik bagi
memastikan program sentiasa berjalan dengan lancar.
Apakah itu Pasukan?
Bekerja bersama dengan harmoni
bagi mencapai satu matlamat yang
sama.
Kerja Berpasukan
 Kerja berpasukan adalah lebih
berkesan sekiranya elemen-elemen
serta proses kerja berpasukan
difahami dan dilaksanakan.
  Lapan elemen dalam kerja
berpasukan adalah: 
Kerja Berpasukan

1)Bersatu menuju matlamat


2)Perasaan kekitaan
3)Kepimpinan
4)Saling mempercayai
5)Akauntabiliti
6)Pengetahuan dan kemahiran
7)Kreativiti/Inovasi
8)Kerjasama dalam pasukan dan kesepakatan
1. Bersatu Menuju Matlamat
 Sekiranya setiap anggota mempunyai matlamat
yang berbeza & organisasi tersebut pasti tidak
akan dapat mencapai objektifnya.
 Oleh itu setiap organisasi perlu mewujudkan
matlamat dan objektif yang dikehendaki dan
menyebarkan kepada semua anggota.
 Apa yang mustahak bukanlah penyebarannya
saja tapi memahami matlamat dan objektif
tersebut.
Bagaimana Boleh Kita Sentiasa
Bersatu Menuju Matlamat?
 Pertama - dari masa ke masa, ketua jabatan
perlu mengingatkan kembali tentang matlamat
dan objektif-objektif jabatan. Ini dapat dilakukan
semasa perhimpunan bulanan atau mesyuarat
ketua-ketua unit.
 Kedua - penilaian objektif jabatan hendak
dilakukan lebih kerap, jangan tunggu akhir
tahun. Sekurang-kurangnya penilaian ini
dilakukan dua kali setahun.
• Ketiga - setiap anggota termasuk anda sendiri,
apabila ingin memulakan tugas, perlu berfikir
samada kerja yang anda lakukan ini ada
berkaitan dengan objektif jabatan atau tidak.
2. Perasaan Kekitaan
 Setiap ahli dalam pasukan berkongsi identiti
yang sama dan ini dapat memperkayakan
perasaan kekitaan.
 Perasaan kekitaan pula meningkatkan komitmen
ahli pasukan.
 Komitmen kepada pasukan menggalakkan
perasaan kepunyaan dan menghasilkan sikap
perkongsian.
3. Kepimpinan
 Kepimpinan bererti berupaya merangsang
penghasilan yang terbaik dari seseorang serta
boleh memberi panduan bagi mencapai
matlamat yang sama.
 Kepimpinan yang berkesan adalah perlu bagi
memastikan komitmen ahli dan menentukan
arah tujuan untuk mendapatkan hasil.
 Oleh yang demikian, setiap orang adalah
pemimpin dan bertanggungjawab di atas apa
yang kita pimpin.
Bagaimanakah Kita Boleh Menjadi
Seorang Pemimpin Yang Baik?
 Yang paling penting adalah sikap
bertanggungjawab.
 Sifat kedua yang penting bagi seseorang
pemimpin adalah untuk mempengaruhi
orang lain.
 Sifat ketiga adalah berpengetahuan
4. Saling Mempercayai
 Sifat percaya bererti mempunyai
keyakinan ke atas kewibawaan dan
keupayaan ahli-ahli dalam pasukan.
 Kepercayaan adalah asas pembinaan
pasukan. Sikap mempercayai adalah perlu
untuk kerjasama yang berpanjangan.
 Tanpa kepercayaan dan konflik akan
berlaku.
5. Akauntabiliti
 Akauntabiliti merangkumi sikap
bertanggungjawab oleh setiap ahli di atas
kejayaan atau kegagalan pasukan. Setiap ahli
bertanggungjawab ke atas semua sumbangan
kepada pasukan, samada sumbangan individu
atau sumbangan bersama.
 Akauntabiliti di dalam konteks budaya korporat
bukan sahaja sekadar bertanggungjawab &
tetapi termasuk juga tindakan yang diambil bagi
membetulkan keadaan.
6. Pengetahuan Dan Kemahiran
 Pasukan memerlukan kemahiran yang luas dan
pelbagai untuk mencapai matlamat dan objektif
pasukan.
 Sebagai ahli di dalam pasukan, anda akan dapat
membantu pasukan berfungsi dengan efektif
dengan sumbangan dalam bentuk: 
kemahiran teknikal
kemahiran pengurusan dan penyelesaian
masalah
kemahiran antara perseorangan (interpersonal)
7. Kreativiti Dan Inovasi
• Seseorang itu boleh dikatakan
kreatif jika dia boleh menjana
perkara-perkara yang baru.
Inovasi pula adalah idea-idea
baru dalam semua aspek untuk
menghasilkan perkhidmatan yang
berkualiti.
Kreativiti
• Semua orang kreatif samada ia sedari atau
tidak. Semasa kecil, kita sememangnya semula
jadi kreatif. Apabila membesar sering di cegah
jangan buat itu ... jangan buat ini. Ibubapa kita
sering melarang kita supaya jangan panjat
pokok atau jangan conteng dinding dan
sebagainya. Apabila bekerja, kita juga
dikehendaki mematuhi peraturan. Ini boleh
menyekat daya kreativiti.
Kreativiti
• Oleh itu kita perlu belajar bagaimana
menjadi kreatif. Berikut ada beberapa
teknik:
Mind mapping
Random responses
Group Creativity
8. Kerjasama Dalam Pasukan Dan
Kesepakatan
Kerjasama dalam satu pasukan
mudah diwujudkan tetapi
kerjasama antara satu pasukan
dengan pasukan yang lain
selalunya sukar.
Kerjasama Dalam Pasukan Dan
Kesepakatan
 Kita mesti sedar bahawa kita bukan kerja
semata-mata untuk pasukan tersebut,
tetapi kita kerja untuk organisasi tersebut.
Walaupun pasukan tersebut telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang,
tetapi organisasinya telah merosot, orang
luar akan kata juga anggota-anggota di
situ tidak bagus

Anda mungkin juga menyukai