Anda di halaman 1dari 30

MEMAHAMI KRONOLOGI DAN SEBAB MUSABAB

DALAM PENDIDIKAN SEJARAH

ANUAR AHMAD
KULIAH 4
Pengenalan

Pengajaran Sejarah yang tradisional menekankan aspek


hafalan (kesannya kepada murid untuk menguasai kemahiran
kronologi dan sebab musabab kerana murid melihat penceritaan
bersifat linear tanpa hubungan). Sejarah tidak boleh dipelajari
sebagai satu siri peristiwa yang tidak berkaitan antara satu dengan
yang lain.
Harnett (1998)

Aspek pengajaran sejarah sepatutnya berpusatkan kepada aktiviti


pemikiran Sejarah berasaskan pendapat oleh R.G. Collingwood
iaitu semua Sejarah ialah sejarah pemikiran. Tholsfen (1967)
Apakah matlamat pembelajaran yang
sepatutnya dalam Pendidikan Sejarah?
• Para pelajar sepatutnya difahamkan bahawa tarikh-tarikh yang
dipelajari mempunyai fungsi yang sangat mustahak kepada
kefahaman mereka dan bukan untuk dihafal semata-mata.
• James Arthur dan Robert Phillips (1996) - mengajar aspek
kronologi adalah salah satu isu yang sering diperdebatkan
dalam kaedah mengajar Sejarah. Tanpa pengetahuan
tentang rangka kerja tarikh, sejarah akan menjadi disiplin
yang tidak bermakna, dan keseimbangan penekanan
dalam pengajaran sejarah mula terlalu jauh dari
kronologi.
DEFINISI KRONOLOGI
• -Ismail Said (2014) kronologi bermaksud melihat masa lalu, masa
kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa
sejarah yang berlaku.
• -Masariah (2007) menjelaskan bahawa konsep kronologi adalah
berkaitan dengan rangkaian pelbagai peristiwa yang berkaitan.
• -Hegewisch, D. H., & Marsh, J. (1837), menyatakan kronologi adalah
sains yang menentukan hubungan bahagian-bahagian masa yang
boleh dibezakan berkenaan dengan magnitud atau tempohnya, dan
berkenaan dengan penggantian, atau perintah mereka
* kronologi ini mewakili aktiviti yang berkaitan dengan urutan
peristiwa sesuatu peristiwa.
KONSEP KRONOLOGI

Konsep kronologi ini mewakili aktiviti yang berkaitan dengan urutan


peristiwa sesuatu peristiwa.

• Thornton dan Vukelich (1988) menganggap terdapat tiga aspek


utama untuk skop kronologi:
• masa jam (clock-time)
• kalendar masa (calendar time)
• masa bersejarah (historical time); menggambarkan seseorang,
temppat, artifak atau peristiwa pada masa lalu menggunakan
beberapa bentuk bahasa masa.
DEFINISI

Memahami kronologi

Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang secara urutan
sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sesuatu peristiwa sejarah merupakan
rangkaian berbagai peristiwa berkaitan.

Sebab musabab
keadaan atau tindakan yang membawa kepada wujudnya kesan atau akibat. Sebab
musabab juga merupakan keadaan bila tanpa wujud sebab maka tidak akan wujud
sesuatu peristiwa.
Tahap pemikiran kronologi
• Booth (1986) Lee (1997) dan Anuar (2009) bersetuju terdapat tiga tahap pemikiran
kronologi mengikut tahap umur pelajar seperti berikut;

(umur 10 – 12 tahun) (umur 12 tahun dan ke atas)

-Tahap pemikiran kronologi adalah -Tahap pemikiran kronologi yang


(umur bawah 10 tahun)
lebih tinggi tertinggi
-Sudah mulai memahami pembahagian -Sudah mulai memahami
-Tahap pemikiran kronologi rendah
era (periodization) untuk pembahagian era yang bertujuan
-Buat hubungan masa lalu dan kini
mengukuhkan pemahaman terhadap untuk meningkatkan kefahaman
(jenis telefon bimbit, jenis fesyen, jenis
kitaran pensejarahan. terhadap peristiwa
genre muzik)
-Pembahagian dilakukan secara -Pelajar juga pada tahap ini
-Faham konsep masa (masa lalu, kini,
berbeza-beza pada tujuan pengkajian mempunyai kemampuan untuk
depan)
tentang masa lalu (politik, ekonomi, membuat perkaitan hubungan antara
-Pelajar dipercayai berupaya untuk
kemanusiaan dan lain-lain) tahun dengan abad
membina jalan cerita
-Dapat menggunakan peta seperti peta
daerah, bandar atau negara dalam -Mulai menguasai peristiwa-
pembelajaran mereka peristiwa utama
CONTOH BENTUK KRONOLOGI
DALAM BUKU TEKS SEJARAH
BENTUK-BENTUK KRONOLOGI
1 2

3.1 3.2 3.3


Bentuk-bentuk kronologi
• Dalam kajian Anuar (2009) ke atas 200 orang pelajar sekolah menengah mendapati sememangnya wujud pola-pola
tertentu dalam pengaplikasian konsep kronologi dalam kalangan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
1. “KRONOLOGI” TERPISAH

Tahap yang terendah dalam


pemeringkatan kemahiran
kronologi. Dalam peringkat
ini, pelajar hanya menghafal
faktor atau akibat (kesan)
terhadap sesuatu peristiwa
dan terus membuat
kenyataan bahawa itula
satu-satunya kronologi
sesuatu peristiwa.
2. KRONOLOGI SEHALA
-Bagi kronologi sehala,
pelajar membuat perkaitan
setiap fakta hingga menjadi
sebuah kronologi sehingga
berlakunya sesuatu
peristiwa.
-Tahap pemikiran kronologi
ini masih lagi berada pada
tahap yang rendah namun
pelajar yang terlibat sudah
dapat membuat perkaitan
dalam membina kronologi
peristiwa yang
menyebabkan berlakunya
sesuatu kejadian.
3. KRONOLOGI ANALITIKAL (3.1 Pengisahan Linear)
3.1 Pengisahan Linear

-Pelajar yang membuat kronologi


mengikut corak linear menunjukkan
pelajar membuat perkaitan
kronologi secara sehala namun
mempunyai fakta-fakta yang
berkaitan.
-Kajian mendapati pelajar pada
peringkat ini bukan sahaja dapat
menghasilkan kronologi yang lebih
baik berbanding kronologi sehala
tetapi juga sudah boleh membuat
perkaitan semua fakta mengikut
kategori.
- Pengisahan jenis ini adalah seperti
yang diharapkan dalam pendidikan
Sejarah.
3. KRONOLOGI ANALITIKAL (3.2 Pengisahan sistematik)

3.2 Pengisahan sistematik

Pengisahan sistematik
merupakan satu tahap
pemikiran yang lebih tinggi
berbanding pengisahan linear.
Pelajar selain dapat mengaitkan
semua fakta mengikut
kategorinya, mereka juga sudah
dapat melihat perkaitan antara
satu kategori dengan kategori
lain walaupun daripada bidang
atau kategori yang berlainan.
3. KRONOLOGI ANALITIKAL (3.3 Pengisahan Gabung Jalin)
3.3 Pengisahan gabung jalin
-Tahap tertinggi yang telah dicapai oleh
pelajar dalam kefahaman kronologi
ialah peringkat pengisahan gabung
jalin.
-Pelajar yang berada dalam kelompok
ini dapat mengkategorikan setiap
Pergaduhan Sikap sultan Penangkapan Ruy de
bidang tersebut, dapat juga
Aranjo & 20 kelasi
mengaitkannya secara penuh setiap
satu bidang ini dan
menggabungjalinkan sehingga
membina kronologi yang lengkap, jelas
dan berkaitan antara satu sama lain
Perpecahan antara Hasutan Raja
Kejatuhan Melaka sehingga berlakunya sesuatu peristiwa.
pemimpin Mendeliar
-Kajian mendapati, keupayaan pelajar
memahami sesuatu peristiwa itu agak
memuaskan. Pelajar telah berjaya
membezakan penyebab utama,
sampingan dan sebab segera tetapi juga
dapat membezakan kesan jangka
pendek dan jangka panjang akibat
berlakunya peristiwa tersebut berlaku.
DEFINISI SEBAB MUSABAB
• Duthie, J.A (2012) menyatakan sebab musabab ialah persoalan
‘kenapa’ dalam sesuatu fenomena atau situasi yang berlaku bukan
merupakan perkara yang asing lagi kerana setiap persoalan perlu
diajukan untuk mencari sebab musabab yang berlaku.
• Konsep sebab adalah merujuk sebagai keadaan atau tindakan yang
membawa kepada wujudnya kesan atau akibat.
• Sebab musabab juga merupakan keadaan bila tanpa wujud sebab
maka tidak akan wujud sesuatu peristiwa
KONSEP SEBAB MUSABAB
• ‘The study of history is a study of causes’. (E.H. Carr, What is History)
-Kenyataan tokoh sejarah tersebut menunjukkan sejarah adalah
ilmu yang mengkaji tentang sebab musabab.
• Belajar Sejarah sudah pastinya berkaitan dengan perkara lepas yang
penting dan bermakna.
• Sebab musabab ada dimensi dalam menerangkannya
• Chapman (2008) menyatakan bahawa dalam memberikan penerangan
sejarah memerlukan penerokaan hubungan sekurang-kurangnya dua dimensi
iaitu intentional cause dan contextual causes.
Kaedah menerangkan sebab musabab
• Antara jenis sebab musabab dalam sejarah pula menurut Woodcock (2009)
termasuklah descriptive causes dan explanatory causes.
Jenis Huraian
Descriptive causes (dalam kehidupan i) Berasaskan Tema/content
seharian) tanpa mengkategorikan Contoh: Kandungan, bab, seperti agama, politik, ekonomi,
sosial  
ii) Berasaskan jangka masa
Contoh: Jangka masa panjang, jangka masa pendek

Explanatory causes (memberi sebab Berasaskan pola


dan fakta) Contoh: Sebab segera- merupakan pencetus kepada sesuatu
situasi atau fenomena, pre-condition, motif, alasan, sebab
untuk sesuatu perkara itu berlaku (necessary causes), sebab
penyokong (supportive causes).
TERMINOLOGI DALAM PENDIDIKAN
• Woodcock (2005) - berpusatkan, utama, membenarkan, punca, mencetuskan,
signifikan, tidak dapat tidak, oleh itu, selanjutnya, asas, dimulakan,
menggalakkan, membina, akibatnya, sebagai tambahan, menyokong,
mempengaruhi.

Contoh penggunaan terminologi dalam pengajaran Sejarah:


1. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor semula jadi merupakan
antara sebab kegemilangan Melaka seperti kedudukan geografi.
Faktor ini sangat mempengaruhi Melaka sebagai sebuah
pelabuhan entrepot. Kedudukan Melaka yang terletak antara
Timur dan Barat menyokong hubungan baik Melaka dengan China.
Arthur Chapman dan Lee (2005), terdapat kesilapan yang
sering kali dilakukan oleh pelajar dalam kemahiran
memberikan sebab.

-kemahuan manusia pada ketika itu (berlaku secara sukarela)

-sesuatu situasi dan fenomena itu berlaku kerana kumpulan manusia


menginginkannya (atas kemahuan manusia)

-sesuatu perkara berlaku dalam jalan yang lurus, tiada perkaitan antara masa
lalu dengan sekarang

-Setiap sebab dalam suatu aliran peristiwa adalah sama penting


 
Tahap & peringkat-peringkat dalam sebab musabab (Lee & Alaric (1996)

Sebab jangka Sebab jangka


Motif panjang pendek
Sebab segera Alasan

Motif ialah sebab Peringkat jangka Peringkat sebab


Alasan
Peringkat jangka segera pula ialah
sesuatu peristiwa panjang berlaku merupakan
pendek pula ialah sebab yang
yang berlaku yang biasanya pada ‘sebab’ yang
sebab-sebab yang berlaku sebelum
menjadi pokok, peringkat awal hanya
semakin peristiwa itu
tulang belakang pengkisahan terhasil
menghampiri berlaku. Sebab
atau tema peristiwa lagi. selepas
kepada matlamat. segera ini
kepada sesuatu Perancangan awal peristiwa
Peringkat sebab biasanya berlaku
cerita. Motif juga atau matlamat yang berlaku.
jangka pendek benar-benar
boleh dikaitkan ingin dicapai Biasanya
mungkin boleh sebelum
dengan perkara terhadap sesuatu digunakan
berlaku oleh kejadian. Sebab
yang mendorong pengkisahan untuk
sebab dalaman ini saling
seseorang biasanya dijadikan justifikasikan
ataupun sebab- berkaitan dengan
berbuat sesuatu sebagai sebab sesuatu
sebab lain. sebab jangka
tindakan. jangka panjang tindakan
pendek.
CONTOH BENTUK KRONOLOGI DAN SEBAB
MUSABAB (Anuar, 2009)
Motif Sebab jangka Sebab segera
panjang

F1 F2

X
F3 F4

Alasan
Sebab jangka Sebab jangka
panjang pendek
Jangka Jangka
masa Sebab
Motif masa
panjang segera
pendek

3G

Alasan

Jangka Jangka Sultan Melaka


memulakan
masa masa permusuhan
pendek pendek dengan Portugis
Pelaksanaan pengajaran berasaskan
kronologi di dalam bilik darjah
Permulaan
Aktiviti Aktiviti
Pengajaran
Kelas Kelas
(Induksi)

Pengurusan sumber
Inkuiri Kronologi Sejarah
sejarah

Empati Sejarah Pemahaman Sejarah Penerangan Sejarah

Aktiviti
Penerapan Hasil Lisan/ Interaksi
Nilai Penulisan Guru-
Pelajar
CARA APLIKASI KPS KEPADA MURID
MEMAHAMI KRONOLOGI:
Contoh :
SK 10.1 Pembentukan Malaysia
SP 10.1.4 Menerangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.

Contoh Kaedah Pelaksanaan dalam PdP:

Aktiviti kumpulan dengan menggunakan peta alir (flow map), wujudkan


aktiviti kemahiran sejarah berasaskan kronologi untuk melihat proses
pembentukan Malaysia (16 September 1963).
RUMUSAN

• Tidak dinafikan dalam usaha untuk memahami fakta-fakta


masa lalu dalam mata pelajaran Sejarah, penguasaan konsep
asas sejarah adalah asas utama untuk memudahkan seseorang
individu memahami peristiwa sejarah dengan lebih baik
• Kefahaman memahami kronologi dan sebab musabab perlu
difahami oleh guru agar dapat merancang pengajaran dan
pembelajaran Sejarah
• Kefahaman tentang kronologi dan hubungannya dengan sebab
musabab perlu dalam Pendidikan Sejarah kerana fakta sejarah
bukanlah sekadar maklumat semata-mata tetapi hubungan
antara masa lalu dan masa kini.
Latihan: Pelajar diminta memilih satu kronologi peristiwa dari mana-mana buku teks
sejarah. Bina kronologi dan tentukan jenis sebab bagi setiap kotak
pernyataan/peristiwa. Pelajar boleh menambah kotak-kotak kronologi jika perlu.

X
 

Anda mungkin juga menyukai