Anda di halaman 1dari 31

KONSEP ASAS FALSAFAH

& FALSAFAH PENDIDIKAN

OLEH:
MOHD AZHAR BIN AB RAHMAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
SESI TAARUF
PROFIL
ASAL : KG GUNTUNG LUAR SETIU TERENGGANU.
STATUS : BERKAHWIN
ANAK : 2 ORANG ANAK (LELAKI & PEREMPUAN)
ADIK-BERADIK: 8 ORANG (KE-8)
LATARBELAKANG AKADEMIK:

1. SM (ARAB) SETIU (SPM)


2. KUSZA/ UNISZA (DIPLOMA)
3. UMT (SARJANA MUDA)
4. KURSUS PERGURUAN- KPLI DI IPG ILMU KHAS
5. UTM (SARJANA)
6. UTM ( PHD- SEDANG BELAJAR)

JABATAN: JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS TUN


HUSSEIN ONN, BATU PAHAT JOHOR
KANDUNGAN KULIAH

1. Pengenalan kepada Falsafah


2. Cabang-cabang falsafah
3. Konsep asas Falsafah Pendidikan
4. Falsafah Pendidikan Islam
KONSEP ASAS FALSAFAH
1. 2. 3.

ETIMOLOGI TERMINOLOGI PRAKTIKAL


1. ETIMONOLOGI

1. Falsafah berasal dari perkataan asing iaitu “philo”


(cinta) daripada istilah yunani dan ‘Sophos”
(pengetahuan, hikmah & kebijaksanaan).

2. Gabungan keduanya membawa maksud cinta kepada


pengetahuan.

3. Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi mkna


pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai
ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain.
4. Tokoh Islam al-Kindi, mendefinisikan falsafah sebagai
pengetahuan tentang hakikat benda-benda yang boleh
dijangkau oleh manusia, kerana matlamat utama
seseorang ahli falsafah dalam ilmu teori ialah untuk
mencapai kebenaran dan dalam ilmu praktikal pula untuk
bertindak sesuai dengan kebenaran.

- Ilmu tentang hakikat (kebenaran) sesuatu menurut


kemampuan manusia yang meliputi ilmu keTuhanan, ilmu
keEsaan, ilmu tentang sesuatu yang berguna dan cara
memperolehinya serta cara menjauhi perkara-perkara
yang merugikan.
5. Wolf (1989), Falsafah sebagai cinta kepada
kebijaksanaan.

6. Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang


menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan
kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa
dan raga.

7. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa


bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang
mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan
kefahaman diri dengan makna yang jelas.
 Alawiyah al- Sagoff (1984) dalam bukunya
Falsafah Pendidikan. Falsafah ialah
pertimbangan asas dan andaian mengenai
pertimbangan terhadap perkara yang
penting.
2. TERMINOLOGI

 Terminologi (Istilah) Sekitar elemen - elemen Tuhan dan alam:

1. Socrates- Ilmu pengetahuan yg merangkumi yg merangkumi


kebenaran. Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi, politik
dan estetika”.

2. Plato- Ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah


pencapaian kebenaran semula jadi”.

3. Al-Farabi- Ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal).

4. Descartes- Segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia


menjadi fokus pendidikan.
3. PRAKTIKAL

1. Falsafah membawa maksud berfikir secara


bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat.

2. Sistematik : berfikir secara logik dan berurutan

3. Radikal : berfikir sehingga ke akarnya dan


menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab

4. Sejagat : berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu


sahaja dan merangkumi keseluruhannya
CABANG-CABANG FALSAFAH

METAFIZIK

EPISTEMOLOGI

FALSAFAH
AKSIOLOGI

ESTETIKA
METAFIZIK

1. Merupakan cabang falsafah yg bertanggungjawab ke


atas kajian tentang kewujudan dan asas kpd pandangan
yang luas.

2. Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan


yang mutakhir.

3. Menurut kamus, metafizik merujuk kpd yang jauh


melangkau alam fizikal atau kebendaan.

4. Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau


roh dan kehidupan.
 Meta fizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang
jauh melampau penyiasatan saintifik, bersifat spekulatif
(andaian) dan memberi fokus kepada sebab-akibat.
 Mengutarakan soalan-soalan berikut:

i. Adakah tuhan itu wujud?


ii. Apa itu kebenaran?
iii. Apakah hubungan akal dan tubuh?
EPISTEMOLOGI
 Berasal dari perkataan Yunani “Episteme” yang
bermaksud “ilmu” atau “Sains” dan logos yang
bermakna “keterangan”.
 Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan

kepercayaan.
 Perkara utama dalam epistemologi ialah memberi

justifikasi kpd proses mengetahui sesuatu yang


diterima sebagai ilmu.
 Berfokus kepada penganalisaan, penghasilan ilmu

dan tuntutan ilmu.


 Epistemologi cuba menjawab soalan-soalan
seperti berikut:

i. Apa itu ilmu?


ii. Apa itu ilmu kebenaran?
iii. Apa yang diketahui oleh manusia?
iv. Adakah ilmu statik atau sentiasa berubah?
v. Berfokus cara utk memperolehi ilmu dan
kesahan untuk mencari ilmu
SUMBER ILMU

 Wahyu
 Pancaindera
 Intuisi
 Pandangan pakar
 Logik
 Kaedah saintifik
LOGIK
 Logik berasal dari perkataan logos yang bermaksud
fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip.

 Satu pengajian tentang prinsip kesahihan tentang


sesuatu sama ada secara inferens dan demonstrasi
(Melalui kajian).

 Logik merujuk kepada cara mendapatkan sesuatu


rumusan berasaskan beberapa andaian yang kukuh.

 Terbahagi kepada 2 iaitu logik deduktif dan logik


induktif.
Logik induktif:

- Bermula dengan butiran khusus kemudian


membuat penaakulan terhadap butiran seterusnya
membuat kesimpulan umum yang menjelaskan.

Logik Deduktif:

- Bermula dengan kesimpulan umum kemudian


mencari contoh yang relevan bagi menerangkan
kesimpulan tersebut.
AKSIOLOGI
 Berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
nilai atau dalam bahasa inggeris “value”.
 Perkataan Logia merupakan suatu kajian tentang

kualiti atau nilai.


 Aksiologi adalah termasuk etika dan estetik iaitu

bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan


dikaitkan dengan teori.
 Etika lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya

kita lakukan dan yang paling sesuai kita lakukan?


 Persoalan yang berkaitan dengan aksiologi:

i. Apa itu moral atau bukan moral


ii. Apakah yang menentukan sesuatu
tindakan itu betul?
iii. Adakah kehidupan ini mempunyai makna?
iv. Apakah tingkah laku bermoral?
 Estetika merujuk kepada kecantikan dalam
keseniaan, alam sekeliling dan kehidupan atau
kata lain, tertumpu kepada cita rasa dan
sentimen.

 Antara soalan yang cuba dijawab ialah:

i. Apa itu kecantikan?


ii. Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan
alam semula jadi?
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
 Berasal dari dua istilah iaitu falsafah dan pendidikan.

 Konsep pendidikan berasal dari perkataan latin,


educare yang bermaksud “memelihara dan
mengasuh”.

 Menurut Kamus Pendidikan (1979)

“ Pendidikan ialah satu proses menyeluruh


mengembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia.
Ia juga sebagai satu proses sosial yang memberi
peluang kpd seseorang individu memperolehi kemahiran
sosial serta perkembangan peribadi”.
 Yusof al-Qardawi berpendapat bahawa
pendidikan merangkami keluruhan hidup
termasuklah akal, hati, akhlak dan kejahatn
tingkah laku. Ia bertujuan menyediakan manusia
hidup dalam masyarakat yang kemanusiaan dan
kepahitan.

 Menurut Hassan Langgulung (1987), pendidikan


merupakan satu proses mengubah dan
memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada
setiap individu.
 Proses pemindahan:

i. Pengajaran (Pemindahan pengetahuan)


ii. Latihan (Membiasakan diri melakukan
sesuatu bagi memperolehi kemahiran.
iii. Indokrinasi (Seseorang dapat meniru apa
yang dilakukan oleh orang lain).

 Imam al- Ghazali (1058-1111): Pendidikan adalah


proses yang merangkumi aspek-aspek (intelek,
latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang
mulia, berani dan hormat-menghormati).
FUNGSI PENDIDIKAN

 Proses sosialisasi: Beri peluang murid


berinteraksi antara satu sama lain.

 Pembentukan budaya: Pupuk nilai-nilai murni

 Integrasi Sosial: Bersatu padu, nilai-nilai budaya


dalam pelbagai budaya.

 Penempatan sosial: Kejayaan murid asas kepada


kejayaan sosial pada masa akan datang.
Kesimpulan
 Falsafah pendidikan ialah satu bidang kajian
menggunakan bidang-bidang falsafah (Ontologi,
etika, epistemologi dll) serta pendekatan utk
menangani persoalan-persoalan berkaitan
pendidikan, pembangunan manusia, teori
kurikulum dan seumpamanya.
PERBINCANGAN

1. Apakah pengertian falsafah dari sudut etimologi ?

2. Apakah pengertian falsafah dari segi praktikal?

3. Senaraikan cabang-cabang falsafah?

4. Apakah maksud Epistemologi?

5. Apakah maksud Aksiologi?

6. Huraikan konsep pendidikan?

7. Nyatakan 2 tokoh yang memberi takrifan pendidikan?

8. Huraikan konsep pendidikan Islam?

9. Senaraikan tokoh2 falsafah dalam Islam?


AKTIVITI KUMPULAN

 Pecahkan kepada 4 kumpulan kecil dan


setiapkan kumpulan dikehendaki memilih seorang
tokoh falsafah Islam dan menyenaraikan biografi/
latarbelakang tokoh dan sumbangan beliau.

 Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan


tugas dalam masa 10 minit sahaja.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai