Anda di halaman 1dari 15

RIMA DAN TEMPO

NAMA KUMPULAN 2:
ATHIRAH
HAZWANI
EIZLAN
IBRAHIM
SUPRASEGMENTAL
Merupakan aspek bahasa yang ada kaitan dengan banyak segmen, seperti durasi, kelantangan, tempo, sifat nada dan kualiti suara.

Ciri atau sifat bunyi yang menindah atau menumpangi sesuatu.

Terdapat dua bahagian fonem dalam kajian fonologi iaitu fonem segmental dan suprasegmental.

Suprasegmental bermaksud jalinan atau susunan bunyi yang dapat membezakan erti sesuatu kata dengan kata yang lain.
Pengertian Prosodi dan Suprasegmental
� Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan
dalam bahasa.
� Dalam linguistik prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan
bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak
dapat dijelaskan melalui simbol tulisan.
� Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan
intonasi dan rima.
� Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan
beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.
� Dalam tulisan tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah,
tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka
terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca.
� Dalam bahasa lisan pula kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa
dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.
� Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi
digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhan.
� Bunyi-bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan
segmental.
� Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan, intonasi, tempo
dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri prosodi.
CIRI-CIRI PROSODI ATAU
SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA
Tekanan
� Tekanan berbeda dengan nada, tekanan dalam tuturan bahasa berfungsi
membezakan maksud dalam nada ayat (sintaksis), tetapi tidak berfungsi
membezakan makna dalam ayat kata (leksis).
� Tidak semua nada ayat mendapat tekanan yang sama. Hanya kata yang
penting atau dianggap penting saja yang mendapat tekanan (aksen).
� Dalam nada kata, tekanan pada silaba atau suku kata tidak berpengaruh
dalam pembedaan makna, apalagi bermakna.
Nada
� Nada adalah suatu jenis unsur  suprasegmental yang diukur oleh tinggi-rendahnya
aliran-perkataan. 
� Tinggi rendahnya aliran-perkataan terjadi kerana frekuensi getaran yang
berbeza antara segmen.  
� Bila seseorang berada dalam kesedihan  ia akan bercakap dengan nada yang rendah.
Sebaliknya bila berada dalam keadaan gembira atau marah, nada tinggilah yang
biasanya akan digunakan. Suatu perintah atau pertanyaan selalunya akan
menggunakan nada yang khas.
� Nada dalam ilmu bahasa biasanya dilambangkan dengan angka misalnya, /2 3 2/
yang berarti segmen pertama lebih rendah bila dibandingkan dengan segmen kedua,
sedangkan segmen ketiga lebih rendah dari segmen kedua.
� Dengan nada yang berbeda, bidang makna yang dimasukinya pun akan berbeza.
 Durasi
� Durasi adalah suatu jenis unsur suprasegmental yang ditandai oleh
panjang pendeknya waktu yang diperlukan untuk mengucapkan sebuah
segmen.
� Dalam percakapan, segmen-segmen dalam kata / tinggi / yaitu / ting/
dan / gi/ masing-masing dapat diucapkan dalam waktu yang sama, tetapi
dapat terjadi bahawa seorang yang bercakap dapat mengucapkan
segmen / ting/ lebih lama dari segmen / gi/ atau sebaliknya.
Kesenyapan
� Kesenyapan ini terjadi di antara dua bentuk linguistik, baik antara ayat,
antara frasa, antara kata, antara morfem, antara perkaitan ayat, mahupun
antara fonem.
� Kesenyapan di antara dua bentuk linguistik yang lebih tinggi nadanya
lebih lama kesenyapannya bila dibanding dengan yang lebih rendah
nadanya.
Intonasi
� Intonasi dalam bahasa sangat memainkan peranan dalam
membezakan maksud perkataan
� Dengan dasar kajian pola-pola intonasi ini, ayat boleh menjadi ayat
berita, ayat tanya, dan ayat perintah
RIMA
Tekanan Tempo
Unsur yang
menghasilkan
rima

Nada
Rima kebiasaannya
digunakan dalam bidang Rima dalam puisi merujuk kepada
puisi dan muzik bunyi sama pada huruf akhir atau kata
akhir sesuatu rangkap seperti syair.
Semua Contoh pantun rima
ujaran akhir a,b,a,b
mempunyai Kehadiran rima
rima tetapi hanya disedari Nasi lemak buah bidara,
dalam bentuk apabila ujaran
ujaran yang tersebut diulang- Sayang selasih saya
lazimnya ulang dengan lurutkan,
dilafazkan menggunakan Muang emak buang
secara pola yang sama. saudara,
spontan oleh Sebab kasih saya
pentutur. turutkan
TEMPO
• Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu
percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu.
• Ia berlaku kerana seseorang itu berhadapan dengan situasi yang
menghendaki dia melafazkan ujaran sedemikian rupa.
• Contohnya apabila seseorang membuat ulasan selari sesuatu
pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran
yang padat dalam tempoh yang singkat.
• Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada sesuatu
makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan
perhatian.

Anda mungkin juga menyukai