Anda di halaman 1dari 11

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIA (EDUP3103)

TUTORIAL 2: PANDANGAN TOKOH


ISLAM, BARAT DAN TIMUR
TERHADAP PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH: 1) MUHAMMAD SYUKRI BIN SAMSURI


2) AMIR SYAZWAN BIN MAHMUD
PANDANGAN TOKOH ISLAM

Ibn Khaldun
1. Fokus kepada ilmu mistik dan teologi.
2. Terkenal dengan hasil kerjanya dalam falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat).
3. Penulisan al-Muqaddimah (Pendahuluan) adalah untuk mengenali fakta-fakta
psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang
menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia.
4. Menganalisis dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-
Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan
kuasa politik.
PANDANGAN TOKOH ISLAM

1. Setiap orang mendapatkan ilmu pengetahuan melalui organ tubuh yang diberikan
oleh Tuhan.
2. Tidak setuju dengan penggunaan kekerasan dalam mendidik anak-anak.
3. Ilmu pengetahuan dibahagikan berdasarkan tingkat pemikiran. Pengetahuan yang
diperoleh hasil daripada memahami sesuatu perkara. Pengetahuan tentang
perkara yang harus dan tidak harus dilakukan.
4. Menurut Ibn Khaldun, ilmu pengetahuan sangat penting dan lebih mudah
diperoleh dengan bantuan dan ajaran guru.
PANDANGAN TOKOH ISLAM
Tujuan pendidikan:
1. Memperlengkapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-
syiar agama melalui al-Quran dan al-Sunnah. Maka, potensi iman dapat
dikuatkan.
2. Memperlengkapkan akhlak dan sosial manusia.

3. Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan vokasional atau pekerjaan.


4. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan pemikiran,
seseorang dapat membuat pelbagai pekerjaan dan pertukangan atau vokasional
tertentu.
5. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair,
seni bina dan lain-lain.
PANDANGAN TOKOH TIMUR
Confucius

1. Pendidikan – membina tingkah laku manusia – berakhlak mulia, mengikut


peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

“Pendidikan adalah satu proses memupuk


kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh
dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati
orang tua, menyayangi orang yang lebih muda
serta taat dan cinta kepada pemerintah dan
negara.”
PANDANGAN TOKOH TIMUR

1. Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau
kedudukan sosial.
2. Matlamat: menghasilkan individu berkebolehan serta bermoral tinggi.
3. Tujuan:
– membimbing dan mendidik agar sentiasa bersedia menjadi generasi-generasi
penerus bangsa.
- mewujudkan manusia-manusia yang bermoral, pandai, dan mempunyai rasa
tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa dan negara.
4. Aspek kurikulum berfokus kepada Pendidikan Moral & buku-buku Confucius.
PANDANGAN TOKOH TIMUR

1. Pendidikan – alat mengekalkan nilai dan norma masyarakat, mengekalkan


kebudayaan masyarakat untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan
keharmonian kehidupan.
2. Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati – diperkembangkan melalui
proses pendidikan.
3. Setiap individu mempunyai potensi berbeza – beliau mengajar mengikut
kebolehan individu.
4. Strategi: perbincangan
PANDANGAN TOKOH TIMUR

1. Walaupun beliau menekankan proses belajar sebagai 'suatu kepentingan untuk


diri sendiri', di mana pada akhirnya terbentuk pengetahuan diri dan realisasi diri,
namun beliau juga menyatakan
bahawa kebanyakan orang akan memperoleh pendidikan sejati secara
semulajadi.
2. Menekankan bahawa pendidikan bukan hanya sebagai suatu kewajipan semata-
mata, melainkan suatu cara untuk menjalani kehidupan ini.
PANDANGAN TOKOH BARAT

Plato
1.  Pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak
mulia.  
2. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member
latihan moral kewarganaegaraan yang baik.

Aristotle
3. Pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.  
4. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara
peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
PANDANGAN TOKOH BARAT

John Dewey
1. Pendidikan adalah satu proses perkembangan individu.  
2. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan
untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya
dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
PANDANGAN TOKOH BARAT

John McDonald
1. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan
pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan melalui
tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan
dengan orang dewasa.  
2. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan
khusus  menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting
untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru
yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Anda mungkin juga menyukai