Anda di halaman 1dari 12

KEPELBAGAIAN IDEA DAN

BANGSA IDAMA
NAMA PENSYARAH
ENCIK IBRAHIM BIN ABDULLAH
AHLI KUMPULAN

-MUHAMMAD YUSRY FADZLY BIN


SAMSUDIN
(14DKA20F2040)
-ABDUL RAHIM BIN SHARIFFUDIN
(14DKA20F2035)
-IERMAN ZAQWAN BIN ZULLEKA
(14DKA20F2037)
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinannya maka kami telah menyiapkan
tugasan E-Folio Penghayatan Etika Dan Peradaban dengan jayanya.Insyaallah, tugasan ini akan memberikan banyak
manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan

-Saya, Abdul Rahim Bin Shariffudin ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan iaitu Encik Ibrahim bin Abdullah dan rakan-rakan yang lain kerana tidak jemu-jemu
memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang
ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian
dengan cemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua rakan seperjuangan saya
iaitu Muhammad Yusry Fadzly Bin Samsudin dan Ierman Zaqwan Bin Zulleka yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini.
Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,usaha dan Kerjasama. . Sikap
kerjasam yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna
PENGENALAN

Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama dalam


persoalan nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah
terbentuk semenjak tahun 1957. Latar belakang dan latar
hadapan kepada projek negara-bangsa Malaysia memainkan
peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang
dinamakan sebagai Bangsa Malaysia. Malaysia, yang
berlatarbelakang empat tiang utama—agama, bahasa, budaya
dan raja—telah memberikan citra utama kepada identiti
kebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama
kepada kebudayaan Melayu.
OBJEKTIF
Generasi pewaris negara diharapkan dapat memahami keadaan masyarakat dan
negara khususnya dalam usaha memupuk semangat kekitaan, perpaduan dan
seterusnya menjadi negara ini sebagai hak Bersama.Selaras dengan
pembentukan wawasan negara bangsa, pendidikan berperanan sebagai alat
sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej baru
negara Malaysia sebagai sebuah negarabangsa. Melalui objektif tersebut,
generasi pewaris negara diharapkan dapat memahami keadaan masyarakat dan
negara khususnya dalam usaha memupuk semangat kekitaan, perpaduan dan
seterusnya menjadi negara ini sebagai hak bersama. 14 “Pembentukan bangsa
atau ‘nation building’ melibatkan satu proses yang lama dan tidak boleh dicapai
dalam jangka waktu dua atau tiga puluh tahun sahaja. Perpaduan yang wujud
sekarang perlu dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh
supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah
tergugat.” Sejarah boleh digunakan sebagai asas pembinaan bangsa melalui
proses-proses membentuk kesinambungan, perpaduan, negara bangsa,
mengorak perubahan sosial, ekonomi bangsa dan negara serta sumber inspirasi.
Proses kesinambungan ini dapat diperolehi melalui sejarah serta membolehkan
pembinaan negara bangsa dicapai hasil penelitian terhadap kewujudan atau
pembentukan masyarakat.
DEFINISI KEPELBAGAIAN
IDEA DAN BANGSA IDAMAN

Inilah yang dinamakan sebagai “bangsa idaman” iaitu


sebuah harapan, sebuah idaman, majalah, sebuah
impian dalam mencapai perpaduan antara kaum.
Namun idea “bangsa idaman” sehingga kini masih
menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi
bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. (Shamsul
Amri Baharuddin, 2011).
SEJARAH KEPELBAGAIAN
IDEA DAN BANGSA IDAMAN
Konsep “bangsa idaman” bukan suatu konsep baharu, ianya bermula
dari sejak tahun 1996 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika
memperkenalkan konsep nation-of-intent ketika mengkaji nasionalisme
orang Afrika.

Menurut beliau, hasrat mewujudkan “bangsa idaman” di Malaysia


tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya
pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang
untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa
idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa
Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi,
politik, sosial dan budaya masing-masing. Malah di Malaysia, konsep
yang sama juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 dalam
mengkaji asal muasal gerakan Kiri Melayu. Shamsul sendiri
menggunakan konsep bangsa idaman buat kedua kalinya di Malaysia
pada tahun pada tahun 1996. Namun pada hemat beliau, Malaysia bukan
sahaja masih mencari-cari ‘bangsa idaman yang ideal malah perpaduan
yang jelas masih menjadi satu impian
Pandangan terhadap konsep negara yang bercirikan wilayah dan bangsa adalah terhad. Dalam satu-satu
wilayah, sempadan atau boundary tertentu, terdapat pelbagai perbezaan identiti, ciri-ciri budaya, dan juga
citarasa. Menurut Shamsul, identiti berkumpulan atau ‘collective identity’ adalah bersesuaian dengan
suasana kemajmukan masyarakat Malaysia. Selepas kejatuhan penjajah, wujud tiga keadaan di Asia
Tenggara. Pertama, konsep satu negara bangsa dalam satu entiti seperti di Brunei. Kedua, negara tanpa
bangsa seperti BangsaMoro. Ketiga, adanya entiti bangsa dan entiti negara seperti di Malaysia, Indonesia
dan Singapura.

Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya
adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang
diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu.
Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada
ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang
diterima pakai sehingga kemerdekaan.
Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang
kolektif atau identiti nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang
popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah
Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).Selain daripada itu, pembangunan bangsa
selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. Malah di
Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian. Walau bagaimanapun menurut
Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan
sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.
CABARAN KEPELBAGAIAN IDEA DAN
BANGSA IDAMAN

Kejayaan untuk membina negara bangsa Malaysia sebenarnya


bergantung kepada kita melalui kesediaan memberi dan
menerima. Semangat sedemikian telah lama dipupuk dan diterima
oleh generasi awal merdeka dalam usaha untuk membentuk
negara dan bangsa kita. Siapakah rakyat dan bangsa Malaysia dan
bagaimanakah kewujudan mereka serta apakah cabaran yang
dihadapi oleh negara kita termuat dalam buku ini. Lakaran konsep,
sejarah dan peristiwa serta perdebatan terhadap isu utama
dipaparkan dalam beberapa dimensi penulisan. Kesemuanya
adalah tentang asas dan cabaran dalam usaha kita untuk membina
negara dan bangsa idaman iaitu bangsa Malaysia di negara terc
KESAN KEPELBAGAIAN IDEA DAN
BANGSA IDAMAN

1.Mengelakkan semangat assabiah

2.Dapat membangunkan ekonomi negara

3.Menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka.

4.Masyarakat hidup dengan aman dan hamoni.


5.Imej negara di mata dunia akan meningkat
Kesimpulan
Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara
seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang
berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya
persoalan dan masalah yang kompleks. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan
kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui pengalaman
sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk
negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan.
Sejarah dan pendidikan berupaya bagi mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk bangsa
Malaysia yang mempunyai jati diri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara

Anda mungkin juga menyukai