Anda di halaman 1dari 6

PENGELOLAAN

ACARA:
SISTEM PIRAMID
AIDA, NUREEN, ROHAIFI, SEM
SISTEM PIRAMID

Konsep sistem seperti sistem tangga tetapi sistem ini mempunyai


ramai peserta atau pasukan dalam satu aras. • Semakin ke bawah
piramid semakin banyak peserta atau pasukan dalam satu aras. •
Pertandingan dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri
mengikut tingkat pada peringkat awal. • Peserta yang berjaya di
kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid
atau corong.
SISTEM CABAR-MENCABAR
- Sesuai untuk pertandingan tidak formal atau pertandingan berbentuk
perseorangan/individu.
- Pertandingan bentuk piramid, tangga, serombong, mahkota, corong dan
sarang labah-labah semuanya adalah jenis pertandingan cabar-
mencabar.
- Semua pertandingan cabar-mencabar menggunakan prinsip asas yang
sama, iaitu peserta yang berpangkat lebih bawah akan mencabar peserta
yang berpangkat lebih tinggi daripadanya dengan tujuan menukar tempat
pangkatnya.
- Dengan cara ini semua peserta akan cuba menaik pangkat hingga
mendapat tempat yang di atas sekali.
- Pertandingan ini memerlukan semua peserta meneruskan pertandingan
untuk satu jangka masa yang tertentu.
- Tiada seorang peserta pun tersingkir.
SISTEM PIRAMID
SISTEM PIRAMID
Peserta di bahagian bawah boleh mencabar dua peserta yang berada di atasnya.
Contoh- peserta ke-9 telah mencabar peserta ke-7 dan peserta ke-9 telah menang.
Bermakna, kedudukan peserta ke-9 naik ke tangga ke-7 manakala peserta ke-7 akan
turun ke tangga ke-9. Pemain yang berada di tangga paling atas, dikira sebagai
pemenang.

Sama dengan sistem tangga kecuali bilangan peserta yang ramai diletakkan pada aras
satu piramid. Peserta berlawan sesama sendiri mengikut aras masing-masing pada
peringkat awal. Pemenang aras tersebut dibenarkan mencabar peserta yang berada di
aras satu atau dua di atasnya. Peserta yang berjaya akan naik setingkat demi
setingkat hingga ke puncak.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai