Anda di halaman 1dari 9

PENDIDIKAN

KESIHATAN
TAHUN 6
PROJEK
AKTIVITI BERFAEDAH DI RUMAH
DSKP
• STANDARD KANDUNGAN
• 2.1 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan
cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan harian.

• STANDARD PEMBELAJARAN
• 2.1.1 Memahami maksud kemahiran asertif.
• 2.1.3 Memahami kepentingan kemahiran asertif dalam
mengurus emosi.
OBJEKTIF
• Pada akhir PdPR, murid-murid boleh:
• menyatakan dan merakam video 3 aktiviti berfaedah yang
boleh dilakukan di rumah;
• memahami dan mengetahui maksud Kemahiran Asertif;
dan
• meningkatkan Kemahiran Asertif melalui aktiviti
berfaedah di rumah.
PENGENALAN
• Perubahan mental dan emosi pada peringkat remaja
sering disalah tafsir oleh remaja sendiri.
• Pada peringkat ini, perubahan tingkah laku akan
terjadi secara sedar atau tidak sedar.
• Justeru, menjadi tanggungjawab seseorang remaja
untuk cuba menangani dan mengurus perubahan mental
dan emosi supaya tingkah laku negatif tidak wujud
dalam diri.
AKTIVITI BERFAEDAH DI
RUMAH
• Bagi meningkatkan tingkah laku positifdalam diri
remaja, aktiviti berfaedah di rumah merupakan salah
satu cara.
• Aktiviti yang berfaedah bukan sahaja dapat mengawal
perubahan mental dan emosi remaja, malah dapat
memupuk Kemahiran Asertif dalam diri remaja.
KEMAHIRAN ASERTIF
• Asertif adalah keupayaan seseorang individu
menyatakan setiap perkara yang ada dalam fikirannya
sama ada postif atau negatif.
• Ciri-ciri utama Kemahiran Asertif:
• Menyatakan pendapat secara berterus terang;
• Menghormati idea, keperluan dan perasaan orang lain;
• Bijak meluahkan perasaan dan kepentingan dirinya;
• Tidak mudah dipergunakan oleh orang lain; dan
• Menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif.
• Peranan Kemahiran Asertif:
• Menghargai diri sendiri dan orang lain; dan
• Membuat keputusan tanpa menyinggung perasaan orang
lain.
TUGASAN PROJEK
• Murid dikehendaki merakam video, TIGA
aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan di
rumah.
• Rakaman ini mestilah menyatakan sebab
anda melakukan aktiviti tersebut.
• Pastikan rakaman tersebut:
• Aktiviti yang dipaparkan jelas dan
berfaedah; dan
• Yakin dengan pernyataan yang diberi.
SILA LIHAT CONTOH RAKAMAN
AKTIVITI BERFAEDAH
DI RUMAH
SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai