Anda di halaman 1dari 47

1

Pelajardapat mengenal pasti dan


menerangkan:

> konsep linguistik


> subdisiplin linguistik
> analisis linguistik
> manfaat linguistik

HASIL PEMELAJARAN 2
KONSEP PENDEKATAN BAHASA

 Bahasa ialah bunyi ujaran, maka linguistik melihat bahasa sebagai


bunyi. Yang primer ialah bahasa lisan, dan yang sekunder
ialah bahasa tulisan
 Bahasa bersifat unik, maka linguistik menggunakan lebih daripada
satu kerangka untuk mengkaji bahasa
 Bahasa merupakan satu sistem, maka linguistik melihat bahasa
sebagai kumpulan unsur yang satu dan berhubungan
 Bahasa dapat berobah, maka linguistik melihat bahasa sebagai
sesuatu yang dinamis
 Bahasa bersifat empiris, maka linguistik melihat bahasa secara
deskriptif (menggambarkan apa adanya) bukannya preskriptif
(petunjuk atau ketentuan)

unik = tersendiri dalam bentuk atau jenisnya


empiris = berdasarkan pengalaman, terutama yang diperoleh
daripada penemuan, percubaan, pengamatan yang telah dilakukan

3
SUBDISIPLIN LINGUISTIK

Bahasa sebagai objek linguistik


merupakan fenomena yang tidak
terlepas daripada kegiatan
bermasyarakat. Oleh sebab kegiatan
ini sangat luas, maka subdisiplin
linguistik itu juga menjadi sangat
banyak

Subdisiplin linguistik dibuat melalui


kriteria tertentu

4
SUBDISIPLIN LINGUISTIK

 Pembidangan
 Sifat kajian
 Pendekatan objek
 Instrumen
 Ilmu lain
 Penerapan
 Aliran dan teori

5
PEMBIDANGAN
 linguistikumum: linguistik yang teorinya
mengkaji kaedah bahasa dan pernyataannya
secara umum

 linguistik khusus: linguistik yang mengkaji


kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa
tertentu, atau rumpun bahasa tertentu

Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat


digunakan terhadap keseluruhan sistem
bahasa atau satu bahagian daripada sistem
bahasa itu

6
 linguistik terapan: merupakan hasil
penelitian linguistik untuk tujuan praktis.
Linguistik digunakan untuk tujuan
kemanusiaan dan keilmuan

 linguistikteoretis: melihat bahasa sebagai


bahasa bukan hanya sebagai alat. Linguistik
teoretis berbeda dengan teori linguistik

 sejarahlinguistik: huraian kronologi


perkembangan linguistik untuk menemukan
kekuatan dan kelemahan

PEMBIDANGAN 7
SIFAT KAJIAN
 linguistik
dibahagikan kepada dua, yaitu
linguistik mikro dan linguistik makro
 linguistik
mikro: objeknya struktur dan
elemen bahasa itu sendiri, iaitu ciri hakiki
daripada bahasa itu dengan tidak
mengaitkannya dengan ilmu yang lain
 linguistik makro: objeknya bahasa dalam
hubungannya dengan faktor luar bahasa,
iaitu kegiatan manusia dalam masyarakat.
Bidang ini meliputi linguistik interdisiplin dan
linguistik terapan

8
LINGUISTIK MIKRO

 Mengkaji struktur bahasa

> struktur dalaman: fonologi, morfologi,


sintaksis, semantik, leksikologi, fonetik

> gabungan subdisiplin: morfosintaksis,


leksikosemantik, perbandingan bahasa,
teori linguistik

9
 fonologi: Bunyi sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem
bunyi bahasa tersebut. Bunyi itu disusun dalam satu sistem
bedaan, dan kemudian dianalisis dari segi fonem, fitur distingtif,
atau unit fonologi yang lain. Tujuannya untuk menunjukkan pola
bunyi distingtif dalam sesuatu bahasa. Antara cabang fonologi
termasuklah fonologi diakronik dan fonologi prosodi

* fonologi diakronik: cabang fonologi yang mengkaji perubahan


bunyi

* Fonologi prosodi: kaedah analisis fonologi yang membahagikan


ciri fonetik kepada dua, iaitu unit fonematik dan prosodi (fonologi
pelbagai matra, fonologi polisistemik, fonologi prosodi). Prosodi
merujuk ciri bunyi yang merentasi struktur segmental seperti
intonasi, tekanan dan nada.
distingtif = sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang membedakan satu unit
linguistik dengan unit linguistik lain (fungsian)

LINGUISTIK MIKRO 10
 morfologi: cabang tatabahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan golongan kata

 Dalam linguistik Arab, morfologi ialah tasrif, iatu


perubahan satu bentuk (asal) kata menjadi pelbagai
bentuk untuk memperoleh makna yang berbeda, yang
tanpa perubahan ini, makna yang berbeda tidaklah
wujud

 Morfologi juga mencakup kajian sinkronik dan sejarah


perkembangan dan pembentukan kata

LINGUISTIK MIKRO 11
 sintaksis: cabang linguistik yang mengkaji proses
pembinaan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat
dan cara hubungan antara kata dalam ayat
 Ayat ialah satuan terbesar yang mewadahi segala butir
daripada kelompok dan struktur bahasa
 Bahasan sintaksis mencakup tautan sintaksis, iaitu
tautan tempat dan tautan saling memerlukan
 Tautan tempat ialah tautan bentuk kata dalam ayat,
iaitu tertib penempatan kata sebagai simbol dalam frasa
(a good book / sebuah buku yang baik)
 Tautan saling memerlukan bermaksud pelbagai jenis
kata memerlukan kehadiran kata lain untuk
membolehkannya berfungsi dalam sesuatu konstituen

LINGUISTIK MIKRO 12
 semantik: Sistem dan pengkajian tentang makna dalam
bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun
konteks. Semasiologi dan sematologi ialah istilah kuno
untuk semantik

 Objek semantik ialah hubungan antara benda (objek)


dengan simbol linguistik (kata, frasa, ayat)

 Bahasa berkait erat dengan fenomena sekitar penggunanya,


dan makna ujaran erat tautannya dengan siapa penutur, di
mana, situasi apa, bila, mengapa dan bagaimana.
Semuanya mempengaruhi bahasa dan pentafsirannya

 Semantik juga menyentuh bidang sejarah perubahan makna


kata

LINGUISTIK MIKRO 13
 leksikologi: cabang linguistik yang mengkaji
dan menganalisis butir kosa kata sesuatu
bahasa, berserta dengan makna dan
evolusinya
 Dalam menelesuri perkembangan bentuk dan
makna sesuatu kata, pengetahuan tentang
etimologi amat penting
 Cabang leksikologi ialah leksikografi yang
membicarakan dasar kaedah penyusunan
kamus, pengumpulan data, pemilihan data,
pengabjadan, penyusunan definisi dan
pemberian makna

LINGUISTIK MIKRO 14
LINGUISTIK MIKRO

 fonetik: Kajian tentang bunyi yang dihasilkan oleh manusia,


iaitu bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa, dan bunyi pinggiran,
dan memberikan lambang fonetik untuk bunyi tersebut. Kajian
ini terbahagi tiga, iaitu fonetik auditori, fonetik akustik dan
fonetik artikulasi

* fonetik auditori: kajian tentang pendengaran dan


persepsi bunyi bahasa
* fonetik akustik: kajian tentang sifat fizikal bunyi
bahasa, seperti frekuensi dan amplitud, yang
teralir di antara mulut dengan telinga (fonetik fizikal)
* fonetik artikulasi: kajian tentang fungsi alat
artikulasi bunyi bahasa (fonetik fisiologi)

15
 morfosintaksis: Struktur bahasa yang ada di
persimpangan antara morfologi dengan sintaksis
 leksikosemantik: Gabungan antara leksikologi
dengan semantik
 perbandingan bahasa: Pemerian butir dan
pola yang serupa dan berbeda antara dua bahasa
atau lebih, atau dua tempoh atau lebih, dalam
perkembangan sesuatu bahasa untuk mencari
hubungan genetik atau tipologi, atau untuk
mencari prinsip, supaya pengajaran bahasa dan
penterjemahan menjadi lebih berkesan
 teori linguistik: Pendapat yang dikemukakan
sebagai keterangan tentang suatu peristiwa
bahasa

LINGUISTIK MIKRO 16
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN

Bidang interdisiplin meliputi subbidang


berikut:

psikolinguistik, antropolinguistik,
stilistik, filologi, falsafah bahasa,
dialektologi, sosiolinguistik, fonetik
interdisiplin, etnolinguistik, semiotik,
epigrafi, paleografi, etologi, etimologi…

17
psikolinguistik: gabungan usaha ahli linguistik dengan ahli
psikologi yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu
tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang
disarankan dalam teori linguistik semasa, mempunyai asas yang
kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecerdasasan atau motovasi.
Hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia,dan
kemampuannya berbahasa psikologi + linguistik. Ilmu yang
mempelajari bahasa akibat latar belakang kejiwaan penutur
bahasa. Tiga bidang utama yang digarap, iaitu pemerolehan
bahasa, prestasi bahasa/prestasi linguistik dan hubungan bahasa
dengan pemikiran.

18
antropolinguistik: Kajian tentang kelainan bahasa dan
penggunaannya berhubung dengan pola kebudayaan dan
kepercayaan manusia dengan menggunakan teori dan kaedah
antropologi, iaitu hubungan bahasa, pengguna bahasa dan
kebudayaan, khususnya dari aspek penyelidikan antropologi
budaya

stilistik: Penerapan ilmu linguistik untuk mengkaji gaya


bahasa dalam karya sastera, yang tujuannya untuk melamar
perasaan. Gabungan linguistik + kesusasteraan

19
filologi: Istilah lama untuk linguistik bandingan
dan sejarah, khususnya yang digunakan dalam
penyelidikan linguistik sejarah berdasarkan bahan
tulisan dan kesusasteraan, yang merangkumi juga
kajian peradaban. Bahasa, kebudayaan, dan
sejarah bangsa yang terakam dalam bahan
bertulis peninggalan naskhah kuno linguistik +
sejarah + kebudayaan itu dijadikan bahan primer
dalam kajian

20
 falsafah bahasa: usaha untuk mencari hakikat dan taraf
bahasa sebagai satu kegiatan manusia dan juga sebagai
wahana utama dalam pengungkapan segala aktiviti hidup,
dan sebagai asas teori dan sains linguistik. Bidang yang
dicakupinya termasuklah makna dan budaya, logik dalam
bahasa, kesejagatan bahasa dan konsep bahasa. Kudrat
hakiki dan kedudukan bahasa sebagai kegiatan manusia,
serta dasar konsep dan teori linguistik linguistik + falsafah
itu dijadikan fokus utama garapannya
 dialektologi:: Analisis dan huraian kelainan bahasa dari
segi kawasan, sosial atau tempoh, untuk menunjukkan
perbedaan sebutan, tatabahasa dan kosa kata, dan
penyebarannya menurut kawasan. Batas dialek dan bahasa
dalam wilayah tertentu linguistik + geografi. Variasi
bahasa berdasarkan geografi

21
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN
 sosiolinguistik: Kajian tentang semua aspek hubungan
antara bahasa dengan masyarakat. Bahasa dari aspek
penggunaannya dalam masyarakat, pengguna dan
penggunaan bahasa, tempat penggunaan bahasa,
tatatingkat bahasa, kontak bahasa, ragam bahasa.
Hubungan antara aspek sosial dengan kegiatan berbahasa
 fonetik interdisiplin: Bunyi bahasa dan kaitannya
dengan ilmu yang lain. Misalnya ilmu Fizikal dan Muzik
 etnolinguistik: Bahasa dalam kaitannya dengan sikap
penutur, khususnya bentuk yang mewujudkan keakraban
dan prestij
 semiotik:: Kajian sistematik tentang tanda dan lambang
linguistik serta lambang bukan linguistik yang digunakan
dalam perhubungan berpola manusia. Semiotik terbahagi
tiga, iaitu pragmatik, semantik dan sintaktik

22
epigrafi: Bahasa dalam kaitannya
dengan tulisan kuno pada prasasti
(permukaan keras seperti batu)
paleografi: Bahasa dalam kaitannya
dengan pendeskripsian tulisan kuno, pada
permukaan lembut, biasanya tulisan
manuskrip
etologi: Bahasa dalam kaitannya dengan
alat komunikasi yang dipergunakan oleh
margasatwa
etimologi: Sejarah dan asal-usul kata
dan perubahan pada bentuk serta
maknanya, termasuk peminjaman
daripada bahasa asing

23
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG
LINGUISTIK TERAPAN

 Linguistik terapan merangkumi subbidang


berikut:

 fonetik
terapan, perancangan bahasa,
pembinaan bahasa, pengajaran bahasa,
penterjemahan, grafonomi atau ortografi,
grafologi, gramatologi, leksikografi,
mekanolinguistik, medikolinguistik,
metalinguistik, sosiolinguistik terapan
(pragmatik), leksikostatistik

24
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK
TERAPAN
 fonetik terapan: Bunyi bahasa dan penggunaannya dalam
praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni
muzik, dan untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak
 perancangan bahasa: Bahasa dalam konteks perkembangan
bahasa. Misalnya usaha dan tindakan untuk mewujudkan bahasa
kebangsaan yang baku dalam negara yang jamak budaya dan
bahasa. Perancangan bahasa melibatkan perancangan korpus
bahasa dan perancangan taraf bahasa
 pembinaan bahasa: Bahasa dalam konteks penggunaan bahasa
yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah
dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati
 pengajaran bahasa: Penerangan tentang teori dan amalan
pendidikan (pendekatan, kaedah dan teknik tertentu, pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan serta penilaian), yang
berkaitan pengajaran bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa
asing

25
 penterjemahan: Bahasa untuk kepentingan
pengalihbahasaan daripada satu bahasa
kepada bahasa yang lain
 grafonomi:: Cara mewujudkan bahasa dalam
bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi
dinamakan juga sebagai ilmu ejaan,
khususnya tentang sistem ejaan yang telah
dibakukan.
 grafologi: Kajian tentang tanda graf yang
digunakan dalam bahasa tertentu, berbanding
dengan grafetik. Tulisan dengan tujuan untuk
mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan
keberuntungan penulis, berasaskan tanda graf

LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN 26


LINGUISTIK MAKRO: BIDANG
LINGUISTIK TERAPAN

 gramatologi: Kajian tentang bahan graf dan bentuk


tanda bertulis, dengan tiddak mengambl kira bahasa
atau sistem tulisan tertentu, berbanding dengan
grafologi

 leksikografi: Bahasa dalam konteks penulisan leksikon


(analisis butir kosa kata serta makna dan evolusinya)
dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus.
Dinamakan juga sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya
pada cara penyusunan kamus

 mekanolinguistik: Bahasa yang digunakan dalam


penyusunan program mekanik

27
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG
LINGUISTIK TERAPAN
 medikolinguistik: Bahasa untuk diterapkan dalam
pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang
menghadapi tekanan perasaan yang serius, dan terapi
perubatan untuk anak autis
 metalinguistik: Kajian bahasa yang merujuk
hubungan keseluruhan sistem linguistik dengan sistem
tingkah laku manusia dalam budaya berkenaan
 sosiolinguistik terapan: Bahasa dalam konteks
penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu
dengan mengambil kira situasi, maksud, status
penutur…
 leksikostatistik: Kajian secara perangkaan tentang
kosa kata asas dua bahasa atau lebih untuk
menentukan kefahaman menyalingnya, mencari
hubungan antaranya, dan menggolongkannya kepada
jenis dan kumpulan. Ilmu yang mempelajari usia kata
sejak dini kewujudannya dengan menggunakan rumus
statistik. Penting untuk menentukan bahasa induk /
proto

28
 linguistik sinkronik: Kajian bentuk satu
bahasa atau lebih pada peringkat atau satu
jangka masa perkembangan tertentu dan
terbatas. Dikenali juga sebagai linguistik
deskriptif kerana keupayaannya memerikan
bahasa seperti adanya

 linguistik diakronik: Kajian tentang


perubahan bahasa yang terjadi dalam tempoh
sejarah yang lama, pada masa yang tidak
terbatas, iaitu dari mula bahasa itu wujud
sehingga bahasa itu mati. Dikenali juga sebagai
linguistik historis dan linguistik bandingan

PENDEKATAN OBJEK 29
>linguistik deskriptif: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan
memerikan struktur permukaan bahasa (ciri bunyi, tatabahasa, kosa

kata) yang digunakan pada masa tertentu

linguistik historis: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan


memerikan perkembangan struktur bahasa (sistem bunyi, tatabahasa

dan kosa kata) dari dini kewujudannya hingga kini. Dikenali juga
dengan nama linguistik historis-komparatif

linguistik bandingan: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan


memerikan perbedaan dan persamaan struktur bahasa. Hubungan
sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti
perbedaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari
sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif 30
Linguistik dilihat daripada alat yang
digunakan untuk membantu dalam
penganalisisan bahasa

Komputer dimanfaatkan oleh ahli


bahasa untuk menganalisis bahasa,
menyusun kamus, menterjemah,
dan sebagainya

INSTRUMEN 31
 psikologi: memanfaatkan proses mental baik normal
atau abnormal dan pengaruhnya pada perilaku untuk
mengkaji pemerolehan bahasa dan penampilan bahasa
akibat gangguan psikologi
 sosiologi: mempelajari ilmu tentang sifat, perilaku
dan perkembangan masyarakat, dan menyelesaikan
konflik bahasa dan perancangan bahasa di daerah
tertentu
 antropologi: memanfaatkan ilmu tentang manusia,
khususnya asal-usul, bentuk fizikal, adat istiadat dan
kepercayaan lampau untuk kajian bahasa
 aljabar: ilmu yang menggunakan tanda dan huruf
berhubungan dengan sistem formal yang dapat
digunakan oleh ahli bahasa. Contohnya linguistik
kuantitatif, linguistik komputer dan linguistik aljabar

ILMU LAIN 32
ALIRAN DAN TEORI

 Teori atau aliran yang popular dalam


penyelidikan bahasa ialah linguistik:
tradisional, struktural, transformasional,
generatif semantik, relasional, sistematik…

 Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok


ilmu linguistik, dan meneliti pengaruh ilmu
lain, dan pengaruh masyarakat terhadap
bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat,
dan pendidikan

33
KESIMPULAN SUBDISIPLIN LINGUISTIK

 Bidang subdisiplin linguistik amat luas kerana


objeknya, iaitu bahasa mempunyai jangkauan
hubungan yang amat luas dan pelbagai dalam
kehidupan manusia

 Aktiviti baharu akan mewujudkan cabang linguistik


baharu. Kini, komputer telah mewujudkan linguistik
komputer atau mekanolinguistik

 Inti linguistik ialah struktur dalaman bahasa, atau


cabang linguistik mikro. Misalnya bidang
penterjemahan memerlukan pengetahuan struktur
kata, kalimat dan semantik, dan bidang leksikografi
memerlukan pengetahuan fonologi, sistem ejaan,
morfologi, sintaksis dan semantik

34
ANALISIS LINGUISTIK

 Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik


Moden. Beliau memperkenalkan konsep hubungan
sintagmatik dan hubungan asosiatif untuk
memperkatakan hubungan satuan kata
 Hubungan sintagmatik bermaksud hubungan antara
satuan bahasa dalam ayat konkrit tertentu. Misalnya
ayat:
Yang merah itu buah hatiku
 Ayat di atas mengandung 21 fonem, 6 kata, dan 2
fungsi sintaksis, iaitu subjek dan predikat
 Ini menunjukkan bahawa hubungan sintagmatik itu
bersifat linear atau horizontal antara satuan yang
menjadi unsurnya

35
HUBUNGAN ASOSIATIF

 Hubungan asosiatif bermaksud hubungan dalam bahasa tetapi


tidak tampak dalam susunan ayat. Hubungannya akan lebih jelas
apabila ayat itu dibandingkan dengan ayat yang lain
 Dalam BM, terdapat banyak bentuk seperti yang berikut:
mengahwini, mengahwinkan, perkahwinan, dikahwini,
dikahwinkan, kaukahwini, terkahwini, berkahwin…
 Konsep asosiatif kemudiannya digantikan dengan nama
paradigmatik. Paradigmatik memperluas maksud asosiatif, iaitu
hubungan terjadi bukan sahaja pada peringkat morfologi, tetapi
juga pada peringkat sintaksis
 Firth menggunakan istilah struktur untuk menamakan konsep
sintagmatik, dan sistem untuk menamakan konsep paradigmatik.

36
STRUKTUR / SISTEM

 Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah


ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik,
fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon
 Struktur ialah susunan bahagian ayat atau konstituen ayat yang
bersifat linear. Ayat dapat dianalisis bahagiannya secara
fonemis, morfemis, atau sintaksis. Konstituen itu dapat
dibandingkan dengan bentuk yang lain
 Hubungan antara konstituen itu dinamakan sistem. Misalnya
kewujudan KKJ aktif atau KKJ pasif, atau kedudukan objek, ayat
songsang, dan sebagainya
 Struktur dapat dibedakan mengikut bentuk sistematik sesuatu
bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alofon, morfemis, atau
sintaksis

37
DISTRIBUSI

 Sistem menyangkut masalah distribusi. Distribusi bermaksud dapat


atau tidaknya penggantian konstituen tertentu dalam ayat tertentu
dengan konstituen lainnya. Contoh:
* Orang itu mengait buah
* Mahasiswa itu memetik bunga
* Dia membawa bakul

 Dalam BM, terdapat distribusi fonemis, morfemis, dan sintaksis.


Contoh:
Fonemis: penggantian fonem dengan fonem. Pasangan minimal:
dari – lari, kipas – kapas, maka – maki…
Morfemis: penggantian morfem dengan morfem: menjeling –
dijeling, daya saing – daya juang, tunasusila – tunabusana…
Sintaksis: penggantian kata dengan kata, frasa dengan frasa,
klausa dengan klausa

38
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT

 Analisis konstituen terdekat dikenali juga dengan nama analisis


bawahan langsung, analisis unsur langsung atau analisis bawahan
terdekat

 Analisis ini merupakan teknik penganalisisan konstituen yang


membina satuan bahasa, sama ada satuan kata, frasa, klausa ataupun
ayat

 Setiap satuan bahasa, diandaikan mengandung dua konstituen asas


pembinaannya. Contoh: di jeling, alat tulis

 Satuan bahasa yang mengandung beberapa unsur akan menimbulkan


masalah. Contoh: di jeling I di jeling i

39
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT

Suami Minah yang nakal

Suami Minah yang nakal

 Analisis konstituen terdekat dapat memberikan manfaat


untuk memahami satuan bahasa, di samping menghindari
ketaksaan satuan bahasa yang terikat pada konteks wacana
(konteks paragraf). Tanpa konteks wacana, tafsiran ganda
mungkin terjadi
(taksa = mempunyai makna lebih daripada satu, kabur atau meragukan)

40
ANALISIS RANGKAIAN UNSUR

 Analisis rangkaian unsur (item) digunakan dalam bidang morfologi

 Analisis ini mengatakan bahawa setiap satuan bahasa dibentuk daripada


unsur lain. Contoh:

tersenyum ter + senyum

keindahan ke…an + indah

gadis-gadis gadis + gadis

menjalankan men…kan + jalan

memperluas mem, per + luas

41
ANALISIS PROSES UNSUR

 Analisis proses unsur mengatakan bahawa setiap satuan


bahasa merupakan hasil daripada proses pembentukan. Contoh:

tersenyum awalan + kata dasar

keindahan apitan + kata dasar

gadis-gadis reduplikasi kata dasar gadis

membangun awalan + kata dasar

pembangunan pe…an + membangun

pembangunan daripada kata


membangun, iaitu hal membangun
atau proses membangun

42
ANALISIS PROSES UNSUR

pengembangan daripada kata kerja


mengembangkan
(menjadikan besar)
perkembangan daripada kata kerja
berkembang atau
memperkembang
(menjadikan lebih berkembang)
mengatakan daripada apitan
men…kan + kata
(menuturkan) dasar kata
menyatakan daripada apitan men…kan +
kata
(menjadikan nyata) dasar
nyata
mengenal pasti daripada awalan me + kata
majmuk kenal pasti

43
MANFAAT LINGUISTIK

 Bagi
ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat
membantunya melaksanakan tugas dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi
 Bagisasterawan, linguistik akan membantunya
memahami karya kesusasteraan dengan berkesan
kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya
 Bagiguru bahasa, linguistik jati dan hubungan
masyarakat dan budaya penting dalam pembinaan
keterampilan berbahasa, terutama dalam konteks
bahasa merentas kurikulum. Pengetahuan linguistik
juga dapat dijadikan titik tolak dalam menerangkan
aturan bahasa kepada pelajar
 Bagipenterjemah, pengetahuan linguistik jati dan
linguistik gunaan amat membantu dalam penghasilan
karya terjemahan yang baik

44
MANFAAT LINGUISTIK

 Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat


membantu dalam penghasilan kamus yang baik. Antara
pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan
ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal,
gramatikal, kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa,
budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa
 Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga
perlu, terutama dari aspek penyusunan ayat yang tepat, dan
pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks
 Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya
memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di
samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan
pertentangan bahasa
 Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan
menambahkan wawasan dalam bidang ilmu masing-masing,
di samping dapat memastikan bahawa komunikasi dapat
dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan

45
KESIMPULAN

 Dari segi konsep, bahasa bersifat ujaran, unik,


bersistem, berobah dan empiris
 Subdisiplin linguistik merangkumi bidang, sifat,
pendekatan, instrumen, ilmu lain, penerapan, aliran dan
teori
 Analisis linguistik berdasarkan hubungan asosiatif,
struktur dan distribusi yang dijelmakan melalui analisis
konstituen terdekat, analisis rangkaian unsur dan
analisis proses unsur.
 Linguistik amat bermanfaat kepada ahli bahasa,
sasterawan, guru bahasa, penterjemah, penyusun
kamus, penyusun buku, negarawan, dan pengguna
bahasa yang lain

46
Sekian dari kami
Kelompok 3
47

Anda mungkin juga menyukai