Anda di halaman 1dari 19

JENIS-

JENIS
KHEMAH
JENIS-JENIS KHEMAH

 Khemah satu tiang adalah ringan dan senang


didirikan. Khemah jenis ini sesuai untuk
perkhemahan ringkas. Ia boleh ditegakkan
dengan menggunakan satu tiang seperti
pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat
digunakan oleh seorang atau dua orang
peserta sahaja.
Khemah Satu Tiang
Khemah Bentuk ‘A’
 Khemah Bentuk ‘A’ dapat digunakan oleh tiga hingga
enam orang peserta.
 Khemah jenis ini sesuai digunaakn untuk
mengahadiri perkhemahan ringkas dan kumpulan.
 Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta
ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua
batang tiang dan satu batang bumbung.
 Anda juga boleh menggunakan tali yang
ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah
seperti penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.
Khemah Bentuk Dinding
 Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk
perkhemahan kumpulan.
 Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan.
 Bentuk Khemah ini lebih kurang sama dengan khemah
bentuk ‘ A’ .
 Khemah bentuk dinding mempunyai penahan angin atau
hujung bahagian tepi.
 Penahan angin ini tingginya lebih kurang 15 -25 sentimeter.
 Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter panjang
dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan angin).
 Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol.
 Harganya tidak mahal berbanding dengankhemah
bentuk lain.
 Khemah ini lebih selesa digunakan dan mempunyai
ruang yang luas untuk berehat.
 Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol
yang mempunyai ahli lebih kurang enam hingga lapan
orang.
 Cara mendirikan khemah jenis ini sama dengan cara
mendirikan khemah bentuk ‘A’.
Khemah Bentuk Dinding 1
Khemah Bentuk Dinding 2
Khemah Ridge
 Sekarang kebanyakan kumpulan menggunakan khemah
ridge untuk berkhemah.
 Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah
dikawasan pergunungan, ditepi sungai, jambori dan
sebagainya.
 Khemah ini sesuai untuk tiga hingga sepuluh orang
peserta.
 Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu
 khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque double),
 khemah ridge dua tiang dan
 khemah ridge besar.
 Khemah ridge helaian terbang sangat senang
dibawa dan ringan.
 Biasanya, khemah jenis ini diperbuat
daripada nilon atau terilin.
 Tiang khemah ini diperbuat daripada
aluminium atau aloi (pancalogam).
 Khemah ini dapat memuatkan antara empat
hingga tujuh orang peserta.
Khemah Bentuk Helaian Terbang
 Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama
dengan bentuk khemah dinding.
 Khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian
bumbungnya.
 Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakan
kumpulan menggunakan khemah jenis ini.
 Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam orang
peserta.
 Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
Khemah Bentuk Ridge Dua Tiang
 Khemah rigde besar biasanya diperbuat daripada
kanvas.
 Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai – bagai saiz
dan berat.
 Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg.
 Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10 hingga
40 orang penghuni.
 Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan
tertentu dan terlampau berat untuk dibawa.
 Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan tentera
Negara kita.
 Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.
Khemah Bentuk Ridge Besar
Bahagian-Bahagian Khemah
KESELAMATAN KHEMAH
 Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau
terlalu hampir dengan khemah.

 Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai


pakaian.

 Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

 Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan


semut atau binatang lain dari memasuki khemah.
 Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.

 Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa


berkeadaan bersih dan kemas.

 Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.

 Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan


selamat untuk digunakan
PENJAGAAN KHEMAH
 Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul

 Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.

 Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan


pencuci yang mengandungi bahan kimia

 Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat


daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering.

 Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan


khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.

Anda mungkin juga menyukai