Lecture 7.cara Menulis Bab3
Lecture 7.cara Menulis Bab3
CHAPTER 3?
LECTURE 7
PROF.MADYA DR.AZLINA ABU
BAKAR
Jumlah 28 16
Resiliensi .845
Keseluruhan .825
Penentuan Populasi
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis ini dilaksanakan
untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian sebenar yang akan
dijalankan di samping meningkatkan kesahan dalam instrumen kajian. Dalamkajian ini, 30 orang guru sekolah rendah
digunakan dalam kajian rintis ini. Kajian rintis ini dilaksanakan di tempat yang berbeza daripada 30 guru sekolah rendah
di negeri pulau pinang dan Johor. Set soalselidik ini diberikan dalam bentuk google form dalam talian. Kajian rintis ini
bertujuan untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik. Ahmad
Mahzan (dalam A.Santha, 2002) menyatakan bahawa ujian rintis dijalankan bagi menentukan bahawa soalan yang
diberikan kepada responden sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Kesahan dan kebolehpercayaan instrument dapat
diperoleh melalui nilai alpha Cronbach.
Saiz sampel dalam kajian kualitatif tidak dapat ditentukan dari awal kajian sebagaimana kajian kuantitatif. Ini kerana,
pemilihan sampel dan analisis data berlaku berterusan hingga sampai ke satu tahap di mana pengkaji tidak lagi
menemukan maklumat baru atau maklumat yang diperoleh sudah bertindan dengan maklumat yang diperoleh sebelum
ini. Pada tahap ini ia dipanggil sebagai titik ketepuan (Glaser dan Strauss, 1967; Guba, 1978). Douglas (1985)
menganggarkan hanya selepas menemu bual secara mendalam 25 peserta kajian barulah titik ketepuan akan dicapai.