Anda di halaman 1dari 24

FASAKH DAN ISU KHILAF

BERKAITAN ALASAN-
ALASAN YANG
MEMBENARKANNYA

HUSSEIN BIN KASSIM


14110370

FIQH MUHAKAKAT (KDI 2210)


DEFINISI
Dari sudut bahasa: Batal atau Bubar.
Dari sudut Syarak:
Apabila kalimah ini disandarkan
kepada pernikahan ataupun Fasakh al-
nikah ia membawa maksud membatalkan
atau membubarkan ikatan pernikahan di
antara seorang suami dengan isterinya
berlandaskan sebab-sebab tertentu yang
menghalang kekalnya perkahwinan
mereka.
HUKUM DAN DALIL FASAKH
 DIHARUSKAN oleh para fuqaha atas sebab-sebab yang
tertentu yang boleh mensabitkan kepada penceraian.
 Secara dasarnya peruntukan penceraian fasakh tidak
dinyatakan secara terang di dalam al-Quran. Namun
begitu prinsip tentang keharusannya boleh dilihat
didalam ayat-34 dan ayat 35 surah an-Nisa serta hadis-
hadis Rasulullah Saw.
Antara dalil yang membenarkan Fasakh disebabkan keaiban.

 Dari Ka’ab Zaid r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah menikahi seorang
perempuan Bani Gafar maka tatkala mahu disetubuhi, saat perempuan itu
meletakkan kainnya dan duduk di atas pelamin, kelihatan tompokan di
pinggangnya kemudian baginda berpaling yakni pergi dari pelamin
serayaberkata “ambillah kainmu, tutupilah badanmu dan beliau tidak
menyuruh mengambil kembali barang yang telah diberikan kepada
perempuan itu”.

(Hadis Riwayat Ahmad danBaihaqi)


ALASAN-ALASAN DIBOLEHKAN
FASAKH

SUAMI TIDAK
KECACATAN @
MEMBERI
AIB
NAFKAH

SUAMI MELAKUKAN
PENGANIAYAAN
SUAMI GHAIB KEATAS ISTERI
(DARAR)
KECACATAN ATAU KEAIBAN
DEFINISI:
* Menurut Ibnu Manzur perkataan ‘aib dari segi bahasa adalah tanda yang memalukan
(al-Wasamah) dan jama’nya a’yab dan u’yub.
* Dalam urusan suami isteri, para ilmuan Islam mendefinasikan aib sebagai kecacatan
yang berlaku kepada kedua pihak, suami atau isteri, terutamanya yang melibatkan alat
kelamin yang boleh menjadi penyebab kepada tidak tercapainya objektif dan tujuan
persetubuhan dalam perkahwinan

JENIS-JENIS PENYAKIT
Di sini para fuqaha telah berselisih pendapat dalam menentukan penyakit-penyakit
tersebut.

1. Pendapat Imam Abu Hanifah


* Dua jenis kecacatan yang zahir sahaja iaitu impoten (unnah) dan terpotong zakar (jabb).
* Menurut Muhammad ibn Hassan, gila, sopak dan kusta juga boleh diterima sebagai
alasan kerana ia boleh membawa kesan yang lebih besar seperti menjangkiti dan
membahayakan serta menyusahkan isteri.
2. Pendapat Mazhab syafie
 Telah diperluaskan kepada tujuh jenis penyakit iaitu:
* Khusus kepada suami iaitu terpotong zakar (jabb), impoten (unnah),
* Khusus kepada isteri iaitu tertutup alat kelamin dengan daging bagi
wanita (ratqa’) dan juga tertutup alat kelamin wanita dengan tulang
(qarna’).
* Dikongsi bersama iaitu gila, sopak, kusta,

 Penyakit kusta diterima sebagai alasan fasakh kerana berdasarkan hadith


Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Larilah kamu daripada orang yang berpenyakit Kusta seperti lari apabila
melihat singa”.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, No.5380)

 Penyakit Khassa’ menurut mazhab Syafie tidak terima sebagai alasan untuk
menuntut fasakh. Al-Muzaini dalam membahaskan kitab al-umm karangan
imam syafie, mengatakan penyakit terpotong biji pelir (khassa’) tidak
boleh dijadikan alasan fasakh kerana suami yang menghidapnya masih
boleh melakukan persetubuhan sedangkan suami yang impoten jelas tidak
dapat melakukan persetubuhan dengan isterinya.
3. Pendapat mazhab Hanbali
 Ibn Qudamah, pula menyatakan ada lapan jenis penyakit yang dibenarkan
fasakh:

Penyakit yang ●
Kecacatan pada suami: terpotong zakar (jabb) dan
melibatkan hubungan impoten (unnah).

Kecacatan pada steri: tertutup kemaluan dengan tulang
kelamin dan kehilangan (qarna’) dan juga kemaluan ditumbuhi daging dan
sentiasa basah (‘afal)
kelazatan jima’.

Penyakit yang
melibatkan keturunan ●
Gila (junun), kusta (juzam) dan juga sopak
(baras).
dan boleh menjangkiti ●
Sekiranya berlaku penyakit ini kepada salah
anak-anak yang bakal satu pihak maka dibenarkan menuntut fasakh
lahir
4. Pendapat Mazhab Maliki
 Terdapat tiga belas kecacatan yang dinyatakan:

Kecacatan Kecacatan Kecacatan


kepada kepada yang dikongsi
bersama
Suami Isteri

Terpotong dua biji pelir ●
Keluar najis
(Khassa’) ●
Tertutup kemaluan

Terpotong zakar (Jabb) dengan daging (Ratqa’) ketika bersetubuh

Impoten (unnah), ●
Tetertutup kemaluan sama ada suami
Zakar tidak boleh dengan tulang (Qarna’)
atau isteri

bangun kerana penyakit ●


Kemaluan perempuan
(I’tirad) berbau busuk (Bakhar) (‘Azitah),

Laluan zakar bercampur ●
Kemaluan ditumbuhi ●
Sopak (Baras)
dengan perjalanan najis daging dan sentiasa
atau kencing semasa basah (A’fal)

Kusta (Juzam)
jima’ (Ifda’) ●
Gila (Junun).
 PIHAK YANG BERHAK TUNTUT FASAKH
 Jumhur Fuqaha dari Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali mengatakan hak
untuk tuntut fasakh berada di tangan kedua-dua belah pihak. Kerana
kedua-duanya membawa sumbangan kepada penbentukan keluarga.

 Pendapat di atas tidak dipersetujui oleh Mazhab Hanafi, kerana suami tidak
memerlukan kuasa mahkamah dalam menuntut fasakh di sebabkan suami
mempunyai kuasa talak dalam tangannya.
SUAMI TIDAK MEMBERI NAFKAH
DEFINISI:
 sesuatu yang dibelanjakan daripada matawang dan seumpamanya bagi
melengkapkan kehidupan seharian.
 Menurut Ibn Qudamah, nafkah adalah tanggungjawab seorang suami
terhadap isterinya. Iaitu sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan
apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup,
seperti makan, minum, pakaian dan juga tempat tinggal.

 Menurut pendapat jumhur fuqaha, tanggungjawab untuk memberi nafkah


adalah di tangan suami sebagai ketua dalam keluarga.
MENUNTUT FASAKH KERANA KETIADAAN
NAFKAH
 Terdapat dua pendapat dalam kalangan fuqaha:
MAZHAB SYAFIE MAZHAB HANAFI

MAZHAB ZAHIRI
Tidak
Memben
Membena
arkan rkan
MAZHAB MALIKI

 Para fuqaha yang mengharuskan fasakh di sini telah menggunakan kaedah qiyas atau
anologi di antara keharusan fasakh atas alasan keaiban dan juga kegagalan nafkah.
 Secara umumnya para fuqaha silam membenarkan fasakh jika suami tidak memberi
nafkah kerana kefakiran atau ketidakmampuan sahaja.
 Pendapat yang tidak membenarkan fasakh, mengatakan bahawa suami
yang tidak memberikan nafkah kepada isteri adalah suatu kezaliman tetapi
memisahkan pasangan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.

• TEMPOH MASA MENUNGGU


Fuqaha yang membenarkan fasakh menentukan tempoh tertentu sebagai
syarat sebelum isteri menuntut fasakh.

MAZHAB SYAFIE ●
SELAMA TIGA HARI SAHAJA


TERDAPAT 3 PENDAPAT:

Tidak ada batas waktu
MAZHAB MALIKI ●
Selama setahun

Selama dua tahun

 Kebajikan kedua belah pihak adalah diambil kira sebelum fasakh diluluskan.
 Pendapat mazhab Syafie lebih wajar kerana melihat kepada nafkah yang menjadi
keperluan isteri.
 Sekiranya ada tunggakan nafkah yang tidak dibayar kepada isteri maka ia dianggap
hutang yang wajib disempurnakan kepada isteri.
SUAMI GHAIB
DEFINISI
 Apa yang tidak dapat dilihat atau hilang. Dalam konteks fasakh ramai
dikalangan para fuqaha menggunakan perkataan mafqud berbanding
menggunakan perkataan ghaib. Mafqud bererti orang yang hilang dan al-
faqid pula adalah perempuan yang kehilangan suami atau anaknya dengan
sebab kematian.
 MENUNTUT FASAKH KERANA SUAMI GHAIB
 Fuqaha silam telah berbeza pendapat.

Membenarkan
Mazhab Hanbali Mazhab Maliki

 Pendapat yang membenarkan:


- Apabila tidak disediakan atau dihantar sebarang nafkah kerana memberi
kemudharatan kepada isteri. (Mazhab Hanbali)
- tidak membenarkan hakim memutuskan perkara ini serta merta kecuali
selepas diberi tempoh tertentu untuk si isteri menunggu. ( Mazhab Maliki)
- Tempoh yang diberikan adalah selama empat tahun. Selepas hakim
memerintahkah untuk menjalankan siasatan bagi mengesahkan kedudukan
suami sama ada hidup atau mati. Setelah genap maka isteri dikehendaki
beriddah selam empat bulan sepuluh hari dan dia dianggap bebas dari
ikatan perkahwinan. (Maliki)
 Pendapat yang tidak membenarkan:
- Di sisi Mazhab Syafie, isteri tidak boleh menuntut fasakh atas alasan
ghaib atau menghilangkan diri selain keaiban dan kegagalan memberi
nafkah. Tetapi ada yang di kalangan pengikut mazhab Syafie yang
membenarkan dengan alasan suami ghaib kerana nafkah terhadap isteri
terabai. Ini kerana kemudaratan yang sama seperti kesusahan isteri kerana
suami tidak mampu memberi nafkah.
- Mazhab Hanafi tidak membenarkan kerana Kemungkinan Suami akan
kembali semula dan jika telah terputus khabar berita tentang suaminya
maka harta yang ditinggalkan oleh suami boleh isteri gunakan sebagai
nafkah.
 TEMPOH MASA SUAMI GHAIB SEBELUM DISABITKAN
MATI
 Dalam Kalangan fuqaha mazhab Hanafi, mereka berselisih
pendapat tentang tempoh masa sebelum seseorang yang hilang
disabitkan meninggal atau diisytiharkan mati.
- Menurut al-Hassan adalah selepas 120 tahun.
- Abu Yusuf pula berpendapat selama 100 tahun.
- Al-Marghinani adalah 90 tahun selepas tarikh kelahirannya.
 Apabila sabit kematiannya maka isteri boleh memulakan ‘iddah
bermula dari tarikh pengisytiharan kematiannya.
 Kesemua pandangan di atas adalah bersifat keras terhadap
kebajikan kerana tempoh masa menunggu yang agak lama dan
tentunya akan menyulitkan kehidupan isteri tersebut.
SUAMI DIPENJARA
 Seorang boleh ditahan atas sebab beberapa faktor seperti menjadi tahanan
perang dan dipenjara oleh pihak berkuasa sebagai hukuman di atas
kesalahan yang dilakukan. Ini boleh menyebabkan kesusahan kepada
isteri.

 FASAKH KERANA SUAMI DIPENJARA


 Para fuqaha berbeza pendapat dalam membahaskan hal ini.
 Pendapat yang tidak membenarkan:
- Mazhab Hanafi: sekiranya suami dipenjara maka dia tidak perlu memberi
nafkah kerana kewajipannya memberikan nafkah telah terbatal.
- Mazhab Syafie: suami yang dipenjara diletakkan dalam kedudukan yang
sama dengan suami yang hilang atau ghaib. Di mana isteri perlu menunggu
sehingga suami dibebaskan.

 Pendapat yang membenarkan:


- Mazhab Maliki membenarkan kerana mereka menyamakan
kedudukan di antara suami dipenjara dengan suami yang hilang.

 Di sisi Mazhab Hanbali pula, isteri hendaklah bersabar sekiranya


suami dipenjara. Hakim akan memerintahkan apa-apa harta yang
ditinggalkan suami sebagai nafkah kepada isteri.
SUAMI MELAKUKAN PENGANIAYAAN
KEATAS ISTERI (DARAR)
 DEFINISI
 Dari segi bahasa, adalah apa sahaja yang di anggap buruk dan kefakiran
atau membawa kesusahan kepada diri. Kalimah darar juga boleh diertikan
sebagai kesempitan.
 Al-Faqih al-Dardir memberikan pengertian darar iaitu, suami melakukan
sesuatu yang tidak diharuskan syarak seperti meninggalkan isteri tanpa
sebab atau memukulnya tanpa sebab atau menghina isteri tanpa sebab.

 MENUNTUT FASAKH KERANA ALASAN DARAR


 Mazhab syafie, Hanbali dan Hanafi menolak alasan ini sebagai asas
untuk menuntut fasakh.
 Hanya Mazhab Maliki yang mengambil sikap lebih terbuka iaitu
dengan membenarkan alasan ini sebagai sebab untuk menuntut
penceraian.
PENDAPAT YANG TIDAK MEMBENARKAN


Mazhab Hanafi:

- isteri berhak membuat pengaduan di mahkamah tetapi Hakim tidak berhak menceraikan mereka. Hakim mesti melarang dan memberi amaran
kepada suami.

Mazhab Syafie:

- Jika kelakuan suami itu adalah untuk mendidik isteri yang nusyuz, tidak boleh dikatakan mendera. Tetapi Jika kelakuan suami tidak wajar
seperti memukul dengan ganas maka Hakim perlu menyelesaikan masalah dengan menyelamatkan isteri dengan menjauhkan daripada suami
sahaja tetapi tidak boleh menceraikan.

PENDAPAT YANG MEMBENARKAN


Mazhab Maliki telah membincangkan hal ini dengan lebih terperinci.

Secara tidak langsung telah mereka mebahagikan kepada dua kategori
iaitu:
MAZHAB MALIKI

KATEGO KATEGO
RI 1 RI 2

Penganiayaan secara ●
Penganiayaan secara luaran
maknawi atau fizikal

Contoh: memberikan

Contoh: ia dilakukan sama
ada dengan menggunakan
tekanan jiwa, mental dan anggota seperti menampar
emosi kepada isteri dan menggunakan alat
seperti menghina atau seperti memukul dengan
menjatuhkan maruah. kayu.
Sandaran Pendapat Mazhab Maliki

 Dalam menguatkan hujah mereka yang membenarkan penceraian atas


alasan darar mereka bersandarkan kepada satu hadis Rasulullah SAW dan
juga kaedah fiqh. Rasulullah SAW bersabda:

‫ال ضررو ال ضرر‬


“Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan”
 Hadis ini menurut Imam as-Suyuti dan Ibn Nujaym Rasulullah SAW telah
menyentuh tentang larangan membawa mudarat atau melakukan darar
kepada orang lain dan juga membiarkan mudarat berlaku.
 Ini termasuklah mmbiarkan isteri teraniaya tanpa diberi sebarang keadlan
atau menyelamatkannya daripada kezaliman.

 Kaedah fiqh pula adalah:

‫الضرريزال‬
“Kemudaratan hendaklah dihilangkan”
KESIMPULAN
Islam adalah agama yang syumul meliputi semua aspek kehidupan manusia.

Dalam Islam menganjurkan perkahwinan sehingga perlu ditadbir untuk

menjaga keharmonian keluarga. Tetapi apabila rumahtangga sudah tidak

dapat diselamatkan lagi maka ia dibenarkan pula untuk menamatkannya.

Perpisahan bukanlah pilihan yang disukai dalam islam, tetapi untuk kebaikan

semua pihak maka ada ketikanya ia diharuskan dalam rumahtangga.

Islam memberikan hak kepada wanita untuk memutuskan perkahwinan

melalui kuasa mahkamah adalah sebenarnya bertujuan untuk menjaga

kebajikan kaum wanita dari terus dizalimi dan menderita hasil daripada

hubungan yang tidak bahagia bersama suami yang disayangi. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai