Euthanasia - Mercy Killing
Euthanasia - Mercy Killing
(Mercy Killing)
Muhammad
Tasnim
1) Dari Cara Pelaksanaan
– a. Euthanasia pasif
adalah perbuatan menghentikan atau mencabut segala tindakan
atau pengobatan yang perlu untuk mempertahankan hidup
manusia.
– b. Euthanasia aktif
Euthanasia aktif, adalah perbuatan yang dilakukan secara medik
melalui intevensi aktif oleh seorang dokter dengan tujuan untuk
mengakhiri hidup manusia (pasien) yang dilakukan secara medis.
– Euthanasia aktif langsung (direct)
Euthanasia aktif langsung dalah tindakan medik secara
terarah yang diperhitunkan akan mengakhiri hidup
pasien, atau memperpendek hidup pasien. Jenis
euthanasia ini juga dikenal sebagai mercy killing.
Bertitik-tolak dari prinsip belas ihsan inilah kita harus bicarakan isu membunuh binatang
yang sakit dan melarat (euthanasia) bagi menghilangkan penderitaan mereka.
i. Mazhab Hanafi
Menurut Syeikh Hasfaki, dibenarkan menyembelih kucing atau anjing untuk sebarang
manfaat, dan adalah lebih awla untuk dibunuh anjing yang sedang nazak dan hampir mati.
Menurut Syeikh Ibn ‘Abidin, kucing yang dalam kesakitan hendaklah disembilah bagi
mengurangkan kesakitannya. Menurut Syeikh Tahtawi, hukum keharusan ini tidak terhad
kepada anjing sahaja. (Lihat Ad-Dur al-Mukhtar wa Hasyiyah Ibn ‘Abidin, 6/474)
Disebut dalam Al-Fatawa al-Hindiyyah, kucing yang dalam kesakitan hendaklah disembelih
dengan pisau tajam. Terdapat juga fatwa yang membenarkan membunuh keldai yang sakit
yang tidak dapat diambil manfaat daripadanya untuk menghilangkan penderitaanya.
Terdapat juga fatwa bahawa jjika suatu kampung itu penuh dengan anjing dan memberi
kemudaratan terhadap penduduk kampung terebut, maka tuan anjing itu boleh disuruh
untuk membunuh anjing-anjing miliknya. Jika dia enggan, perkara itu perlu dbawa kepada
qadhi supaya dia mengarahkan tuan tersebut untuk melaksanakan perintah itu. (Lihat Al-
Fatawa al-Hindiyyah, 5/360-361)
ii. Mazhab Maliki
Syeikh al-Dardir menyebut bahawa diharuskan menyembelih keldai dan baghal jika ia tiada
harapan untuk sembuh daripada sakit yang dialami, bahkan disunatkan bagi menghilangkan
penderitaannya. (Lihat Sharh Mukhtasar al-Khalil wa Hashiyat Dasuqi, 2/108)
Imam Ibn Hajar al-Haitami, Syeikh As-Syabramalisi dan Syeikh Abu Bakar ad-Dimyathi
mengharamkan menyembelih haiwan yang tidak boleh dimakan, sekalipun untuk tujuan
merehatkannya (daripada kesakitan), seperti himar yang sakit berkekalan”. (Tuhfah al-
Muhtaj, 9/322; Hasyiyah as-Syabramalisi ‘ala Nihayatul Muhtaj, 8/177 dan I’anatu at-Thalibin,
2/388)
Syeikh Al-Buhuti dan Syeikh al-Khalwati menyatakan bahawa tidak harus menyembelih
haiwan untuk tujuan selain daripada untuk memakan dan mengambil manfaat darinya
seperti untuk merehatkanya (daripada kesakitan), meskipun haiwan itu berada dalam
kesakitan yang teramat sangat. (Lihat Kasyaf al-Qina’, 1/55 dan Hasyiyah al-Khalwati ‘ala al-
Muntaha al-Iradat, 5/509)