Anda di halaman 1dari 28

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


KOD 1103/2
KERTAS 2

 
SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)
 
 
STRATEGI MENULIS RUMUSAN
OLEH
MOHD ZAIRI B. MDZAIN
A : STRATEGI
MENGHASILKAN PENDAHULUAN
RUMUSAN

STRATEGI :
 
  -  Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.

  -  Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1


itulah pendahuluan rumusan petikan dapat kita hasilkan.

  -  Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu
     menjadi ayat anda sendiri.

  -  Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.

  -  Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /


     membicarakan …….
CONTOH PENDAHULUAN:
 
  Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahuluan:  
 
  Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di
negara kita.
  atau
 
  Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat /
hidup berjiran dalam masyarakat

 
Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk
menulis pengenalan rumusan iaitu :

1. Mengemukakan tema keseluruhan petikan


rumusan. (Tema ialah persoalan pokok/ utama).

2. Menggantikan kata kunci/ arahan pertama


soalan dengan perkataan sama erti/ sinonim.
Contoh :

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar
tidur.

Arahan tugasan dalam rumusan :

1. Kepentingan tidur dari segi saintifik ( Isi tersurat )

2. Cara-cara mengatasi masalah sukar tidur ( Isi tersirat )


Tema : Petikan membincangkan kebaikan tidur dari
segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.

Menukar kata kunci “kepentingan” menjadi :

1. Faedah
2. Kelebihan
3. Peranan
4. Keutamaan
5. Keperluan
6. Manfaat
7. Maslahat
8. Mustahak
9. Afdal
B:  STRATEGI
MENGHASILKAN ISI TERSURAT

  STRATEGI 1:
 
  Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi
sekurang-kurangnya 2 kali,

    -  Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran


keseluruhan petikan.   (masa dicadangkan 2 minit)

   -  Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.


       (masa dicadangkan 5 minit)
  STRATEGI 2:

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan


gariskan perkataan-perkataan tersebut.
KLIK

  Fokus 1 = Isi tersurat Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah


hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2
iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus
untuk isi tersirat.
 
  CONTOH 1
  Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang  

  faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk


semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

  
STRATEGI 3:
 
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan
iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
 

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada


kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan
iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
 

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan
pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib
atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan,
agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI
3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita
kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat
dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada
sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya
samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
 

(Segala  perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat


dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama
jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes
jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan
mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak
sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli
masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata
pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana
bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya
(dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat
setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan
persefahaman yang mantap sesama jiran. 
  Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
  untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
  faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah  kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa


perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat
tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat
dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah
jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini
diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan


jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)
[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat
meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan
datang.
  STRATEGI 4:
 
Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.

  Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

-  Dapat menjana kehidupan  setempat yang aman dan harmoni  [ 8 ]


  -  Mudah  memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
  -  Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11

Atau

  -  Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]


  -  Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
  -  Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat. [ 9 ]
  -  Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
  -  Dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat
setempat.    [ 9 ]
  -  Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
  -  Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
     perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
  -  Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]
STRATEGI 5:
 
  Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

  -  Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu 
     memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak
terhad.    Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1
ialah 60 – 65 patah perkataan.

  -  Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat


pertama perenggan isi tersurat.

    
CONTOH:
 
          Antara faedah hidup berjiran ialah  dapat menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat
membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]

Jom Pi Tengok Petikan


C : STRATEGI
MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:
 
  -  Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat
dalam petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah:
cara-cara memupuk semangat kejiranan.

    
  -  Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan
     isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
  -  Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi
     tersirat.
  -  Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
     isi tersirat.
STRATEGI 1:
 
  Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara
  memupuk semangat kejiranan.

CONTOH :
 
  -  Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia
     memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]
 
  -  Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian /  ziarah menziarahi / perihatin
     atau ambil berat hal ehwal jiran /  bertanya kabar / pelihara hubungan
     kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali  [ konsep : Interaksi tidak formal ]
 
  -  Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.
 
  -  Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan /  tabung khairat.
 
  -  Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun
     tetangga / persatuan belia / JKKK  [ Konsep : Interaksi formal ]
 
  -  Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan
 
  -  Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
     sombong / berbaik sangka dengan jiran .
STRATEGI 2:
 
  Membina perenggan isi tersirat.
 
  CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah  dengan


mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa
kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga
mampu memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]
D : STRATEGI
MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

-  Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.

-  Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.

-  Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut


   berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.

-  Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan


   atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya,
   demi’.

-  Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan


   bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.

-  Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …


CONTOH KESIMPULAN:

Kesimpulannya,  semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang


sejahtera dapat diwujudkan
 
  Atau
 
  Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam  
  masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
  diwujudkan.
CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP
 
    Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalam sesebuah
masyarakat.
 
   Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang
aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta
dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran.
Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian
dan kesejahteraan masyarakat.
    
   Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis
gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu,
budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
 
   Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang
sejahtera dapat diwujudkan.
                                                                               [ 100 patah perkataan]
Soalan 1 – Rumusan. (rujuk lembaran kerja)

Markah Isi: 20
Markah Bahasa: 10
Jumlah markah rumusan ialah 30.

1. Panduan mengira perkataan:


Perkataan yang dikira sebagai 1 perkataan adalah seperti
berikut:
i. Nama khas , kata ganda, penggunaan kata depan:
di dan ke
ii. Tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau
perkataan & gelaran
2. Markah diberi bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
 Jumlah maksimum isi tersurat ialah 6 dan jumlah minimum isi
tersurat ialah 2.
 Jumlah maksimum isi tersirat ialah 6 dan jumlah minimum isi
tersirat ialah 2.
 Jumlah isi tersurat dan tersirat mestilah tidak melebihi 8 isi.
 Asas pemberian markah bahasa adalah bergantung kepada
Markah isi.
Soalan 1 – Rumusan. (rujuk lembaran kerja)

3. Jika bahasanya agak baik , tambah 1 markah


4. Jika rumusan kurang 120 perkataan, markah tidak
dipotong.
5. Jawapan dalam bentuk ‘point’ – markah bahasa
tolak 50%.
6. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan,
ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan
kurang daripada 120, berikan 0 markah
7. Jika bahasa kurang memuaskan, tolak 1 markah.
8. Pelajar mestilah menggunakan penanda wacana
untuk menghubungkaitkan atau mewujudkan
pertalian antara isi rumusan.
CONTOH PETIKAN JOM KITA PI…
PETIKAN 1
 
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara
memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah  tidak melebihi 120 patah perkataan.
 
             Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Semngat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
 
             Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir  dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita
terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita
ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak
berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan
manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama.
Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat  daripada sebarang ancaman seperti
kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
 
             Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama
dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut
tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata
pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain
sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini
terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
 
             Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan
kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan
baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
 
            Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
 
                        (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan    
                                                  Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
                                                                            Utusan Malaysia, Jun 2003
Penanda Wacana
CONTOH
PETIKAN
SEKIAN…TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai