Anda di halaman 1dari 28

TOPIK 5

Merancang Aktiviti
Bermain dalam Pendidikan
Awal Kanak-Kanak
Kandungan
5.1 Merancang aktiviti bermain mengikut tema

5.2 Merancang media untuk aktiviti bermain

5.3 Hubungkait bermain dan umur serta kebolehan kanak-


kanak

5.4 Penglibatan pengasuh / guru dan ibubapa dalam aktiviti


bermain
Hasil Pembelajaran
 Merancang aktiviti bermain mengikut tema

 Merancang media untuk aktiviti bermain

 Menjelaskan hubungkait bermain dan umur serta


kebolehan kanak-kanak

 Menjelaskan penglibatan pengasuh/guru dan ibu


bapa dalam aktiviti bermain
Pengenalan

● Piaget berpendapat kesepaduan dalam pendekatan


pengajaran kepada kanak-kanak amatlah penting
dalam merangsang perkembangan mereka
● Dalam kajiannya, beliau mendapati pendekatan
pembelajaran haruslah tidak diasingkan antara
satu sama lain terutamanya antara akademik dan
kreativiti
● Kanak-kanak belajar melalui persekitaran dan
hubungan sosial melalui komunikasi dan interaksi
5.1 Merancang aktiviti bermain
mengikut tema
 Pendekatan Tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang
kreatif dengan menggunakan tema.
 Guru/ pengasuh sepatutnya menggalakkan murid mengambil
bahagian secara aktif dan fizikal dalam proses pembelajaran kerana
kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’.
 Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat,
mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan.
 Pembelajaran yang semula jadi dan bermakna kepada kanak-kanak
adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan ‘mengalami’ sendiri
sesuatu aktiviti itu.
Guru mesti mencuba untuk
menyediakan pengalaman- Murid juga sepatutnya
pengalaman yang bererti
kepada murid supaya
diberi peluang untuk
mereka bukan sahaja ada berdikari, meneroka
elemen ‘seronok’ tetapi juga dan mengalami untuk
untuk mencetuskan minat
ingin tahu dan seterusnya diri sendiri dan bagi
mencari maklumat dengan diri sendiri
sendiri..
PENDEKATAN TEMATIK

Cara Perkembangan Tema dan Peringkat-Peringkat Perkembangan


Tema

PERINGKAT PERTAMA

Perbincangan Dan Perkembangan Tema

PERINGKAT DUA

Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Dengan Idea-idea Perkembangan Tema

PERINGKAT TIGA
Pelajaran bersepadu mengikut tema yang berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran
(Tahunan, Bulanan, Mingguan dan Harian)
PERINGKAT PERTAMA

Perancangan oleh guru merupakan peringkat yang


paling penting.
Garis panduan di bawah boleh membantu guru
berbincang dan membentuk perkembangan dari
perspektif kurikulum berdasarkan tema yang dipilih.
GARIS PANDUAN
PERBINCANGAN DAN PERKEMBANGAN TEMA

SEJAUH MANA
TUJUAN DICAPAI? TUJUAN:
Refleksi atas tahap kejayaan dan Kenapa kita memilih tema
apa yang boleh dilakukan tersebut

Bahan:
i
Bahan yang sesuai TEMA YANG Bagaimana kita mengetahui
digunakan DI PILIH apa yang telah dipelajari
Mendapat maklum balas
pengalaman dan pengetahuan
kanak-kanak yang lau.

Apakah yang ingin di pelajari?


Interaksi dan soal jawab antara Cara terbaik memilih tema:
guru dan kanak-kanak Isu atau topik-topik yang benar-
benar menarik perhatian kanak-
kanak
PERINGKAT KEDUA

 Bagi peringkat ini, guru perlu mengambil


perbincangan dan perkembangan dari peringkat
pertama dan menyoal tentang perkara ini:
Apakah yang kita ingin murid kita faham tentang tema?

Guru seterusnya boleh memperkembangan aktiviti-aktiviti berdasarkan soalan


tersebut. Aktiviti yang dirancang itu boleh dilihat dari beberapa aspek, contohnya;

PERSPEKTIF FUNGSI
Bagaimana benda ini
berfungsi? Bolehkah kita melihat
tema
ini dari sudut yang
berlainan?

SEBAB & AKIBAT PERUBAHAN


Bagaimana ia berubah? TEMA YANG Bagaimana ia
DI PILIH
menjadi begini?

REFLEKSI PERKAITAN
Bagaimana ia berkait dengan Apakah pandangan kita
mengenai tema ini? tentang benda-benda ini.
TANGGUNG JAWAB
Apa yang boleh kita lakukan bagi
menunjukkan bahawa kita
bertanggung jawab terhadap tema ini?
PERINGKAT KETIGA
Selepas aktiviti perkembangan idea dan perspektif tema telah dijalankan,
pengajaran dan pembelajaran tema boleh dikaitkan ke spesifikasi yang
terdapat di Huraian Sukatan Pelajaran dan rujukan ke Sukatan Pelajaran
bagi komponen-komponen berikut:

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi


Perkembangan Fizikal
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Sosio-Emosi
Perkembangan Moral dan Kerohanian
Perkembangan Kreativiti dan Estetika 
 Pelajaran yang bersepadu akan menggabungjalinkan unsur-unsur
dari mata pelajaran lain dalam pengajarannya.
 Misalnya,
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : HAIWAN
Tumpuan : “Mengecam jenis bunyi”
Unsur tematik dan gabungjalinan: Pelajaran itu boleh disisip dengan unsur
Kesyukuran dan kesayangan makhluk ciptaan Allah S.W.T (Pendidikan
Agama)
kesayangan binatang (nilai murni)
Pergerakan jenis-jenis haiwan yang berbeza (Pendidikan Jasmani)
Melukis bentuk haiwan atau mewarnakan binatang (Pendidikan Seni)
LANGKAH PERANCANGAN (PERINGKAT
1. Apa tujuannya?

PERTAMA)
Mengapa kita pilih tema ini?
 
2. Bahan yang hendak digunakan
Yang manakah antara bahan yang sedia ada paling sesuai dengan tujuan?

3. Apakah yang hendak dipelajari?


Soalan terbuka oleh guru dan murid bagi menghuraikan tema untuk mengenal pasti
Konsep
Kemahiran
Sikap
Isi kandungan yang hendak dipelajari
 
4. Bagaimana cara terbaik untuk belajar?
Merancang berbagai aktiviti pembelajaran berkaitan dengan soalan utama dengan disuai padan dengan Huraian Sukatan Pelajaran.

5. Bagaimana kita boleh ketahui apakah yang telah dipelajari?


Penilaian formatif dan sumatif yang akan digunakan oleh guru dan murid
 
6. Sejauh manakah tujuan telah dicapai?
Refleksi tentang tahap kejayaan yang telah dicapai dan sebarang perubahan yang boleh dilakukan dalam perancangan berikutnya
LANGKAH PERANCANGAN (PERINGKAT
KEDUA)
FUNGSI PEMETAAN SOALAN MENGENAI KONSEP UTAMA
 
 Membantu mengintegrasi pembelajaran merentas kurikulum
 Membantu menentukan skop dan bidang mengenai tema
 Membolehkan mengenal pasti kerangka isi bagi merancang
pengajaran dan pembelajaran
 Membantu mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang paling sesuai
 Membantu murid mengenal pasti bidang dan tugasan
pembelajaran yang mereka minati
 Membantu mengenal pasti aspek penilaian dan membina item
mengikut aras kebolehan murid
Mengapa perlunya membuat refleksi ?

  Guru yang berpengetahuan akan mempunyai ilmu pengajaran


yang luas
 Banyak yang boleh dipelajari mengenai pengajaran melalui inkuiri
kendiri
 Semasa mengajar, banyak yang berlaku yang guru kurang sedar
 Refleksi kendiri yang kritis boleh membawa kepada pemahaman
mendalam tentang pengajaran
 Apabila refleksi kritis dijadikan rutin, guru menjadi lebih yakin
mencuba pilihan yang lain dan menilai keberkesanannya
SOALAN YANG PATUT SAYA TANYA KENDIRI

  Apakah tujuan utama aktiviti tadi?


 Apakah sebenarnya yang murid belajar dalam aktiviti itu?
 Apakah cara (kaedah) mengajar yang telah saya gunakan?
 Apakah masalah yang saya hadapi dan bagaimana saya
menanganinya?
 Apakah dalam aktiviti tadi yang paling berkesan?
 Apakah yang paling kurang berkesan?
 Ada tidak sebarang ubah suaian atau kelainan yang saya akan
lakukan sekiranya saya mengajar sekali lagi pelajaran itu?
5.2 Merancang media untuk
aktiviti bermain
Bahasa
dan
Literasi

Moral dan
Awal
Kerohania
Matematik
n

Sosio –
Emosi Awal Sains
Bahasa Dan Literasi
• Main” membantu perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak
apabila :
 Kanak-kanak melukis, bercerita dan berlakon melalui bermain
 Kanak-kanak menulis dan melukis cerita dan melakonkan semula cerita
yang dilukis.
 Kanak-kanak menyanyi sambil melakonkan watak
 Kanak-kanak melibatkan diri semasa aktiviti, drama, memasak,
menjahit dan sebagainya
 Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan kumpulan
Awal Matematik
• Pusat-pusat pembelajaran yang disediakan perlu mempunyai pelbagai barang
permainan dan alat bantu mengajar yang akan membantu kanak-kanak
memahami konsep matematik seperti klasifikasi, ruang dan masa selain
daripada konsep nombor dan operasi.
• Puzzle dan blok contohnya merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak dan
meningkatkan kefahaman matematik mereka.
• Peralatan seperti :
 peralatan dapur – boleh disusun mengikut susunan banyak dan sedikit, botol
dan bekas plastik boleh diklasifikasi mengikut saiz dan bentuk
 Peralatan dilabel supaya kanak-kanak boleh memadankan objek mengikut
ciri-ciri tertentu
 Paten dan manik-manik membantu kanak-kanak mengenal pelbagai corak
dan bentuk
 Permainan air dan pasir, memperkenalkan kanak-kanak tentang konsep
tekstur, banyak – sedikit, berat - ringan dan sebagainya
 Jam, kalendar dan rutin harian memperkenalkan kanak-kanak tentang konsep
masa wang dan syiling membantu kanak-kanak memahami konsep nilai.
Awal Sains
• Persekitaran pembelajaran membantu kanak-kanak memahami proses sains.
• Apabila kanak-kanak menggunakan air, buih sabun, pasir dan sebagainya, sebenarnya
kanak-kanak sedang membuat ujikaji sains.
• Kanak-kanak mula mempelajari konsep sains apabila mereka meniup bebola kapas dari
hujung meja ke hujung meja yang lain untuk melihat pergerakannya, ataupun mencampur
warna biru dan merah yang akan menjadi warna ungu.
• Apabila kanak-kanak berkomunikasi tentang pemerhatiannya dan memberi komen, di
situlah bermulanya kefahaman tentang konsep proses sains.
• Untuk menggalakkan kanak-kanak memahami proses sains:
 Menyediakan peralatan yang boleh membantu kanak-kanak untuk meneroka seperti;
magnet, kanta, glob, bekas menyukat dan sebagainya
 Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai media bahan permainan seperti air, pasir, blok
dan sebagainya
 Mengadakan projek “tanah hijau” di mana guru/ pengasuh mengawal setiap proses yang
dilakukan oleh kanak-kanak
 Barang-barang permainan lain sepert blok, boneka, peralatan muzik, model haiwan dan
tumbuhan memberi peluang kanak-kanak untuk membuat kajian sambil bermain
Moral dan Kerohanian
 Moral dan Kerohanian merupakan sebahagian daripada komponen penting dalam
perkembangan kanak-kanak.
• Komponen ini sebenarnya merupakan elemen yang akan membantu kanak-kanak untuk
membentuk sahsiah dan nilai dalam diri mereka.
• Walaupun kanak-kanak pada peringkat umur awal, kurang memahami fungsi sebenar
pendidikan moral dan kerohanian, tetapi kanak-kanak hendaklah didedahkan dengan
unsur-unsur baik yang akan membantu mereka menjadi insan yang mulia, yang menghormati
diri sendiri, keluarga masyarakat dan juga negara.
• Melalui bermain nilai moral dan kerohanian juga boleh diterapkan, supaya kanak-kanak
dapat memahaminya secara tidak langsung.
• Main boleh membantu meningkat kefahaman kanak-kanak tentang pendidikan moral dan
kerohanian melalui
 Mendengar cerita-cerita tauladan
 Melakonkan tabiat-tabiat yang baik seperti bersalam dengan orang yang lebih dewasa,
senyum dan tunduk apabila berjalan di hadapan orang lain
 Membaca doa semasa makan, minum, tidur dan sebagainya
 Menyanyikan lagu berunsur moral dan keagamaan
 melukis dan menulis cerita berkaitan moral dan kerohanian
5.3 Hubungkait bermain dan umur serta
kebolehan kanak-kanak
Menyediakan barang permainan yang berwarna warni
Lahir – 4 bulan seperti mobil, gambar-gambar yang menarik perhatian
Bayi mula meneroka bayi untuk melihat
persekitaran menggunakan
pandangan mata dan Gerakkan barang permainan ke kiri dan ke kanan
pendengaran mereka Gerakakkan muka pengasuh dekat dan jauh dengan
bayi
Dukung bayi dan tunjukkan persekitaran pada aras
yang lebih tinggi

Tunjukkan bayi wajahnya di cermin


Tunjukkan pelbagai mimik muka kepada kanak-kanak
Senyum, bercakap ketawa dan sebagainya
Menyanyi kepada bayi
Dengarkan lagu kanak-kanak yang mudah.
Main “cak-cak”
Sediakan mainan yang boleh dipegang oleh bayi
4-8 bulan Mainan yang boleh bergerak dan mengeluarkan bunyi
Bayi sudah boleh Galakkan bayi meneroka sendiri barang permainan
menggunakan tangan dan dengan meletakkannya di hadapan mereka.
mulut untuk meneroka Main bersama bayi barang permainan mereka
objek di sekitar mereka. Bercerita tentang barang permainan yang diberikan
Nyanyikan untuk bayi
8- 12 bulan Gunakan objek yang ada dalam persekitaran kanak-
Bayi sudah mula aktif kanak untuk bermain seperti bekas-bekas plastik,
meneroka persekitaran mangkuk, botol, kotak dan sebagainya.
samada melalui Bantu bayi untuk mengeluarkan bunyi-bunyian
merangkak atau berjalan menggunakan suara mereka.
Berbual dan menyanyi dengan bayi menggunakan alat-
alat muzik
8- 12 bulan Gunakan objek yang ada dalam persekitaran kanak-
Bayi sudah mula aktif kanak untuk bermain seperti bekas-bekas plastik,
meneroka persekitaran mangkuk, botol, kotak dan sebagainya.
samada melalui Bantu bayi untuk mengeluarkan bunyi-bunyian
merangkak atau berjalan menggunakan suara mereka.
Berbual dan menyanyi dengan bayi menggunakan alat-
alat muzik
5.4 Penglibatan pengasuh / guru dan
ibu bapa dalam aktiviti bermain
 Guru sebagai pengganti ibu bapa
 Guru sebagai contoh yang baik kepada kanak-kanak
 Guru membentuk perwatakan dan proses penyesuaian diri kanak-
kanak
• Ibu bapa dan pendidik hendaklah saling mengenali dan sentiasa
berhubung untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak
• Pendidikan kanak-kanak di sekolah perlu ada kesinambungan di
rumah supaya dapat diamalkan juga di rumah
• Ibu bapa dan pendidik perlu bekerjasama memantau kemajuan
perkembangan kanak-kanak
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai