Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PENDIDIKAN

NAMA KURSUS :
GGGE 5014 : KAEDAH MENGAJAR
TUGASAN :
TUGASAN BERKUMPULAN (TEORI KOGNITIVISME)
PENSYARAH :
DR. MARLISSA OMAR
DISEDIAKAN OLEH :
KUMPULAN 8
NAEMAH BINTI ABD AZIZ (P124551)
NOR ATIQAH BINTI MOHD HASSAN (P124467)
NURUL FAIZAH BINTI CHE HAMZAH (P124659)
MOHAMMAD ALIF HAIQAL BIN MOHAMMAD HIZAM (P123817)
MUHAMMAD KASHFI AKIF BIN MOHD AEZMI (P123324)
TEORI KOGNITIVISME
DEFINISI TEORI KOGNITIVISME
• Definisi 'cognitive' berasal dari kata 'cognition' yang mempunyai persamaan dengan
'knowing' yang berarti mengetahui.
• Dalam erti yang luas cognition/kognisi ialah peroalahan penataan, penggunaan
pengetahuan. (Muhibbin,2005:65)
• Teori kognitivisme lebih mementingkan kepada proses belajar daripada hasil belajar.
• Teori kognitivisme menerangkan bahawa belajar tidak sekadar melibatkan stimulus dan
respon tetapi juga melibatkan berfikir yang sangat kompleks.
• Teori ini menekankan yang belajar ini dipandang sebagai 1 usaha untuk mengerti sesuatu
dengan jalan mengaitkan pengetahuan baru kedalam struktur berfikir yang sedia ada.
KONSEP TEORI KOGNITIVISME
• Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing .

• Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,


menyelesaikan masalah , mencipta, berimaginasi dan lain-lain

• Teori ini turut menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan
memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran .
KONSEP KOGNITIVISME PIAGET
• Skema
- Potensi am yang sedia ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara
tertentu.

• Skemata
- Skemata adalah struktur kognitif yang dengannya seseorang beradaptasi dan terus mengalami
perkembangan mental dalam interaksinya dengan lingkungan.
• Asimilasi
- Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk
menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.

• Akomodasi
- Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan
pengalaman baru.

• Keseimbangan
- Adaptasi wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan
persekitaran. Proses mengorganisasi , mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang
digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda
mereka untuk mencari keseimbangan.
CIRI – CIRI TEORI KOGNITIVISME
• Mementingkan apa yang ada dalam diri manusia
• Mementingkan keseluruhan daripada bahagian tertentu
• Mementingkan peranan kognitif
• Mementingkan pembentukan struktur kognitif
APLIKASI TEORI DALAM
PEMBELAJARAN
• Memberi kesempatan kepada murid untuk mengemukakan idea
• Memberi kesempatan kepada murid untuk berfikir tentang pengalamanya
• Memberi kesempatan kepada pelajar untuk mencuba perkara baru
• Memberi pengalaman yang berhubungan dengan tujuan pelajar
• Mendorong pelajar untuk memikirkan perubahan untuk mencapai matlamat mereka
• Mencipta lingkungan yang kondusif kerana dapat mengadakan perbincangan sesame murid
• Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila
pelajaran tersebut disusun berdasarkan keupayaan tahap murid
APLIKASI TEORI
• Murid memalui proses yang mudah kerana mereka mengalami perkembangan kognitif
melalui tahap tertentu
• Murid di usia pra-sekolah dan awal persekolahan dapat belajar dengan baik
• Penglibatan murid secara katif semasa proses pembelajaran berlangsung, maka proses
asimilasi dan akomodasi pengetahuan dan pengalaman terjadi dengan baik
• Menarik minat dan potensi murid kerana murid dapat mengaplikasikan pengalaman dan
maklumat baru dengan struktur kognitif yang dimiliki oleh murid
• Teori ini lebih mementingkan proses semasa pembelajaran
BAGAIMANA TEORI INI DAPAT
DIGUNAKAN DI DALAM KELAS?
Mengikut teori kohler : Guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.

•Guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.
• Guru perlu membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam
persekitaran.
•Guru perlu menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai.
•Guru perlu membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal.
•Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang khusus yang berkaitan.
•Guru perlu membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai