Anda di halaman 1dari 16

PENGURUSAN

STRESS
Disediakan oleh:
Hawa binti Muhammad Nadzir
6A USM
Ingat Balik ! :Apakah itu stress?

-Stress merupakan tindak balas individu dari aspek fisiologi dan psikologi.

-Stress ini disebabkan oleh kegagalan individu dalam memenuhi tuntutan yang
diingini.
Faktor
Punca Faktor
Pekerjaan Stres Individu
Kekaburan
Peranan

Keperluan
kerja yang Faktor Konflik
luar Pekerjaan Peranan
kemampuan

Terlalu
Gangguan banyak kerja
Seksual atau terlalu
sedikit kerja
Konflik Peranan
-Kebiasaannya berlaku kepada pekerja bawahan yang bertanggungjawab kepada
pekerja bawahan yang bertanggungjawab kepada lebih daripada satu peranan.

-Pekerja gagal menentukan keutamaan pekerjaan yang perlu diputuskan

Contoh: Seorang pekerja mempunyai masalah dalam mengutamakan tugasan yang


perlu diselesaikan oleh jabatan pengeluaran dan juga daripada jabatan kewangan.
Kekaburan peranan
-Berlaku apabila pekerja tidak pasti peranannya yang sebenar.

-Berpunca daripada penerangan pengurus tentang peranan pekerja yang kurang jelas
dan boleh memberi tekanan kepada pekerja.

Contoh:Penyelia jabatan sumber manusia sesebuah organisasi tidak memberikan


keputusan yang jelas sehingga mengelirukan pekerja bawahannya.
Keperluan kerja yang luar kemampuan
-Pekerja tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan tentang sesuatu bidang pekerjaan
tertentu.

-Pekerja tersebut tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik


mungkin.

Contoh: Pekerja yang tiada kemahiran dalam berkomunikasi diberi tugas untuk melayan
pelanggan.
Gangguan Seksual
-Merupakan hubungan fizikal dan komunikasi yang berbentuk seksual yang dilakukan ke atas
seseorang tanpa kerelaannya.

-Seorang pekerja terdedah dengan tingkah laku gangguan seksual oleh pekerja lain sehingga
menimbulkan kerja yang tidak selesa sehingga menimbulkan perasaan stress kepada mangsa.

Contoh: Seorang pekerja lelaki menggunakan kata-kata lucah terhadap pekerja wanita.
Terlalu banyak kerja
-Setiap pekerja mempunyai keupayaan terhadap sesuatu tugas yang terhad.

-Apabila pekerja perlu menyelesaikan kerja yang terlalu banyak sehingga menyebabkan luar
kemampuan,pekerja tersebut perlu menyiapkannya dalam masa yang singkat sahaja.

-Pekerja tersebut akan berasa tertekan

Contoh:Seseorang pekerja dipaksa melakukan kerja pekerja yang telah ditamatkan


perkhidmatannya.
Persepsi
individu
yang
negatif

Di luar
Harapan
kemampuan
pekerja dalam
Faktor yang
membuat sesuatu Individu terlalu
pekerjaan tinggi

Tiada Tiada
pengalaman motivasi
kerja
Persepsi individu yang negatif
-Terdapat pekerja yang sentiasa memberi tanggapan yang berunsur buruk
sangka kepada rakan sekerja dan pihak lain.

Contoh: Kerja lebih masa yang diberi oleh ketua dianggap sebagai diskriminasi
pekerja
Harapan yang terlalu tinggi
-Setiap pekerja mengharapkan sesuatu keperluan dapat dicapai dengan bekerja bersungguh-
sungguh agar dapat memberi sumbangan kepada organisasi mereka.

-Walau bagaimanapun,terdapat pencapaian hasil kerja yang disasarkan oleh pekerja yang
berada di luar kemampuan untuk dicapai.

Contoh: Seorang pekerja menyasarkan jualan yang lebih tinggi pada waktu kemelesetan ekonomi
berbanding waktu ekonomi sedang berkembang.
Tiada motivasi
-Hal ini disebabkan oleh ketiadaan dorongan dari segi dalaman dalam membuat sesuatu pekerjaan.

-Apabila tiada motivasi,pekerja tidak menggunakan keupayaan mereka sepenuhnya dalam bekerja.

-Pengeluaran sesebuah organisasi akan terjejas kerana pekerja menjadi malas.

Contoh: Seseorang pekerja tidak bermotivasi untuk bekerja kerana dipaksa membuat kerja di luar
bidang kemahirannya dan pengetahuan yang dimiliki.
Seorang pekerja daripada Jabatan Kewangan dipaksa menyelesaikan tugasan yang sepatutnya dalam
bidang pekerjaan Jabatan Pemasaran.
Tiada pengalaman kerja
-Pekerja yang kurang kemahiran dan pengalaman akan berasa lebih tertekan ketika
melakukan kerja.

-Semakin berpengalaman seseorang pekerja,maka dijangka pekerja tersebut boleh


mengurus tekanan dan lebih tenang ketika melakukan kerja.

Contoh:Pekerja yang baru sahaja menamatkan pengajian masih tidak mengenali selok
belok pekerjaan yang disandang.
Di luar kemampuan pekerja dalam membuat sesuatu
pekerjaan
-Pekerja tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan disebabkan oleh faktor fizikal dan
faktor mental.

Contoh: Pekerja wanita melakukan kerja-kerja fizikal golongan lelaki


Persekitaran luaran Faktor organisasi
1.Situasi ekonomi tidak menentu 1.Struktur organisasi yang tidak jelas
2.Situasi politik yang tidak stabil 2.Pengamalan dasar yang ketat
3.Faktor sosiobudaya 3.Gaya pengurusan autokratik
4.Faktor keluarga dan saudara-mara 4.Tiada program menangani stress
yang ditimpa masalah. 5.Kitaran hayat organisasi pada peringkat
5.Perubahan teknologi terkini permulaan dan peringkat kemerosotan.
Ringkasan:
Punca-punca stress
Faktor individu
Faktor pekerjaan
1.Konflik peranan(menentukan keutamaan 1.Persepsi individu yang negatif
pekerjaan) 2.Harapan yang terlalu tinggi
2.Kekaburan peranan 3.Tiada motivasi
3.Keperluan kerja yang luar kemampuan 4.Tiada pengalaman kerja
4.Gangguan seksual 5.Di luar kemampuan pekerja dalam
membuat sesuatu pekerjaan.
5.Terlalu banyak kerja atau terlalu sedikit
tugas

Anda mungkin juga menyukai