Anda di halaman 1dari 11

TAKLIMAT PEMBENTANG

K-SEMANIS’22
SEMINAR MENJANA ASPIRASI NARATIF INOVASI STEM 2022
28.10.2022
Rasional
Pembelajaran masa kini menuntut keupayaan guru melaksanakan pengajaran yang kreatif dan menunjukkan
impak positif. Keperluan menguasai kandungan kemahiran pengajaran akan meningkatkan keyakinan guru untuk
merancang dan melaksanakan proses pembelajaran dalam bilik darjah. Warga pendidik, secara umumnya perlu
mengorak langkah ke arah mewujudkan jaringan dan jalinan dengan pelbagai pihak melalui perkongsian pintar,
pemindahan maklumat, penyaluran idea yang kreatif dan mengoptimumkan ilmu dan kemahiran sejajar dengan era
pendidikan era digital.
 
Meningkatkan profesionalisme guru memerlukan kecenderungan untuk mencari, menyelami, menganalisis
maklumat secara menyeluruh. Profesionalisme guru-guru boleh dipertingkatkan melalui aspek kompentensi seperti
penguasaan kandungan, kemahiran, psikologi pendidikan, pedagogi dan seni mengajar. Warga Pendidik, berupaya
mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam bilik darjah yang tercetus daripada fenomena tertentu. Melalui
SEMANIS ’22, guru-guru akan diberi peluang menjelaskan hasil dapatan yang diperolih melalui pemerhatian,
penyelidikan dan projek inovasi yang dijalankan. Dalam usaha memperkasakan kompetensi guru, SEMANIS ’22
akan menjadi medan perkongsian dan percambahan ilmu yang sangat bermakna agar kita mampu duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dalam perspektif pendidikan alaf baharu khasnya dalam bidang STEM.
Objektif SEMANIS ’22
1. Membudayakan inisiatif penyelidikan dan inovasi STEM dalam kalangan warga pendidik
2. Membentangkan laporan kajian tindakan yang terhasil melalui penyelidikan, amalan terbaik dan
inovasi yang membudayakan STEM dalam bilik darjah.
3. Perkongsian ilmu dan kemahiran melalui amalan terbaik pengajaran & pembelajaran selari dengan
PAK 21
4. Menyampaikan dan memperluaskan usaha penyelidikan dan inovasi dalam STEM untuk
meningkatkan kompetensi warga pendidik.
5. Menyebar luas peranan Duta Guru Daerah Klang yang ada.
6. Memberi keyakinan tinggi, merangsang motivasi dan mengiktiraf usaha penyelidikan / inovasi agar
terus komited untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
7. Menyediakan asas yang realistik dalam penulisan penyelidikan, penulisan ilmiah dan reka bentuk
inovasi secara berstruktur.
Tema SEMANIS ’22 : Menjana aspirasi naratif inovasi STEM
Subtema SEMANIS ’22
1. e-Pembelajaran & STEM
2. Penilaian dan Pentaksiran & STEM
3. Amalan Terbaik Pembelajaran & STEM
4. Pemulihan dan Pendidikan Khas & STEM
5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran & STEM
6. Bimbingan Kaunseling dan psikologi Pendidikan & STEM
7. Penghasilan Produk Pengajaran dan Pembelajaran & STEM
Tarikh : 02-03 November 2022 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Hotel Crystal Crown
(3 bilik Crystal Room)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
 
CARTA ALIR

DAFTAR

LOKASI : BILIK SELESAI

PROSES
SOAL JAWAB
PEMBENTANGAN
PEMBENTANG LISAN

1. Sediakan 2 salinan slide pembentangan (hardcopy) dan serahkan kepada pengurus bilik
2. Hantar slide pembentang (softcopy) kepada pengurus bilik 30 minit sebelum sidang bermula.
3. Masa pembentangan 10 minit + 5 minit
4. Patuhi masa pembnetangan
5. berhemah dan berkeyakinan Ketika menjawab soalan juri / peserta.
6. Berada di bilik pembentangan selari sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sidang bermula.
5 MINIT BICARA INOVASI

1. Sediakan sinopsis inovasi (hardcopy) dan serahkan kepada pengurus bilik


2. Masa pembentangan 5 minit sahaja
3. Tiada menggunakan slide power point @ seumpamanya
4. Patuhi masa pembentangan
5. Boleh membawa bahan sokongan mudah.
6. Berada di bilik Bicara Inovasi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara bermula.
PERTANDINGAN INOVASI

1. Konsep pameran @ booth


2. Pamerkan bahan mengikut keperluan dan kreativiti masing-masing
3. Booth akan dilawati oleh juri sebanyak 3 kali. (Tagging 3 warna)
4. sesi pembentangan dan sesi soal jawab
5. Gunakan medium yang sesuai untuk membantu sesi pembentangan dan soal jawab.
6. Sentiasa berada di booth masing-masing sepanjang 2 hari.
Tentatif
(Lampiran)
Senarai Pembentang
(Lampiran)

Anda mungkin juga menyukai