Anda di halaman 1dari 22

Hukum dan syarat perlantikan Peguam

Syarie:

Syarat golongan yang mengharuskan


dari segi pewakil, wakil, perkara
diwakilkan dan sighah.

Isu-isu Berkaitan wakalah Peguam


Syarie

1
• Perlantikan Peguam Syarie berkait rapat
dengan sunber perundangan semasa
yang bersandarkan kepada Hukum
Syarak khususnya menerusi prinsip
wakalah dan wakalah bil khusumah

• Pandangan Mazhab dan Hukum Syarak


memainkan peranan penting dalam
melihat bagaimana penggunaan Wakalah
dimaksimumkan untuk memenuhi
keperluan masyarakat.
Dalam konteks hari ini, Peguam Syarie
berperanan seperti berikut :

- Seseorang yang membela anak


guamnya di Mahkamah Syariah
- Memberikan khidmat guaman dan
perkhidmatan yang terbaik kepada anak
guam
- Memenangi kes yang diwakili ataupun
melepaskan a daripada hukuman syariah.
Dalam konteks guaman syarie,ulama
membahaskan pelantikan peguam syarie
menerusi prinsip wakalah bil khusumah.

Dr Abdul Karim Zaidan (1917-2014) :


wakalah Bil khusumah ialah mandat untuk
mendakwa atau melawan.

Orang yang menerima mandat atau


menjadi wakil dipanggil “Al- Wakil bi al-
Khusumah”.
• Wakalah Bil Khusumah : proses dan
tatacara untuk memberi kuasa kepada
seseorang untuk mendakwa,

• Wakalah juga ditafsirkan sebagai


menjaga, menjamin, melengkap dan
menyerah.

• Apabila seseorang itu dikatakan wakil


maka ia bererti orang itu adalah sebagai
penjaga, penjamin atau pelengkap
ataupun kepadanya diserahkan sesuatu
Imam al-Sarakhsi mendefinisikan al-Wakalah
sebagai menyerahkan urusan kepada orang lain.

Imam al-Kasani : al-Wakalah bermaksud


menyerahkan urusan dan penjagaannya kepada
wakil.

Syeikh Muhammad al-Sharbini menjelaskan


bahawa al-Wakalah ialah apabila seseorang
manusia mengambil orang lain bagi
menggantikan dirinya dalam sesuatu perkara yang
boleh diterima penggantian.
Ulama Syafie mendefinisikan al-Wakalah
sebagai mewakilkan seseorang untuk
menyerahkan apa yang dilakukannya dan
boleh dilakukan oleh orang lain dalam
hidupnya dan perwakilan tersebut hanya
berkuatkuasa semasa hayat orang yang
mewakilkan dan tamat selepas
kematiannya.
Konsep perwakilan yang lebih meluas

“Wakalah” : meminta orang lain yang ingin


berbuat sepertinya dalam perkara-perkara yang
boleh diwakilkan sama ada perwakilan dalam
hak manusia dan hak Allah.

“Khusumah” : merujuk kepada pertelingkahan


atau persengketaan
Al-Wakalah bi Al-Khusumah: menyerahkan atau melantik
seseorang untuk mewakili dalam menjalankan sesuatu
pekerjaan atau urusan dengan berlandaskan hukum
syarak.

Mmenggariskan kaedah penerimaan secara menyeluruh


bagi memastikan niat pewakil dilakukan sepertimana yang
telah diwakilkan

Pihak yang ingin mewakilkan sebarang dakwaan kepada


wakilnya perlulah mewakilkan kepada orang yang
mempunyai kelayakan yang sempurna.
sejauh manakah konsep guaman
bertepatan dengan
wakalah bil khusumah
• Ulama fiqh menyatakan harus mewakilkan untuk
mendakwa atau melawan (al-wakalah bi al
khusumah)

• Ulama fiqh juga mengharuskan seseorang


meminta orang lain yang ingin berbuat
sepertinya dalam perkara-perkara yang boleh
diwakilkan (termasuk mendakwa atau melawan)
Sistem guaman berbeza dengan wakalah bil
khusumah yang lebih spesefik

Sistem guaman menekankan aspek


pematuhan kepada prosedur dan undang-
undang

konsep wakalah bil khusumah perlu ditafsir dan


digunakan selaras dengan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan sejarah yang
mendasari perundangan sedia ada
Pihak atau orang yang mewakilkan
(Al-Muwakkil)

Pihak yang mewakil ialah orang yang


memberi wakilnya kepada orang lain
untuk melakukan sesuatu bagi pihak
dirinya.
(a) Mazhab Syafie mensyaratkan bahawa
orang yang mewakilkan hendaklah terdiri
daripada orang yang ada hak untuk
menguruskan perkara yang diwakilkannya
dan disyaratkan juga bahwa perkara yang
diwakilkan itu mestilah diuruskan semasa
orang yang mewakilkan masih hidup.

(b)Mazhab Abu Hanifah, orang yang


mewakilkan hendaklah terdiri daripada
mereka yang berkeupayaan melakukan
sesuatu yang diwakilkan.
Pihak atau orang yang menerima wakil
(Al-Wakil)

Pendapat Imam Syafi’I, syarat bagi


orang yang memberi wakil ialah
berkeupayaan dari segi syarak untuk
bertindak dalam perkara yang
diwakilkan. Sekiranya syarat ini
dipatuhi maka sah pengurusannya.
Perkara atau benda yang diwakilkan

Imam Syafi’I : perkara-perkara yang diwakilkan itu


hendaklah dimiliki oleh orang yang memberi wakil.

Perkara-perkara yang diwakilkan itu ialah perkara-


perkara yang maklum.

Perkara yang diwakilkan itu hendaklah boleh


dilakukan oleh pegganti atau orang yang diwakili
Sighah atau lafaz (Al-Sighah)

(a) Imam Syafi’I : orang yang memberi wakil


hendaklah melafazkan ijab wakalahnya.

(b) Imam Hanafi : sighah terbahagi kepada


dua iaitu lafaz khusus dan lafaz umum.

Lafaz umum
Lafaz Khusus
Lafaz umum

Lafaz wakalah yang menunjukkan perwakilan tentang


perkara yang umum seperti orang yang memberi wakil
berkata, “Engkau adalah wakil aku dalam semua perkara”
atau dia berkata, “Aku melantik engkau untuk
menguruskan urusanku”.

Lafaz khusus

Lafaz khusus ialah wakalah yang menunjukkan perkara


yang khusus misalnya orang yang memberi wakil berkata,
“Aku mewakilkan kepada engkau untuk membeli rumah
ini.”
Isu Berkaitan Wakalah
• Kes yang dipinda adakah perlu dibaca wakalah sekali
lagi sebelum prosiding kes baru didengar.

• Adakah wakalah tersebut dilafazkan di kaunter atau di


hadapan hakim.

• Kes sudah difailkan dan dokumen-dokumen diserahkan


tetapi wakalah pihak Peguam Syarie lambat/lewat
dilafazkan.

• Kaedah Fiqh : Keizinan yang mengiringi selepas


tindakan dilakukan adalah seperti wakalah yang telah
diberikan sebelum itu
• Tidak disyaratkan qabul akad wakalah
dengan segera dan juga tidak disyaratkan
berada di dalam satu majlis.

• Tidak disyaratkan qabul akad wakalah


dengan segera dan di dalam satu majlis
sebaliknya cukup sekadar perbuatan yang
menunjukkan qabul atau tiada wujud
elemen yang menunjukkan keengganan
penerimaan wakalah secara bertangguh
• Samada perlu kepada wakalah yang
berbeza bagi setiap peguam jika terdapat
lebih daripada seorang peguam yang
mewakili pihak dalam satu kes.

• Jika wakil yang dilantik boleh menjalankan


perkara yang diwakilkan dan kerja-kerja
tersebut juga mampu dilaksanakan oleh
orang lain sepertinya, dia tidak berhak
mewakilkan perkara tersebut kepada
orang lain tanpa kebenaran pewakil.
• Jika wakil tidak dapat menjalankan perkara yang
diwakilkan kepadanya, mungkin kerana tidak
berkemahiran atau tidak berkemampuan, dia
berhak melantik orang lain sebagai wakilnya.

• Jika perkara yang diwakilkan tersebut boleh dan


mampu dijalankan dengan baik tetapi terlalu
banyak sehingga menyebabkan wakil gagal
menjalankan kesemuanya. Dalam keadaan ini
menurut pendapat yang paling sahih (asoh), dia
dibenarkan mewakilkan pula perkara tersebut
kerana tindakan ini perlu.
• Adakah wakil kedua yang dilantik akan
dikira sebagai wakil kepada pewakil atau
wakil kepada wakil pertama?

• Sekiranya pewakil berkata: “Lantiklah


orang ini bagi pihak anda.” Wakil kedua
dikira sebagai wakil kepada wakil pertama.
• Jika pewakil berkata: “Lantiklah bagi pihak
saya,” atau jika pewakil mengizinkannya
melantik secara mutlak. Dalam hal ini,
wakil kedua dikira sebagai wakil kepada
pewakil.

Anda mungkin juga menyukai