Anda di halaman 1dari 38

GGGB5433

KEM INTERPERSONAL DAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENDIDIKAN


TAJUK 1&2
KONSEP DAN MODEL-MODEL KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Apa itu komunikasi?
Definisi umum menganggap komunikasi sebagai satu
proses interaksi dan perkongsian makna, pertukaran
idea dan pendapat atau perkongsian maklumat sama
ada dalam bentuk penulisan, simbol, bunyi-bunyian
atau pertuturan, disampaikan secara bersemuka
ataupun menggunakan media massa.
Wood
Wood (2001) mengemukakan empat aspek penting dalam
definisi komunikasi sebagai satu proses yang sistemik
melibatkan individu-individu yang berinteraksi
menggunakan beberapa simbol khusus untuk
membentuk dan menginterpretasi makna.
Verdeber dan Verdeber (2002)
 Komunikasi adalah suatu proses pembentukan dan perkongsian
makna dalam perbualan tidak formal, interaksi kumpulan atau
perucapan awam.
 Proses komunikasi melibatkan seorang komunikator, konteks,
mesej, perantara, elemen gangguan dan maklum balas.

Gamble dan Gamble (2002)


 Komunikasi ditakrifkan sebagai proses pemindahan makna, sama
ada secara sengaja atau sebaliknya.
 Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang
diperhatikan, dan tanggapan mengenai perlakuan tersebut.
 Jika perlakuan yang diperhatikan ditafsirkan sebagai mesej, atau
ia memberi kesan kepada perlakuan yang lain, maka ini
bermakna komunikasi telah berlaku.
Hybels dan Weaver (2001)
 Komunikasi adalah suatu proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang
melibatkan ucapan, penulisan, tingkah laku dan bahasa tubuh.
 Apa jua reaksi yang memberikan makna kepada suatu mesej adalah komunikasi.

Trenholm (2001)
 Konsep komunikasi boleh dilihat dari tiga perspektif: psikologi, konteks sosial dan
pragmatik.
 Komunikasi ditakrifkan sebagai satu gabungan konsep untuk melihat bagaimana
individu menggunakan simbol (dalam bentuk perkataan) membentuk keseragaman
dalam makna untuk dikongsi dengan yang lain.
 Dari perspektif psikologi, maksud komunikasi tertumpu kepada apa yang terjadi
dalam fikiran ketika mesej dipindahkan dan diterima.
 Konteks sosial melihat komunikasi sebagai suatu proses di mana individu
menggunakan medium komunikasi untuk membentuk gambaran kolektif realiti.
 Pragmatik melihat komunikasi sebagai satu sistem yang saling berkaitan dan
melibatkan tindakan yang seterusnya akan membentuk corak-corak tertentu.
FUNGSI MODEL KOMUNIKASI
1. Memudahkan kefahaman terhadap sumbangan elemen-
elemen dalam proses komunikasi.
2. Memberi pengertian sama ada komunikasi melibatkan
proses sehala atau dua hala.
3. Memerihalkan sumbangan elemen-elemen penting
dalam menentukan keberkesanan komunikasi.
4. Menjadi panduan kepada proses penyelidikan dalam
komunikasi.
TIGA KATEGORI MODEL KOMUNIKASI

1. MODEL 2. MODEL
KLASIK DUA HALA

3. MODEL
KONTEMPORARI
MODEL KLASIK
Model asas yang menerangkan proses komunikasi.
Model Lasswell, Model Shannon dan Weaver dan
Model Berlo
1.Model Lasswell (1948)
Harold Lassewell merupakan seorang Ahli Sains Politik
yang menganalisa tentang propaganda Nazi untuk
mengenalpasti kesan kuat terhadap mereka yang
mendengar.
Untuk mendapat pemahaman yang sepatutnya mengenai
sistem komunikasi media, beliau menekankan soalan
berikut dalam proses komunikasi.
siapa – mengatakan apa
dalam saluran mana?
kepada siapa?
dengan kesan apa?
Rajah Model Lasswell (1948)

Mengatakan Dalam Dengan


Siapa Kepada siapa
apa saluran mana kesan apa
*** ***
*** *** ***
Sumber Penerima
Mesej Medium Kesan
*** ***
*** *** ***
Kawalan Analisis
Analisis Analisis Analisis
Makmal khalayak
kandungan Media kesan
Model yang biasa didapati pada kebanyakkan model-
model komunikasi peringkat awal yang menunjukkan
SUMBER sebagai pengaruh yang sangat kuat dalam
membentuk perubahan sikap PENERIMA melalui
kandungan mesej yang berkesan. Penerima dianggap
sebagai pasif.
Kekurangan model – dianggap kurang legkap kerana tiada
elemen MAKLUM BALAS yang amat penting dalam proses
komunikasi.
2.Model Shahnon dan Weaver (1949)
Ahli matematik yang bekerja untuk Makmal Graham
Bell bersama-sama rakannya Weaver.
Model yang diperkenalkan merupakan model linear.
Proses komunikasi dalam model ini mengandungi
elemen-elemen :
Sumber > mesej > isyarat > saluran > penerima >
gangguan
Objektif pembinaan model ini ialah bagi memastikan
kecekapan saluran komunikasi berada pada tahap
maksimum.
Model ini dibahagikan kepada tiga tahap :

i. Tahap A (Teknikal)
ii. Tahap B (Semantik – makna seperti disalurkan oleh
transmiter)
iii. Tahap C (keberkesanan dalam konteks penerimaan
atau pemahaman dipihak penerima)
Rajah Model komunikasi Shannon dan Weaver
(1949)

Mesej Isyarat Isyarat terima Mesej

Sumber
Transmiter Penerima Destinasi
maklumat

Sumber
gangguan
3.Model Berlo (1960)
Model Berlo juga dikenali dengan model SMCR.
Walaupun model ini ringkas tetapi turut memberi
sumbangan yang besar kepada penyelidikan komunikasi.
Model ini dibangunkan bagi membantu pembinaan Teori
Matematik Komunikasi yang boleh diaplikasikan dalam
pelbagai kedaan pengaliran maklumat termasuk
pemindahan maklumat oleh manusia, mesin atau sistem.
Model ini mengandungi elemen-elemen asas komunikasi
yang terdiri daripada :
Sumber (Source) > Mesej (Message) > Saluran (Channel) >
Penerima (Receiver)
Rajah Model Berlo (1960)
S M C R

Skil Skil
Melihat Komunikasi
Komunikasi

Elemen Struktur
Sikap Mendengar Sikap

Pengetahuan Gaya Menyentuh Pengetahuan

Sistem Sistem
Menghidu
Sosial
Kandun
Kod Sosial
gan

Budaya Merasa Budaya


MODEL DUA HALA
Model yang melibatkan maklum balas
Model Schramm (1954) dan Model Newcomb (1953)
1.Model Dua Hala Schramm (1954)
Dikembangkan daripada model sehala Shannon dan Weaver
Tumpuan Shannon dan Weaver lebih kepada teknologi
transmisi komunikasi, manakala Schramm lebih kepada
Komunikasi Massa.
Dalam model Shannon dan Weaver, elemen ‘transmitter’ dan
‘penerima’ digunakan tetapi dalam model Schramm belia
menggunakan ‘enkoder’ dan ‘dekoder’ dalam model
komunikasinya (Model 1)
Bagi Schramm, lapangan pengalaman, pengetahuan,
persekitaran dan situasi semasa memainkan peranan dalam
membentuk ransangan kepada proses komunikasi yang
berkesan (Model 2).
Schramm turut menekakan elemen maklum balas dan
seterusnya menunjukkan komunikasi merupakan satu
proses yang bergerak dalam pusingan bukannya satu
arah sahaja.
Di sini menunjukkan persamaan peranan antara
sumber dan penerima apabila berlaku maklum balas.
Model Schramm menunjukkan bahawa komunikasi
adalah interaktif dan interpretif (Model 3)
Definisi Terma Model Schramm
 Pengekodan
 Mentafsirkan
 Menilai
 Mesej
 Sumber
 Destinasi
 Isyarat
 Maklum balas
Model Dua Hala Schramm (1954)
 Model 1 :

Sumber Enkoder Isyarat Dekoder Destinasi


 Model 2

Lapangan pengalaman Lapangan pengalaman

Sumber Enkoder Isyarat Dekoder Destinasi


 Model 3

Mesej

Dekoder
Enkoder Pentafsir
Pentafsir Enkoder
Dekoder

Mesej
2.Model Dua Hala Newcomb (1953)
Model ini diperkenalkan oleh Theodore H. Newcomb
(1953).
Model ini berbentuk segi tiga yang dilabelkan dengan
A, B dan X seperti rajah berikut :
X

A B

A – Sumber
B – Penerima
X – Situasi atau Konteks Sosial di mana
komunikasi berlaku
Model Dua Hala Newcomb (1953)
 A dan B mungkin merupakan individu, masyarakat, pihak pengurusan, persatuan
atau kerajaan.
 X merupakan persekitaran sosial.
 Gabungan ABX ini membentuk satu sistem yang memberi maksud bahawa
hubungan dalaman sistem tersebut adalah saling bergantungan.
 Sekiranya A berubah B dan X akan turut berubah, sekiranya A mengubah
hubungannya dengan X, B perlu mengubah hubungannya juga sama ada dengan
X atau A.
 Sebagai contoh, di waktu perang, pergantungan rakyat sesebuah negara kepada
media meningkat, begitu juga penggunaan media oleh kerajaan. Ini disebabkan,
perang (X) bukan hanya penting tetapi ia sentiasa berubah secara berterusan.
Oleh itu, kerajaan dan rakyat (A dan B) hendaklah sentiasa meletakkan diri
mereka dalam komunikasi secara berterusan melalui media massa.
MODEL KONTEMPORARI
Model yang agak terkini yang dibentuk sekitar tahun 1970-
an ke atas.
Model Pergantungan Kesan Komunikasi Massa Ball –
Rokeach dan Defleur dan Model Media Akuantabiliti
McQuail.
1.Model Pergantungan Kesan Komunikasi Massa Ball
– Rokeach dan DeFleur (1976)
 Model Ball-Rokeach dan DeFluer menggangap sistem
komunikasi sebahagian daripada sistem sosial. Kesan
komunikasi amat bergantung pada persekitarannya. Pada zaman
moden ini, media massa dianggap sebagai satu sumber manusia
yang penting untuk orang ramai mengetahui apa yang berlaku
disekelilingnya.
 Oleh itu, apa yang dilakukan oleh media massa akan sedikit
sebanyak mempengaruhi tingkah laku sama ada pada peringkat
masyarakat, kumpulan ataupun individu.
Model ini lebih menekankan faktor persekitaran lebih
daripada faktor individu yang mempengaruhi proses
komunikasi. Ball Rokeach dan Dafleur (1976)
menyatakan bahawa dalam sebuah khalayak masyarakat
moden, ahli-ahlinya akan bergantung kepada sumber
maklumat media massa.
Menurut mereka, jenis dan tahap pergantungan adalah
berkait rapat kepada faktor:
i. Sejauh mana masyarakat menjadi subjek kepada
perubahan, konflik atau ketidakstabilan
ii. Sejauh mana media massa berfungsi sebagai
pembentuk sikap dan penyedia maklumat dalam
lingkungan struktur sosial tersebut.
Model ini pada asasnya menunjukkan saling
hubungan antara tiga set pembolehubah utama iaitu
sistem sosial, sistem media dan khalayaknya.
Keberkesanan komunikasi pada peringkat kognitif,
efektif dan tingkah laku yang akan berlaku adalah
bergantung pada interaksi antara tiga pembolehubah
itu. Interaksi antara pembolehubah itu bergantung
pada beberapa perkara :
Sistem sosial – bergantung pada sejauh mana sistem
sosial sedang melalui perubahan , konflik dan
ketidakstabilan.
Sistem sosial yang telah mantap mungkin tidak
memerlukan banyak maklumat untuk membawa
perubahan tetapi sistem sosial yang mengalami
konflik dan tidak stabil mungkin memerlukan banyak
maklumat untuk memantapkan kedudukannya.
Sistem Media – bergantung pada sejauh mana
maklumat daripada media dianggap sebagai sumber
utama dan penting bagi orang ramai untuk
mendapatkan maklumat bagi tujuan membuat
keputusan.
Adakalanya dalam sesuatu sistem sosial itu hanya
terdapat satu sahaja sistem media yang mengkin
dikawal oleh kerajaan. Ada juga sistem sosial yang
mempunyai sistem media yang bebas yang boleh
dimiliki oleh pihak swasta.
Khalayak – bergantung kepada sejauh mana individu
bergantung pada media massa sebagai sumber
maklumat, pengetahuan, bimbingan dan apa yang
berlaku di sekitar sistem sosialnya.
Dalam sistem sosial ada golongan yang bernasib baik
yang dapat pendedahan media yang lebih baik
daripada golongan yang kurang bernasib baik yang
hanya dapat pendedahan media yang rendah.
Rajah Model Pergantungan Kesan Komunikasi Massa Ball – Rokeach
dan DeFleur (1976)

Sistem Sosial Sistem Media

(Tahap stabiliti struktur (Jumlah dan pusat fungsi


berbeza) informasi berbeza)

Khalayak

(Tahap pergantungan
terhadap informasi
berbeza)

Kesan

- Kognitif
- Efektif
- Tingkah laku
2.Model Media Akauntabiliti McQuail (1997)
 Diasaskan oleh penyelidik komunikasi bernama Denis McQuail (1997)
 Model Media Akauntabiliti McQuail menggambarkan hubungan
antara kebebasan media, tanggungjawab kepada masyarakat dan
akauntabiliti media.
 Media bertanggungjawab kepada sumber, khalayak, publik yang
besar, golongan minoriti dan bertanggungjawab kepada komuniti dan
bangsa.
 Liabiliti bagi sebab-sebab merbahaya akan dapat dilihat contohnya
apabila media di bawa ke mahkamah kerana dakwaan fitnah atau
menghasut. Jika ini berlaku, ia akan menimbulkan masalah kepada
pertanggungjawaban bagi prestasi berkualiti.
Rumusan
Definisi dan konsep komunikasi
Jenis-jenis komunikasi
Model-model komunikasi
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai