2 PPT Edup3113 Psikologi Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 41

Proses Pembelajaran

• Pengajaran adalah suatu aktiviti yang dapat mengubah tingkah


laku, sikap, atau kepercayaan murid-murid terhadap sesuatu
perkara yang dipelajarinya.
• Hal ini berlaku apabila berlakunya proses pembelajaran maka
terhasilnya pengajaran dalam diri seseorang itu.
• Tanpa pembelajaran, pengajaran tidak akan dapat diwujudkan
dan segala pengajaran haruslah tertumpu kepada kepada
pembelajaran murid-murid.
Kesediaan Belajar
• Terdapat banyak faktor yang telah dikenalpasti yang dapat
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan efektif.
• Antara faktor utama ialah Kesediaan belajar, pengamatan atau persepsi
dan penanggapan.
• Faktor ini dapat menentukan kejayaan atau kegagalan murid-murid
dalam mengalami proses pembelajaran kerana proses pembelajaran
adalah suatu proses yang sistematik dan tersusun.
Kesediaan Belajar
• Kamus Dewan,‘kesediaan’ bermaksud kesanggupan atau kerelaan manakala istilah
‘belajar’ bermaksud menuntut ilmu pengetahuan.
• ‘Kesediaan Belajar’ sebagai keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat
atau ilmu pengetahuan dari persekitaran dengan berfikiran terbuka.
• Kesediaan belajar merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan setiap isi
kandungan pelajaran difahami oleh murid-murid.
• Menurut Bruner (1966), kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang
dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat
perkembangan. Kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui perkembangan individu dari
segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid.
• Contoh, kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan
pemikiran ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak.
Persediaan ini dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran yang baru berdasarkan
kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Jenis2 Kesediaan Belajar
• Kesediaan pelajar merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza
antara setiap murid.
• Kesediaan belajar dari aspek kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk
memahami, memikir dan menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru.
• Kognitif adalah satu proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih
bermakna dengan merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang
sedia ada.
• Hal ini jelas kita lihat apabila seseorang individu menggunakan maklumat yang sedia
ada dalam persekitarannya dan mengaplikasikan ingatannya dalam membuat keputusan.
• Contohnya, murid-murid sekolah rendah bersedia untuk belajar operasi konkrit apabila
mereka masuk ke sekolah menengah dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks.
Maksudnya, seseorang pelajar telah bersedia dari segi kognitifnya apabila pencapaian
ilmiahnya setimpal dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.
Jenis2 Kesediaan Belajar
• Kesediaan afektif pula adalah dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat
seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.

• Hal ini dapat ditunjukkan melalui perlakuan iaitu sikap kesedaran, minat, prihatin dan
bertanggungjawab murid tersebut dalam kesungguhannya melaksanakan aktiviti pembelajaran
yang diberi oleh guru. Contohnya, Nazri meminati subjek Sains kerana menyukai aktiviti
eksperimen.

• Kesediaan afektif ini, murid-murid dapat meningkatkan pembelajaran, minat, dan juga persaingan
yang sihat dalam kalangan mereka sekali gus dapat memotivasikan murid-murid dengan
menganggap pembelajaran adalah suatu bidang yang menyeronokkan dan memberikan suatu
kepuasan kepada diri mereka.

• Mengikut hukum Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan tindakan,
maka tindakan itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya,
akan menimbulkan perasaan dukacita dan jika dia terpaksa melakukannya maka pembelajaran
yang terhasil menjadi tidak sempurna.

• Oleh yang demikian, kesediaan belajar merupakan persiapan yang perlu ada sebelum individu itu
bertindak iaitu belajar.
Jenis2 Kesediaan Belajar
• Kesediaan psikomotor pula ialah merangkumi penggunaan keperluan kemahiran
dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal.

• Kesediaan psikomotor pula bermaksud kesediaan seseorang yang mempunyai


potensi dan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal dalam suatu proses
pembelajaran yang baru.

• Namun demikian, harus diambil kira bahawa kesediaan psikomotor ini adalah
berbeza dalam kalangan murid-murid walaupun mempunyai umur yang sama. Hal
ini adalah kerana, kesediaan psikomotor ini adalah berkait rapat dengan latihan
yang memerlukan kemahiran yang betul dan latihan yang berterusan. Contoh,
subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik dalam permainan alat muzik
piano.

• Oleh yang demikian, murid-murid dapat memperbaiki psikomotor mereka dengan


latihan yang berterusan sebagai persediaan psikomotor mereka.
Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar – Group 2

• Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu baka. Baka menentukan


persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dari segi kebolehan, minat dan
kawalan emosi. Contoh, jika ibu bapa seseorang anak itu pandai maka, anak-
anaknya akan mengikut kebolehan yang dimiliki oleh kedua ibu bapanya.

• Faktor persekitaran, contohnya jika persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat
yang suka membaca, murid tersebut akan terikut-ikut untuk membaca buku.

• Kedua-dua faktor ini mempunyai kecenderungan dalam perkembangan murid


dalam proses mempelajari sesuatu yang baru di samping menentukan kematangan
dan pengalaman murid.

• Kesediaan pelajar adalah hasil daripada sejauh mana matangnya seorang murid itu
dan berapa banyak pengalaman yang ada dapat membantunya bersedia dalam PDP
dalam bilik darjah.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Kematangan juga adalah merupakan salah satu faktor dalam kesediaan belajar dan
ianya dibahagikan kepada tiga iaitu:

- Kematangan fizikal

- Kematangan intelek

- Kematangan social

- Kematangan emosi

Ketiga-tiga jenis kematangan ini sebenarnya memang sudah sedia ada dalam diri setiap
murid.
Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar

• Manusia yang normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam lima
peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
• Peringkat bayi - Perkembangan fizikal adalah cepat dan ianya sama dengan peringkat remaja.
Perubahan otot, ketinggian dan saiz murid akan menjalani perubahan untuk menunjukkan
kematangan fizikal pelajar.
• Peringkat dewasa - Kematangan begitu bermakna kerana seseorang itu boleh melakukan apa sahaja
kebolehan dan kekuatan yang telah diperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal.
• Peringkat tua - Kekuatan tenaga mula beransur hilang. Pada usia ini seseorang itu akan mudah
cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan akan sentiasa terganggu.
• Kematangan fizikal akan berakhir dengan sempurna apabila mencapai umur 18 tahun dan pada
ketika dan selepas itu individu masih boleh tetap membesar dengan pertambahan berat badan.
• Hubungan antara kematangan fizikal dalam menentukan kesediaan belajar untuk melaksanakan
aktiviti pembelajaran adalah sangat penting bagi mencapai objektif PDP guru. Contohnya, murid
tahun 1 tidak boleh memegang raket tenis dengan betul kerana otot-otot mereka belum berkembang
dan tidak mampu memegang raket yang berat disebabkan belum mencapai kematangan fizikal lagi.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Kematangan intelek pula ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur
seseorang telah meningkat.

• Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak
telah bersedia untuk menerimanya.

• Guru harus mempertimbangkan tahap perkembangan intelek murid adalah tidak


sama dan guru perlu bijak menyediakan strategi pengajaran dan bahan pembelajaran
yang lebih sukar atau mengaturkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang sukar kerana
murid bersedia menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar. Contohnya, dalam
subjek Matematik guru memberikan aktiviti pengayaan topik pecahan aras tinggi
pada murid tahun 6A kerana otak mereka telah bersedia menjawab soalan yang
sukar.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Kematangan intelek pula ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur
seseorang telah meningkat.

• Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak
telah bersedia untuk menerimanya.

• Guru harus mempertimbangkan tahap perkembangan intelek murid-murid adalah


tidak sama dan guru perlu bijak menyediakan strategi pengajaran dan bahan-bahan
pembelajaran yang lebih sukar atau mengaturkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang
sukar kerana murid-murid bersedia menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar.
Contohnya, dalam subjek Matematik guru memberikan aktiviti pengayaan topik
pecahan aras tinggi pada murid tahun 6A kerana otak mereka telah bersedia
menjawab soalan yang sukar.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Kematangan emosi ialah darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang
berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dan gangguan dalaman terhadap
pelajaran.

• Sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan
emosi positif yang mendorong seseorang murid itu belajar. Misalnya, murid
mendapat ransangan emosi ababila guru menggunakan kaedah nyanyian melodi ria
dalam menghafal huruf ABC dalam kalangan murid prasekolah.

• Guru harus sedar kerana emosi setiap pelajar adalah berbeza dan guru perlu bijak
merancang pembelajarannya selaras dengan kesediaan belajar dan keperluan murid.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Kematangan sosial pula ialah kematangan murid untuk berinteraksi antara satu
sama lain dan guru memainkan peranan penting untuk memangkin mereka dalam
pelajaran.

• Dalam sebuah bilik darjah sikap dan tingkahlaku murid adalah berbeza kerana ada
yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai. Oleh itu bagi
menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru haruslah memperkembangkan
kematangan sosial murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran harmoni.

• Umpamanya, melaksanakan aktiviti berkumpulan dengan menggabungkan murid


yang pendiam dengan murid yang riang dan murid yang lemah digabungkan
dengan murid yang pandai. Mereka akan dapat saling berinteraksi, membuat
tugasan dan keputusan secara koperatif dan kolaboratif sekali gus dapat
mewujudkan, membantu dan meningkatkan kesediaan belajar kerana wujudnya
interaksi yang dapat mematangkan hubungan sosial mereka antara satu sama lain.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Pengalaman sedia ada yang disusun rapi dapat membantu murid untuk
mempunyai kesediaan belajar yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.

• Terdapat teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan


pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya,
maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa jua idea tentang urutan
pembelajaran dan prasyarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran
yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang tinggi
dan lebih kompleks.

• Contohnya, pelajar tingkatan tiga yang hendak memasuki kelas Sains mesti
memenuhi prasyarat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains dan
Matematik. Jika tidak, mereka akan mengalami kesukaran meneruskan
pembelajaran yang lebih kompleks kerana mempunyai asas yang sangat lemah.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
• Pengalaman kanak-kanak juga sangat bergantung kepada latar belakang keluarga,
kebudayaaan masyarakat dan alam sekelilingnya.

• Menurut Rosen (1958), keluarga yang berasal daripada kelas menengah ialah
keluarga yang banyak memberikan sumbangan dalam kesediaan belajar anak-anak
mereka. Contohnya mereka telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya
sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mendapat kecemerlangan dalam
pelajaran.

• Mengikut prinsip Pavlov kanak-kanak menjadikan peneguhan daripada ibu bapa


seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Peranan Guru Dalam Mewujudkan Kesediaan Belajar
• Guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesediaan belajar.

• Terdapat beberapa inisiatif untuk membantu kesediaan belajar ialah guru haruslah kreatif mempelbagaikan kaedah
pengajaran misalnya kerja secara berkumpulan, berpasangan dan individu supaya berlaku bimbingan rakan sebaya
yang mana murid-murid yang kurang bersedia akan dibantu oleh murid yang bersedia.

• Guru haruslah mengggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kesediaan murid untuk belajar.

• Menurut Reiser dan Gagne (1983) supaya ia merangsang minat murid-murid dalam mata pelajaran tertentu.
Contohnya menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk audio dan visual interaktif. Di samping itu strategi
pengajaran guru, contohnya penerangan, demonstrasi, sumbang saran dan sebagainya hendaklah bersesuaian
dengan tahap kognitif, emosi dan fizikal murid-murid.

• Menurut Gagne, mesti ada pembelajaran prasyarat sebelum pembelajaran yang seterusnya. Pengajaran kemahiran
asas adalah perlu disampaikan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebih
kompleks untuk menangani masalah kesediaan murid yang pelbagai. Contohnya mengukuhkan asas murid tahun
satu dengan membaca, mengeja dan membunyikan perkataan sebelum diminta membuat ayat mudah.

• Aktiviti pemulihan dan pengayaan juga adalah satu cara yang boleh dilakukan oleh guru. Contohnya,
mengasingkan pelajar yang cerdik dan kurang cerdik untuk meningkatkan kesediaan belajar mereka. Murid yang
cerdik diberi penekanan akademik yang lebih banyak supaya peluang mereka untuk belajar di peringkat yang lebih
tinggi banyak manakala murid yang kurang cerdik diberi galakan untuk melengkapkan sesuatu tugasan mengikut
kesedian belajar dan kesediaan emosi mereka.
Persepsi (Pengamatan)
• Menurut kamus Dewan, ‘Pengamatan,’ ialah ‘penelitian’. Secara spesifiknya
maksudnya adalah sama dengan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran, pandangan atau tanggapan.
• Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria
iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit.
• Ransangan yang dikesan akan menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui
sistem saraf. Kemudian, otak akan berusaha mentafsir maklumat yang diterima
berdasarkan kepada pengalaman yang berkaitan, mengintrepretasi dan membentuk
gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut.
• Contoh, melalui deria mata, ransangan kilat dari awan tebal masuk ke mata seseorang
dan membentuk imej di retina yang terletak di belakang otak dan impuls dihasilkan dan
dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak kemudian mentafsir dan menterjemahkan
maklumat yang diterima dan kemudian barulah konsep kilat dapat dibentuk.
• Pengamatan dapat dirumuskan sebagai proses mental atau kognitif di mana otak
menerima maklumat daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria dan
membentuk konsep rangsangan tersebut.
Persepsi (Pengamatan)
• Ahli-ahli psikologi kognitif iaitu Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.

• Pengamatan adalah kompenen yang sangat penting dalam proses pembinaan


pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang.

• Menurut teori Gestalt, manusia mengamati dengan menerima maklumat melalui deria
dan kemudian menyusun semula maklumat tersebut dalam ingatannya mengikut
kefahaman mereka sendiri. Contoh, murid diminta oleh guru untuk mengamati objek
panjang, licin dan bergerak. Sifat-sifat tersebut diamati melalui deria mata dan
dipadankan dengan sifat tersebut iaitu ular.

• Setiap individu mempunyai organ deria yang sama, penerimaan rangsangan mungkin
berbeza justeru pengamatan juga turut akan berbeza. Jika seseorang itu kurang sihat
maka pengamatannnya akan turut terjejas. Menurut Krech (2002) pengamatan
merupakan proses memberikan erti terhadap lingkungan persekitaran individu.
Faktor-Faktor Pengamatan

• Peranan guru untuk memastikan murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai
motivasi intrinsik yang tinggi dalam mengikuti PDP. Hal ini boleh dilakukan dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan, inkuiri
penemuan, eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan
supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman murid dalam pelajaran.

• Kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan kognitif


dan pengalaman murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek. Contohnya,
pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan
dengan lelaki tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki
tua dan beruban itu merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang
demikian, pengamatan dan pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang
lampau.

• Keadaan sasaran pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan, bunyi, saiz,
latar belakang dan kedekatan atau kejauhan objek tersebut akan menentukan
ketepatan mengamati seseorang murid.
Kepentingan Pengamatan dalam Pembelajaran
• Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai
kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman.
• Pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis
bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.
• Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar dapat memastikan
nombor tersebut betul
• Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya
proses dalam mental.
• Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia
berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar
kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
• Ruth Strang – “ Reading Diagnosis and Remediation” - Pengamatan ialah proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama
dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
• Janet W. Learner (1971) – Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa
pengamatan adalah proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau
mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek
PENANGGAPAN
• ‘Penanggapan’ dalam kamus dewan bermaksud ‘pencerapan’. Ianya didefinisikan
sebagai tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau ciri-ciri melalui deria, kesedaran
dan kefahaman.

• Solso (2001), konsep merupakan bayangan mental, idea dan proses, manakala
pembentukan konsep pula adalah terhasil daripada ketajaman fikiran individu dalam
mengklasifikasikan objek-objek atau idea-idea.

• Dalam proses pembelajaran pembentukan konsep atau penanggapan adalah sangat


penting. Ianya memudahkan konsep itu diingat dengan mudah, menganalisis,
menghubung dengan situasi yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna dan
dapat menyelesaikan masalah untuk tujuan tertentu.

• Bruner (1967), konsep adalah kategori-kategori mental yang membantu dalam proses
mengklasifikasikan objek, peristiwa atau idea berasaskan ciri-ciri khasnya. Ianya
melibatkan murid membanding beza dan mengkategorikan ciri-ciri untuk sesuatu
konsep. Contohnya, murid dapat mengklasifikasikan sifat-sifat khusus haiwan bertulang
belakang dan yang tidak bertulang belakang.
Faktor-Faktor Penanggapan
• Faktor pengalaman akan membantu seseorang murid itu membentuk konsep. Satu
rangsangan atau pengalaman yang dialami akan dikodkan dengan lebih mudah.
Umpamanya, seorang anak nelayan dapan mengkategorikan ciri-ciri ikan tempatan dengan
mudah.

• Faktor imaginasi yang merupakan kebolehan mental seseorang untuk membayangkan


sesuatu walaupun objek yang tidak berada di depan mata namun oleh kerana daya
imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang murid dapat memahami dan
mentafsirkan konsep yang abstrak. Contohnya, murid menonton dokumentari kemajuan
yang dicapai oleh manusia abad ke-20, mereka dapat membayangkan kemajuan yang bakal
dicapai oleh manusia pada abad ke-21.

• Faktor Penguasaan bahasa juga adalah sangat penting kerana dalam pembentukan konsep
perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat, penggunaan ayat dan struktur ayat yang baik
sahaja yang dapat menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat.

• Gardener (1983), Orang yang mempunyai kecerdasan bahasa secara berkesan sama ada
lisan ataupun tulisan dalam mentafsirkan konsep. Kemudian, konsep itu haruslah disertai
dengan kejelasan fakta yang sahih supaya PDP seorang guru itu berkesan.
Faktor-Faktor Penanggapan
• Kecerdasan mental menurut Piaget (1950) yang merujuk kepada mental untuk
mengubah persekitarannya supaya memenuhi kehendaknya. Ia melibatkan
pemikiran yang peringkat tinggi seperti menganalisis, mensintesis pengalaman baru
dan lama, membuat penilaian dan sebagainya. Oleh itu, kecerdasan murid-murid
memudahkan penanggapan sesuatu konsep contohnya, murid tahun 1 menganalisis
perbezaan bentuk yang terdapat antara burung dan ayam.

• Oleh yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengamatan dan
penanggapan merupakan dua perkara yang mempunyai hubung kait yang dapat
meningkatkan tahap kognitif murid-murid. Tanpa kedua-dua perkara tersebut, murid
begitu sukar untuk memahami konsep dan isi kandungan pelajaran yang
disampaikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Cara-cara Meningkatkan Pengamatan dan Penagggapan
• Guru haruslah memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak iaitu yang
mudah kepada susah supaya murid dapat menerima PDP yang disampaikan.

• Menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid. Contoh,
duit syiling lima puluh sen lebih besar dan berat daripada duit kertas satu ringgit
namun wang kertas satu ringgit itu lebih bernilai daripada wang syiling tersebut.
Oleh yang demikian, konsep ini perlu diperjelaskan kepada kanak-kanak yang
berusia 4 tahun.

• Guru perlu menerangkan sesuatu maklumat dengan betul. Demikian juga maklumat
yang diterima atau yang dikemukakan oleh pelajar. Maklumat tersebut perlu ditapis
dan dianalisis terlebih dahulu agar ia tidak menjadi kenyataan yang kabur dan hasil
PDP oleh murid adalah tidak terpesong daripada kebenarannya. Contohnya, guru
menjelaskan haiwan amfibia mempunyai kulit yang lembab seperti katak.
Cara-cara Meningkatkan Pengamatan dan Penagggapan
• Guru perlu menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat. Contohnya perkataan
‘rendang’ iaitu sejenis makanan dan perkataan ‘rendang’ menunjukkan sifat pokok.
Hal ini penting supaya murid mengetahui istilah yang sama namun mempunyai
maksud dan bunyi yang berbeza.

• Peranan ibu bapa dan guru seboleh-bolehnya mempelbagaikan kaedah mengajar,


mendidik dan membimbing anak-anak supaya mereka dapat memahami sesuatu
tajuk yang dipelajari dengan mudah. Contohnya, dalam subjek Matematik, terdapat
pelbagai cara atau langkah untuk mendapatkan jawapan yang sama dan betul
bergantung kepada tahap kebolehan kognitif mereka.
Rumusan
• Faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid-murid iaitu kesediaan belajar, pengamatan
dan penanggapan haruslah diambilkira oleh guru sebelum memperkenalkan topik
pembelajaran yang baru. Setiap murid mempunyai latar belakang kesediaan pembelajaran,
pengamatan dan penanggapan yang berlainan dan membawa pengalaman dan tahap
kematangan yang unik ke dalam bilik darjah. Sekiranya apa yang diajar oleh guru tidak
serasi dengan tahap kematangan dan pengalaman serta kesediaan murid-murid, proses
pembelajaran akan terjejas dan terbantut.

• Walaupun terdapat perbezaan antara pengamatan dan penanggapan namun ianya


mempunyai hubungan dalam membentuk pemahaman kognitif dalam diri murid-murid. Hal
ini kerana, proses penanggapan berlaku apabila berlakunya proses pengamatan untuk
mendapat maklumat dan makna. Kemudian minda akan membentuk penanggapan konsep
hasil daripada pengamatan yang merujuk kepada skema atau struktur kognitif yang sedia
ada di dalam otak.

• Peranan guru adalah sangat penting untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar,
pengamatan dan penanggapan murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat membina keyakinan murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.
Ingatan & Lupaan
Ingatan dalam penjelasan psikologi
• Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat,
memproses dan menyimpankannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya apabila
diperlukan. Contohnya, menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.
• Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat
yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.
• Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-
maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan.
Proses Ingatan (Teori Gagne)
• Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem
saraf melalui deria-deria manusia.
• Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor
ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
• Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara
bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau
simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima.
• Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian
dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-
lamanya.
• Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru,
demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Komponen Ingatan (Atkinson dan Shiffrin 1971)

Mengklasifikasikan ingatan kepada tiga komponen utama iaitu :

• Stor ingatan sensori - Ingatan sensori boleh menerima kuantiti maklumat yang banyak, tetapi hanya
dapat disimpan dalam masa yang singkat. Juga dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi
sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa
saat sahaja

• Ingatan jangka pendek - Ingatan jangka pendek berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori
untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan
tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu
sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang.

• Ingatan jangka Panjang - berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara
kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di
antara beberapa minit hingga bertahun-tahun
Jenis Ingatan Jangka Panjang
Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu :

• Ingatan sematik - Ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang
hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala
fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang.
• Ingatan episodic - Merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada
pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu
peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh
seseorang individu.
• Ingatan procedural - Melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian.
Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih, memandu
kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain.
• Ingatan perdana - melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi sebati dan
automatik untuk seseorang. Cth ingatan perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau
ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan kad ATM dan sebagainya
Faktor-faktor mempengaruhi ingatan – Group 3
• Faktor bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan,
kesukaran bahan, kedudukan bahan dan bahan bermakna.

• Panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau mendapati


pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya, biasanya boleh
mengingatnya selepas membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata, maka
diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16 suku kata
lagi, ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.
• Faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya, mendapati
bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan
sangat cepat, tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana bahan
pembelajaran yang kurang mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan, oleh itu
ingatannya tidak akan kekal lama. Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada
kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya. Bagi bahan
pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya kesukarannya boleh diatasi
dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terus-menerus.
Faktor-faktor mempengaruhi ingatan
• Kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan
terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan
secara tertib, mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan
tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di tempat pertengahan,
khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Terdapat banyak contoh harian
yang kita boleh huraikan fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati
peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada
peristiwa-peristiwa di antara mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat peristiwa
yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa
berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain sepanjang tahun.
• Bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley menunjukkan
pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set
suku kata yang tidak bermakna. Dengan perkataan lain, pembelajaran bahan yang
bermakna adalah lebih mudah diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak
bermakna.
Faktor-faktor mempengaruhi ingatan
• kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara pembelajaran yang
digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini
merangkumi dua aspek utama iaitu
• Masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Di
dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti
berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan B belajar dua minit, rehat tiga
minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit,
rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik, diikuti
dengan kumpulan B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara pembelajaran
secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali
daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.
• Pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk
pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah berjaya menguasai semua
langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus pembelajarannya.
Contohnya, menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali membacanya, barulah
disebut sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran. Sungguhpun telah berjaya mencapai
seratus peratus pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai. Justeru itu,
untuk mengekalkan ingatan, selepas mencapai seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya
beberapa kali.
Faktor-faktor mempengaruhi ingatan
• Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina,
kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi
ingatan selepas pembelajaran.
• Pertama, faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat pembelajaran yang
terkuat ialah pada waktu kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9 tahun. Bagaimanapun,
beberapa kajian telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah
di antara umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928), calon-calon ujian dari umur
8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa esperanto, iaitu satu
bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof pada tahun 1887. Hasil kajian beliau
menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun. Selepas 20 tahun,
kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur 25 tahun. Selepas umur
35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai umur 42 tahun, ia telah
diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya.
• Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan
perempuan tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti bermain alat
muzik, menjahit, menulis, melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan perempuan adalah
hampir sama. Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan perempuan dan lelaki tidak
banyak bezanya.
Faktor-faktor mempengaruhi ingatan
• Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi berkait
rapat dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan sebagai motivasi untuk
mendorong pembelajaran, kerana banyak kajian telah membuktikan pemberian ganjaran adalah lebih
berkesan daripada mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku
yang diingini diteraskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan,
manakala hukuman menghalang tingkah laku diteruskan, malah ia tidak pula menunjukkan atau
membawa tingkah laku ke arah yang positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran merupakan positif,
sedangkan kesan motivasi hukuman adalah negatif. Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang
sama perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan
sebarang ganjaran. Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat
muzik, tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka. Ini adalah kerana
mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Secara ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri
melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan daripada aktiviti pembelajaran memperoleh
kejayaan atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi untuk pembelajaran akan berlaku dan
dikekalkan dalam ingatan.
• Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan
lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama iaitu seronok
(gembira) atau kurang seronok (sedih), dan cemas (risau) atau tenang. Kebiasaannya manusia lebih
boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja
melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok.
Lupaan
Lupaan dalam Penjelasan Psikologi
Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor
ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam
proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu
sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran
mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang
terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
Lupaan
Jenis Lupaan
• Lupaan keusangan. Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka
panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak
dipanggil semula.
• Lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Setiap kali
manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut.
Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.
• Lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama. Sebagai
contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus
matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan.
• Lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat
pembelajaran baru atau pembelajaran lama. 2 jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif.
Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama.
Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak
difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru
akan mengganggu pembelajaran yang lama. Gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan
mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk
menerima pembelajaran baru.
Lupaan
Jenis Lupaan
• Lupaan desakan, di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang
menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri.
• Lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu
yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila
murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai “mental block”.
• Lupakan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai
kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan
menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting.
• Kegagalan untuk menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka
panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka
panjang.
Lupaan
Faktor yang Menyebabkan Lupaan
• Faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana
mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan
bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
• Perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg
diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan
mengingati pelajaran terjejas.
• Peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur
maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah,
pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Faktor keempat,
keusangan di mana persekitaran yang berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau
pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan
usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis
tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan
pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.
• Pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja
kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan
tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri
kepada persekitarannya.
Lupaan
Faktor yang Menyebabkan Lupaan
• Masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak
dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup
ingat kembali sesuatu fakta.
• Aras keyakinan. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang
rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi
pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
• Kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif
dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini
tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yang diajar
guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan. Faktor kesembilan,
gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama
mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak
difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.
• Banyak maklumat yang perlu diingati. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu
banyak maklumat yg perlu diingati. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta
atau isi pembelajaran yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.
Cara untuk Mengelakkan Lupaan
• Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.
• Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud
kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar.
• Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan
pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan.
• Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek
seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.
• Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka
panjang.
• Guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik
membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya.
• Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan
maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat.
• Guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran
yang sangat penting.
• Guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan pengajaran
visual.

Anda mungkin juga menyukai