Anda di halaman 1dari 25

PERKARA YANG

MEMBATALKAN IMAN
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
PENGERTIAN IMAN
Bahasa :
Iktiraf, membenarkan, mengakui
Istilah :
Tasdik/mengakui di hati bahawa tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH,
ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang
ditasdikkan dan membuktikan dengan amalan anggota dengan
melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Firman Allah

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka
yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka
jualah mereka berserah.
PEMBAHAGIAN PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN IMAN

NIAT :
Yakin ada agama lain yang lebih baik daripada Islam.

PERKATAAN :
mencaci atau mempermainkan solat tidak wajib atau Hukum Islam
kejam dan lain-lain lagi.

PERBUATAN :
Menyembah berhala, matahari, tidak menutup aurat, yakin ada yang
lebih berkuasa selain dari Allah dan lain-lain.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

SYIRIK

MAKSUD :
Menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifatnya dan af’al

CONTOH :
Menyembah patung, percaya batu boleh mengubah nasib seseorang,
memakai tangkal azimat, menyatakan Nabi Isa anak Allah, Allah itu al-
Masih/Tiga

JENIS-JENIS :
Syirik Jali;
Syirik yang dapat dilihat secara terang-terangan
berlaku secara lisan dan perbuatan
Contoh : Sujud kpd berhala, memohon pd keramat/kubur, pakai tangkal,
nabi Isa anak tuhan
Syirik Khafi :

Syirik tersembunyi/tidak meletakkan Allah sebagai yg mutlak dalam niat terutama


dalam ibadat
berlaku melalui hati
Contoh: riak (menunjuk kehebatan diri) ujub(mengkagumkan diri) takabbur (bangga
diri)
* Syirik Khafi tidak membatalkan iman

KUFUR
JENIS-JENIS KUFUR:

Kufur Hakikat :
Ingkar/menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw

Kufur Nikmat :
Mengingkari Khaliq/Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk
ciptaannya/membazir makanan
CONTOH :

Kufur hakikat:
Tidak mengakui balasan di akhirat
Menolak hukum yg terdapat dlm al-Quran
Menyatakan solat fardhu merugikan masa
Menyatakan puasa Ramadhan melemahkan ekonomi

Hukumnya
Batal iman

Kufur nikmat:
•Mengguna nikmat ke jalan maksiat
•Enggan mengeluarkan zakat/sedekah
•Boros membelanjakan harta

Hukumnya
BID’AH

MAKSUD :
Mengadakan sesuatu perkara baru yang tidak terdapat dalam ajaran Islam/

CONTOH :

Bid’ah dhalah [sesat]:


•Solat jumaat empat rakaat
•Menambah rukun solat
•Solat dengan cara niat sahaja
•Solat tidak mengikut sunnah Rasulullah saw

Bid’ah Hasanah [baik]:


•Solat terawih secara berjemaah
•Mengadakan sambutan Maulidur Rasul Sambutan Maal Hijrah
JENIS-JENIS BID’AH :

Bid’ah dhalah [sesat]:


Mengadakan pembaharuan dalam agama yang tidak terdapat dalam al-
Quran, hadis, amalan sahabat dan Ijmak ulamak

Bid’ah Hasanah [baik]:


Membuat pembaharuan dalam agama secara umum tanpa
mengubah hukumnya dalam al-Quran dan hadis
ALLAH MENGHARAMKAN SYIRIK

SYIRIK JALI
•Membatalkan iman seseorang
•Masyarakat menjadi mundur
•Masyarakat menjadi takut dan taat kepada pantang larang amalan
syirik
•Perbuatan syirik menafikan kekuasaan Allah

SYIRIK KHAFI
•Dibenci masyarakat
•Putus silaturrahim
•Sukar mendapat pertolongan orang lain
•Sukar menerima pendapat orang lain
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

•Mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya.


•Mengingkari atau mencela Asma’ Wa Sifat Allah S.W.T.
•Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah.
•Mengingkari atau mencela Rasullullah S.A.W.
JENIS-JENIS PEMBATALAN IMAN

•Jenis yang mengandungi ingkar terhadap Rububiyyah Allah S.W.T.


ataupun tuduhan terhadap RububiyyahNYA.

•Jenis-jenis yang mengandungi tuduhan terhadap nama-nama Allah


S.W.T dan sifat-sifat Nya.

•Jenis yang mengandungi tuduhan terhadap Uluhiyyah ALLAH


S.W.T.

•Jenis yang mengandungi ingkar terhadap risalah ataupun tuduhan


terhadap Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah itu.
PEMBATALAN TAUHID RUBUBIYAH

•Ingkarkan tuhan pencipta alam ini dan mengatakan suatu perkara itu ada
sejak sedia kala dan tidak diciptakan oleh Allah S.W.T.
•Sandarkan penciptaan atau tadbir kepada selain dari Allah S.W.T
seperti sesuatu itu terjadi dengan sendiri atau umpamanya.
•Ingkarkan milikan Allah S.W.T akan segala makhluk yang dicipta.
•Mendakwa rezeki itu datangnya dari selain dari Allah S.W.T.
•Mempersekutukan yang lain bersama Allah S.W.T pada perkara-
perkara tersebut.
•Mendakwa bahawa Allah S.W.T menciptakan makhluk, tetapi
membiarkan makhluk itu, tidak menguruskan dan tidak menjaganya.
Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak
mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian
makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang
menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan


mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah
mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)
Mentauhidkan Allah swt pada RubbubiyahNya ialah beri’tiqad bahawa
Dialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikinya,
memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan
kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap i’tiqad, perkataan
dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan
riddah, seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain
daripada Allah swt sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya,
mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah swt, menganggap Allah
tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah dijadikanNya,
menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt, menjadi kufur
orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada
Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.” (An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan


mentadbir selain daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt.
Dan menjadi kafir juga orang-orang yang ikut atau mempercayai sesiapa
PEMBATALAN TAUHID ULUHIYAH

•Nafikan hak Allah S.W.T dari segi ibadah akan mana-mana jenis
ibadah.
•Isbatkan hak ibadah kepada mana-mana makhluk Allah S.W.T.

Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan


tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll
serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala
hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada


Engkaulah kami minta pertolongan. (Al-Fatihah : 5)
Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia
mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka,
nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat
dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)? (Az-Zukhruf : 87)

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja
yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan
diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa yang berkata atau
beramal atau beri’tiqad dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya, maka
kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan
manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui
tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat Allah swt, tadbirNya, rezekiNya,
Dialah yang menghidupkan dn mematikan, iaitulah apa yang dimaksudkan oleh firman
Allah yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang
menciptakan mereka?’. Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”. (Az
Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad, perkataan dan perbuatan


terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada
Allah swt, mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada
syari’at Allah dengan hati dan lidah.
PEMBATALAN TAUHID ASMA’WASSIFAT

•Kufur dengan sebab nafi (ingkar)


•Kufur dengan sebab isbat
1. Kafir Nafi

Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya,


qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan
yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu
makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti
tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal
undang-undang.

2. Kafir Isbat
Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah
sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah
mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang
bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’) dan
sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau
mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah ,
maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt apa
yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir
Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat
Allah swt seperti menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di
dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. Juga termasuk menafikan sifat dan
mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan
Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu bersifat ‘ilmu tetapi ‘ilmu secara
ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan sifat Allah swt
dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil
bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu, seperti
menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah swt itu
mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku
bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang
yang mempercayainya.
PEMBATALAN IMAN KERANA MENCERCA RISALAH DAN
PEMBAWA RISALAH

•Tuduhan kepada diri Rasulullah S.A.W.


•Ingkarkan sebahagian dari khabar yang datang dari Rasulullah S.A.W
atau menuduh pada perkhabaran tersebut.
Setiap i’tikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi
dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan
hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dan lain-lain.

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau
peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan
oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang masyhar, hisab,
mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada perkara-perkara ghaib. Begitu
juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan
oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt. Begitu juga mengingkari hukum
yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw yang diketahui oleh setiap
orang Islam seperti wajibnya sembahyang, puasa, zakat, haji, halal dan haram
melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu
sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu.
Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :

“Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk
menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau mentaklidkan
dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang
mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir ketika itu juga. Atau secara ingkar dan
bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam, atau menafikan apa yang
diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum umat Islam seperti
menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang nafi bagi Allah
swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu apabila
seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkara-perkara
yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi gereja
bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang sama, atau orang yang
membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Ismullah ke dalam najis,
atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab seperti Taurah, Injil atau Zabur
atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat al-Quran. Atau menyesatkan umat yang tidak
sesat, atau mengkafirkan sahabat, atau mengingkari Mekah, Kaabah, Masjid al Haram,
atau sifat-sifat haji, sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang haram seperti
mengharuskan sembahyang
tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur, menghalalkan kezaliman ke atas orang
Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang mengharuskan dia beri’tikad begitu,
atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual beli dan nikah, atau
mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw seperti warnanya hitam,
mati sebelum berjanggut, tidak Quraisy, bukan Arab, bukan manusia, kerana berkata
begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar.

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya
seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di
Madinah atau orang lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan,
atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat,
melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar
menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti
menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.
Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt
yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka
mereka orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44)

“…Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap
umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan menurut
hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan banyak
sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang bukannya
diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana mereka
berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan, bukannya kitab Allah dan
sunnah Rasulullah saw.”

Anda mungkin juga menyukai