Anda di halaman 1dari 15

IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.

htm

IMAN DAN PERKARA-PERKARA


YANG MEMBATALKANNYA[1]
www.hasrizal.com

Pengertian

Iman ialah tasdiq (membenarkan) iaitu percaya (iktikad) dengan hati, dilafazkan
(ikrar) dengan perkataan dan diamalkan dengan perbuatan. Tasdiq tersebut
mestilah dengan redha, tidak ragu, tidak engkar dengar semua ajaran Islam di atas
dasar ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau ragu.

Sesungguhnya demi Tuhanmu, mereka tidak beriman (pada hakikatnya) sehingga


mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan di
kalangan mereka, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka keraguan
terhadap apa-apa yang diputuskan dan mereka menerima sepenuhnya. (An-Nisa’ :
65)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman


kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu. (Al-Hujurat : 15)

Tidak dikira beriman jika bertasdiqkan kepada Allah dan pada masa yang sama
bertasdiqkan kepada yang lain (taghut)[2].

Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang diberi Al-Kitab? Mereka percaya
kepada yang disembah selain daripada Allah, dan juga taghut, serta mengatakan
kepada orang-orang kafir bahawa mereka itu lebih benar jalannya daripada
orang-orang yang (sebenarnya) beriman. Mereka itulah orang-orang yang dilaknat
oleh Allah. Barangsiapa yang dilaknat oleh Allah, pasti dia tidak akan memperolehi
pertolongan. (An-Nisa’ : 52)

Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku beriman kepada apa
yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu?
Mereka hendak berhakimkan taghut, sedangkan mereka diperintahkan mengengkari
taghut. Dan syaitan bertujuan menyesatkan mereka dengan penyesatan yang
sebenarnya. (An-Nisa’ : 60)

Iman tidak boleh dibelah-bahagikan. Contohnya, sesiapa yang mengengkari (kufur)


dengan satu arahan Allah, dikira kufur dengan semuanya, apatah lagi kufur dengan
semua hukum Allah.

Fahaman Mu’tazilah yang mengkafirkan orang-orang yang melakukan maksiat


(tanpa menunjukkan tanda-tanda engkar) adalah silap. Begitu juga dengan
fahaman Murji’ah yang mengatakan iman hanya membenarkan dengan hati dan
perkataan sahaja adalah silap kerana iman beriringan dengan amal soleh dan tidak
mensyirikkan Allah.

1 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh … (Al-Kahfi : 107)

Orang-orang yang beriman tidak mencampur-adukkan iamn mereka dengan


kezaliman. (Al-An’am : 82)

Begitu juga pendapat Karamiyah yang mengatakan iman hanya setakat berikrar
dengan lidah sahaja juga adalah salah.

Orang-orang Badwi berkata : Kami telah beriman. Katakanlah kepada mereka :


Kamu belum beriman. Dan katakanlah juga : Kita telah Islam, kerana iman masih
belum meresap ke dalam hati mereka. (Al-Hujurat :14)

Rukun Iman

Al-Quran

Dan sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang-orang yang beriman kepada
Allah, hari Akhirat, malaikat, kitab dan nabi-nabi (Al-Baqarah : 177)

Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
demikianlah juga dengan orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada
Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya (Al-Baqarah : 285)

Hadith

Iman itu adalah kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya,


rasul-rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman kepada qadar baik dan jahatNya
(Muslim)

Oleh itu asas keimanan adalah :


1. beriman kepada Allah (Al-Baqarah 256)
2. beriman kepada rasulullah (An-Nisa’ 105-151)
3. beriman kepada malaikat (Al-Baqarah 285)
4. beriman kepada kitabullah (An-Nisa’ 136)
5. beriman kepada hari kiamat ( Al-An’am 29-30)
6. beriman kepada qada’ dan qadar (Al-Qamar 49 & At-Talaq 2-3)

Tasdiq juga dinamakan aqidah dan tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah.
Walau bagaimanapun, sifat-sifat lahiriah (percakapan dan perbuatan) manusia
menjadi ukuran keimanannya.

Iman melahirkan penyerahan diri yang dinamakan Islam. Ini bermaksud, seseorang
yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah dengan mematuhi segala
arahan-Nya, walaupun tidak mengetahui hikmat-Nya.

Oleh itu, penyerahan dan penerimaan itu mestilah dalam dua bentuk iaitu
kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan iman atau aqidah dan mematuhi
arahan-Nya yang dicernakan dalam perbuatan dan perkataan yang dinamakan
ISLAM.

2 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

Perkara-perkara Yang Menbatalkan Iman[3]


Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad,
berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua
kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum
murtad (hudud) ke atasnya.

Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan


empat perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :

1. Mengengkari sifat Rubbubiyyah[4]

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak


mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk,
mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka,
nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan.
(Az-Zukhruf : 87)

2. Mengengkari sifat Uluhiyyah[5]

Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak


mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak
disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan
yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami
minta pertolongan. (Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia
mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan


mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka
dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)? (Az-Zukhruf : 87)

3. Mengengkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya

a. Kafir Nafi
Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya
dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang
sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan
mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah
dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.

b. Kafir Isbat
Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan

3 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan
isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah
ditetapkan oleh Allah.

4. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela


peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak
melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.

LANJUTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam
ertikata yang sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang
dikurniakan oleh Allah SWT dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia
dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah dan ada pula orang
yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan durhakanya.

Orang yang ditetapkan imannya pula, ada yang dianggap sentiasa di dalam
kebaikan, ada pula yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri. Ada
orang yang masuk syurga dengan tiada hisab, ada pula orang yang dimasukkan ke
neraka kerana dosa sehinggalah Allah melepaskannya dari neraka dengan
kurniaanNya.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang
dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, di
antaranya ialah apa yang ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam
kitabnya.

“Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang
beriman selagi mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan
membenarkan apa-apa yang disabda dan diberitahu…Kami tidak mengkafirkan
seseorang pun di kalangan ahli al qiblat dengan sebab melakukan dosa selagi dia
tidak menghalalkannya, dan kami tidak berkata, ‘bahawa mereka telah memberi
mudharat bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang
hamba itu tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum
terhadap apa yang diceburinya.”

Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi
Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Sebagaimana yang
dinyatakan dahulu, sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah
itu menjadi pintu masuk dan kuncinya. Maka orang itu dianggap keluar daripada
iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau iktikad yang
membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah yang memberi makna
mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah, Asma’ dan SifatNya, dan mentauhidkan
Allah pada Uluhiyyah. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu berikrar
dan mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping
mengakui segala sifat kenabian dan kerasulan.

Oleh itu, sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang


menunjukkan keengkarannya terhadap ikrar syahadah itu, maka syahadahnya

4 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

terbatal dan keluarlah dia daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam
melaksanakan hukum murtad ke atasnya, bermula daripada disuruh bertaubat
sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dan
tempatnya kekal di dalam neraka kalau dia mati di dalam keadaan begitu.

Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya
sekalipun dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang
membatalkan syahadahnya, jika Allah mengkehendaki dia mengampuninya, dan
dengan kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam neraka, kemudian
dimasukkannya pula ke syurga, kerana terlalu banyak hadith-hadith yang sahih
yang menyatakan bahawa Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang
ada iman di hatinya walaupun sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia


mengampuni yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki.” (An-Nisa’ :
116)

Oleh itu, maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada
agama Islam atau terbatal imannya ialah :

mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya,


mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya
mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya.

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan,


di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama
Islam dan syahadahnya tidak sah. Wal’iyazabillah.

Bagi menjelaskannya ialah :

1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya.

Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada
RubbubiyahNya beri’tiqad bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam,
mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan,
kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap i’tiqad,
perkataan dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan
riddah, seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada
Allah swt sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya, mengingkari bahawa
makhluk itu ciptaan Allah swt, menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap
makhluk setelah dijadikanNya, menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah
swt, menjadi kufur orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain
daripada Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.” (An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain
daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt. Dan menjadi kafir juga
orang-orang yang ikut atau mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan
tersebut.

5 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya.

Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’)
dan sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau
mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah
, maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt
apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu
kafir Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan
mana-mana sifat Allah swt seperti menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat
yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. Juga termasuk
menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau
menghadkan kesempurnaan Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu
bersifat ‘ilmu tetapi ‘ilmu secara ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail
atau menyamakan sifat Allah swt dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang
mustahil bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu,
seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu,
Allah swt itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang
yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu
dan kafir juga orang yang mempercayainya.

3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt
sahaja yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak
disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa
yang berkata atau beramal atau beri’tiqad dengan cara yang bercanggah dengan
UluhiyyahNya, maka kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling
banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak
dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat
Allah swt, tadbirNya, rezekiNya, Dialah yang menghidupkan dn mematikan, iaitulah
apa yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang menciptakan


mereka?’. Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”. (Az Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad, perkataan dan perbuatan terhadap


Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt, mengakui
hukum dan undang-undang yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah.

4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya.

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan
atau peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang
dikhabarkan oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang
masyhar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada
perkara-perkara ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara

6 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari
Allah swt. Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan
Sunnah Rasulullah saw yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya
sembahyang, puasa, zakat, haji, halal dan haram melainkan mengingkari
perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu sahaja, maka
dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu.

Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :


“Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam
untuk menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau
mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan
perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir ketika itu juga. Atau
secara ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam, atau
menafikan apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh
umum umat Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun
mensabitkan apa yang nafi bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu


apabila seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan
perkara-perkara yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti
mengunjungi gereja bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang
sama, atau orang yang membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau
Ismullah ke dalam najis, atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab
seperti Taurah, Injil atau Zabur atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat
al-Quran. Atau menyesatkan umat yang tidak sesat, atau mengkafirkan sahabat,
atau mengingkari Mekah, Kaabah, Masjid al Haram, atau sifat-sifat haji,
sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang haram seperti mengharuskan
sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur, menghalalkan kezaliman
ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang mengharuskan dia
beri’tikad begitu, atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual beli
dan nikah, atau mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw
seperti warnanya hitam, mati sebelum berjanggut, tidak Quraisy, bukan Arab,
bukan manusia, kerana berkata begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar.

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan


keraguannya seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di
Mekah mati di Madinah atau orang lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu
boleh diusahakan, atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi
dan malaikat, melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya.
Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang
meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah


swt yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,
maka mereka orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44)

“...Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya
setiap umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan
menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka.
Bahkan banyak sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan

7 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

adat yang bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu
di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan, bukannya
kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”

P3 IKHLAS

Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :

“Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah
mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan,
amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan,
gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera
fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.”

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah


kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang
demikian itulah aku diperintahkan.”

Dengan itu akh muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan :

“Allah matlamat kami, Allah maha besar, bagi Allah segala pujian.”

Keterangan

Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa
dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan
dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan
manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi
atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “ melakukan amalan bukan
kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan
Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan
lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami
mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”

Rukun Bagi Amalan Yang Diterima

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan
melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :
pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’

Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua
tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw
telah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan
agama kami, maka ia adalah tertolak.”

8 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam
al-Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang
bermaksud :

“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat
baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya.
Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh
berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :

“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang
bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang
paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu,
jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia
tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas,
maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati
kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah
mengikut sunnah.”

Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang
bermaksud :

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah


melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang
lain.”

Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata
tidak memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan
sunnah dan syara’. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai
dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

Tanda-tanda Ikhlas

Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam
kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan
manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :

1. Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah


kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan.
Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir,
jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia
sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa
makna.

Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati
mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi

9 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham
berkata :“Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”

Salim bin Hanzalah berkata :


“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas
memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin,
apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada
pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”

Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku.
Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan
yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.

Al Hassan berkata :
“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh
segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa
kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang
berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang
mengikutiku.”

Al-Hassan berkata :
“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh
menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar
lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu
mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”

Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang
ramai. Beliau berkata :
“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku
bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”

Ibnu Mas’ud berkata :


“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di
malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di
kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :


“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya
jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika
kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”

Janganlah difahami dari athar-athar di atas bahawa ia menyeru kepada


bersembunyi dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari
pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik
dalam arena da’wah kepada masyarakat.

Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran


terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang
dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati
manusia.

Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang
yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran

10 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya,


maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut
oleh Imam Al Ghazali :
“Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang
kuat.”

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai
dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat
megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau
dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah
para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian
daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis?
Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah,
menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah
aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan
diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat
27 :

“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”

At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :

“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al
Mukminin : 60) yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati
yang takut.”

Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri?
Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah
orang-orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan
mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang
yang berlumba-lumba menuju kepada kebaikan.”

3. Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan
yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah
beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di
dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok
itu tegak dan hidup.

Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu
hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam
keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?”
Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda
: ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah,
sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang
baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak
mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali.
Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang
gelap.”

4. Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana

11 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

kedua-duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai


oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu
menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau
lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam
melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak
berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan
dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah
swt dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya
bersabda yang bermaksud :

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah
dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas
sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di
belakang, beliau berada di belakang.”

Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima
tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang
dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa
merasa gelisah ataupun menyesal.

5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan


Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan,
cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan
mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak
menyusahkan dirinya dengan perkara ini. Slogannya bersama Allah swt ialah :

Semoga kamu merasai kemanisan,


sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan,
Semoga kamu menjadi redha,
sedangkan manusia marah,
Semoga ada orang memakmurkan,
di antara aku dan kamu,
sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran,
Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih,
maka semuanya menjadi mudah,
dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah
adalah tanah…

6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah,
semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya.
Beliau tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri
dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 )
yang bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika
mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka
tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”

Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam


medan da’wah, apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan
yang menyakitkan hatinya, atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang
menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya,
beliau cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta

12 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

mengasingkan diri dari medan jihad.

Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya, tetap
kekal arah tujuannya walaupun dituduh salah, cuai dan melampau oleh orang lain.
Ini adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt, bukan kerana dirinya, keluarga
atau orang tertentu di kalangan manusia.

Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. Ia adalah da’wah
kepada semua manusia. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian
dan perbuatan-perbuatan tadi.

7. Beliau tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang
jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat
bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja
untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata
kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu
tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak
berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya
kenapa mereka tidak bekerja.

8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam


barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham
kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan
tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah
kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada
orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam
keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan
taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.

Keperluan Ikhlas Dalam Memikul Da’wah

Sesungguhnya bekerja untuk kedaulatan Islam dan mengembalikannya untuk


memimpin kehidupan dengan aqidahnya, syariat, akhlak dan tamadunnya
merupakan ibadat dan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt.
Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah swt dalam ibadat adalah satu
perkara asasi untuk amalan diterima dan berjaya. Niat yang bercampur-baur
merosakkan amalan, mencemarkan jiwa, melemahkan saf dan menghilangkan
pahala.

Kerana rahsia inilah Imam al Bukhari memulakan kitabnya ‘ Al Jami’ As Sahih’


dengan hadith yang dianggap oleh sesetengah ulama’ sebagai satu perempat Islam
atau satu pertiga darinya yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang
itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana Allah dan rasulnya,
maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana
dunia yang akan didapatinya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,
maka hijrahnya adalah bergantung kepada tujuan dia berhijrah.”

Diriwayatkan bahawa sebab datangnya hadith ini adalah kerana seorang lelaki yang
berhijrah ke Madinah kerana seorang perempuan yang dicintainya yang bernama

13 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

Ummu Qais. Maka beliau digelar sebagai ‘ penghijrah Ummu Qais’.

Akh muslim mestilah memeriksa sudut-sudut hatinya terhadap hakikat niatnya dan
faktor pendorongnya. Jika ia mempunyai ruang untuk dunia dan syaitan, beliau
berusaha untuk membersihkan hatinya dari perkara tadi dan mentuluskan niatnya
kepada Allah swt. Beliau hendaklah memberi peringatan kepada dirinya dalam
keadaan membebaskan diri dari menjadi abdi kepada yang lain sebagaimana
ucapan isteri Imran (surah Ali Imran : 35) yang bermaksud :

“Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah nazarkan anak yang ada dalam
kandunganku untuk memperhambakan diri kepadaMu. Kerana itu terimalah nazar
itu daripadaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha mendengar lagi maha
mengetahui.”

Kalimah ‘muharraran’ (memperhambakan) yang disebut oleh ibu Maryam ini


menunjukkan bahawa sudah menjadi sunnah Allah, Allah tidak menerima
mana-mana amalan melainkan ianya ikhlas semata-mata keranaNya, tidak
bercampur dengan yang lain dan bebas dari setiap ubudiyh kepada yang lain.

Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin, kebaikan tidak akan tersebar,


keadilan tidak akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya
orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan duniawi
dan orang-orang yang bersifay riya’ yang hanya mahu diri mereka dilihat orang,
kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh
mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Kebenaran, kebaikan dan kemuliaan
hanya akan tegak dengan orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan
prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain, bukan dipengaruhi. Mereka adalah
orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya
mengambil.

Penyakit-penyakit hati yang bercampu-baur dengan ikhlas dan merosakkan niat


lebih bahaya dari penyakit tubuh badan. Ia boleh menggugurkan pahala dan
menjauhkan orang dari jalan da’wah yang betul. Ia memang wujud dalam diri kita,
tetapi kita boleh membendungnya dengan iman dan taqwa. Perkara ini memerlukan
kesedaran dari kita, sentiasa muhasabah niat dan membersihkannya dari
bercampur dengan penyakit-penyakit hati.

QUICK E MAIL
(use this column to send me quick email)

Your Name:

Your Email :
Comments:

Submit Query

14 of 15 10/18/2006 11:08 AM
IMAN http://www.saifulislam.com/artikel/iman.htm

[1]
Rujukan utama artikel ini adalah Mukaddimah Aqidah Muslimin oleh Ustaz Abd. Hadi Awang, Pustaka Aman
Press
[2]
rujuk artikel Beriman Kepada Allah
[3]
rujuk artikel Perkara-perkara Membatalkan Syahadatain
[4]
rujuk artikel Beriman Kepada Allah
[5]
ibid

15 of 15 10/18/2006 11:08 AM

Anda mungkin juga menyukai