Anda di halaman 1dari 19

AS-SUNNAH USUL AL-FIQH 2

DEFINISI
Sunnah dari sudut bahasa dapat ditakrifkan seperti berikut:
1. Perilaku, norma, peraturan dan amalan.
2. Kelakuan atau tindak tanduk sama ada baik atau buruk .
3. Lawan kepada perkataan bid’ah.

Dari segi istilah pula, ia ditakrifkan dengan definisi yang berbeza mengikut pandangan ulama yang berlainan iaitu pandangan ulama fiqh, ulama usul dan
ulama hadis:
4. al-Sunnah menurut ulama fiqh
Ulama fiqh mentakrifkan al-Sunnah sebagai sesuatu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi S.A.W. yang menetapkan hukum yang termasuk dalam
ahkam al-khamsah (hukum yang lima) seperti wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
2. al-Sunnah menurut ulama usul
Ulama usul mentakrifkan al-Sunnah sebagai setiap yang datang daripada Rasulullah yang boleh dijadikan sebagai dalil hukum syarak. Dalil-dalil ini dapat
diambil daripada kata-kata, perbuatan dan perakuan Nabi Muhammad S.A.W.
3. al-Sunnah menurut ulama hadis
Menurut ulama hadis, al-Sunnah adalah setiap yang diriwayatkan daripada Nabi sama ada kata-kata, perbuatan, perakuan, kelakuan, sifat kejadian, sifat
akhlak dan setiap yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. sebelum kerasulannya mahupun selepasnya dan sama ada sunnah tersebut mensabitkan
hukum syarak atau sebaliknya.
PEMBAHAGIAN
Al-Sunnah terbahagi kepada tiga, iaitu:
1. Sunnah Qauliyyah:
Segala bentuk perkataan atau ucapan Nabi S.A.W. yang bertujuan memberi penjelasan terhadap sesuatu hukum atau sesuatu tindakan agar
umatnya melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.
Contohnya: )‫إنما األعمال بالنيات (رواه البخاري ومسلم‬
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu hendaklah disertakan dengan niat”

2. Sunnah Fi’liyyah:
Segala bentuk perbuatan Nabi S.A.W. sama ada dari segi ibadah, muamalah, pemerintahan seperti solat, berwuduk dan sebagainya. Namun
tidaklah semua perbuatan Nabi itu dianggap sebagai al-Sunnah. Ini kerana Sunnah Fi’liyyah terbahagi kepada tiga:
i. Perbuatan semula jadi (‫ ) األفعال الجبليه‬Iaitu perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Nabi secara semula jadi dan tabiat manusia seperti
makan, minum dan sebagainya. Secara hukumnya, perbuatan ini tidaklah dianggap sebagai syariat tetapi ia harus diikuti.
ii. Perbuatan-perbuatan yang mempunyai dalil yang hanya ditentukan untuk Rasul sahaja. Hukumnya adalah haram bagi umatnya.
Contohnya, berpuasa bersambung siang dan malam, berkahwin lebih daripada empat dan lain-lain lagi.
iii. Perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Rasulullah yang bertujuan untuk disyariatkan dan dijadikan sebagai rujukan.
3. Sunnah Taqririyyah:
Perakuan Nabi S.A.W. terhadap percakapan, perbuatan atau sesuatu perkara yang dilakukan
oleh para Sahabatnya sama ada melalui perakuan Baginda secara terus terang atau dengan
mendiamkan diri.
Contoh taqrir ialah seperti perakuan Nabi S.A.W. terhadap tindakan yang akan dilakukan
oleh sahabatnya Muaz b. Jabal iaitu berijtihad ketika ketiadaan nas-nas al-Quran dan al-
Sunnah.
Selain itu, contoh lain juga adalah tentang memakan dabb. Rasulullah ditanya oleh para
Sahabat tentang makanan tersebut sama ada makanan tersebut boleh dimakan atau tidak,
maka Rasulullah mengatakan bahawa ia tidak haram, cuma yang menyebabkan aku tidak
gemar padanya kerana binatang itu tidak terdapat di negeri kaumku.
JENIS-JENIS AL-SUNNAH DARI SEGI PERIWAYATANNYA

Al-Sunnah dari segi periwayatannya terbahagi kepada tiga:


1. Hadis Mutawatir
Hadis Mutawatir ialah setiap yang diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. oleh sekumpulan
perawi yang mengikut adatnya mustahil mereka bersepakat memalsukannya di dalam setiap tiga
peringkat masa pertama iaitu masa Sahabat, al-Tabi’in dan Tabi’Tabi’in.

Para ulama tidak menetapkan tentang bilangan mutawatir, ada di antara mereka yang menghadkan
bilangannya dengan bilangan tertentu seperti lima, tujuh, sepuluh, dua puluh, empat puluh dan
sebagainya, tetapi mengikut pendapat yang kuat bilangan mutawatir ialah bilangan yang
membawa kepada keyakinan terhadap perkataan-perkataan orang yang meriwayatkan, tanpa
dihadkan bilangan yang tertentu.
Hadis mutawatir terbahagi kepada dua bahagian :
i. Hadis mutawatir lafzi:
Iaitu hadis yang sama makna dan lafaz, diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mencapai tahap mutawatir seperti :
)‫من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار (رواه المسلم‬
Maksudnya: Barang sesiapa yang mendusta keatas ku secara sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya
dari neraka.
ii. Hadis mutawatir maknawi:
Mutawatir maknawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi dengan makna yang sama tetapi berlainan
lafaz ( matan ) contohnya hadis berkaitan peristiwa Isra’ dan Mikraj serta hadis berkaitan mayat yang disoal di
dalam kubur.
Hadis mutawatir banyak berlaku di dalam bentuk hadis yang berupa perbuatan seperti hadis yang menceritakan
tentang Baginda mengambil wuduk, sembahyang, haji, dan sebagainya.
HUKUM HADIS MUTAWATIR
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa hadis-hadis mutawatir adalah sabit
daripada Rasulullah S.A.W. secara yakin, wajib beramal dengannya, murtad mereka
yang mengingkarinya.
2. Hadis Masyhur
Hadis masyhur bererti hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi dan ke atas dalam setiap
tabaqat tetapi tidak mencapai jumlah hadis mutawatir. Contoh hadis ini ialah :
)‫وانما لكل امرىء مانوى (رواه البخاري ومسلم والترمذي وأحمد‬,‫انما األعمال بالنيات‬
Maksudnya: setiap amalan itu bermula dengan niat dan ia dikira dari apa yang ia niatkan.
Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Umar bin Al-Khattab r.a kemudian ia disambung oleh
sejumlah perawi yang mencapai tahap mutawatir.

Hukum hadis masyhur : Tidak diyakini sabitnya dari Rasulullah S.A.W. tetapi ia memberi
ketenangan dan zanni yang hampir kepada yakin, wajib beramal dengannya, dan fasik orang
yang mengingkarinya tetapi tidak murtad.
3. Hadis Ahad
Hadis ahad bererti hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua atau lebih perawi
tetapi tidak mencapai bilangan mutawatir atau masyhur.

Hukum hadis ahad : Para ulama telah sepakat menerima hadis ahad sebagai hujah
atau sumber hukum jika ia memenuhi syarat-syarat penerimaannya.
KEHUJAHAN AL-SUNNAH
Para ulama bersepakat berpendapat bahawa al-Sunnah dianggap hujah dan sumber hukum. Maka
wajib beramal dengannya jika ianya sabit daripada Rasulullah S.A.W. Ini bersandarkan kepada Al-
Quran, al-Sunnah, ijmak dan akal.
1. Menurut al-Quran :
Al-Quran menunjukkan bahawa setiap yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W. bertujuan
mensyariatkan sesuatu hukum adalah wahyu daripada Allah S.W.T. Banyak ayat yang menunjukkan
wajib mengikut al-Sunnah. Di antaranya firman Allah S.W.T. :-
Maksudnya : Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya
bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras
hukumanNya. (al-Hasyr 59:7)
2. Menurut al-Sunnah :-
‫تركت فيكم امرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب هللا وسنة نبيه‬
Maksudnya : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu semua tidak akan sesat selagi kamu semua
berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan al-Sunnah Ku. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa kita tidak akan sesat jika berpegang dengan hadis. Melalui penjelasan tersebut
menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran dan hadis merupakan landasan dan asas pegangan umat manusia.
Selain itu, Rasulullah S.A.W. bersabda :
‫عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الرشدين من بعدى‬
Maksudnya : Kamu hendaklah berpegang dengan sunnah Ku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin selepas
daripadaku. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis di atas menerangkan bahawa kita hendaklah berpegang dengan
dengan sunnah Rasulullah S.A.W. dan sunnah Khulafa al-Rasyidin. Kemudiannya, hendaklah kita mematuhi
perintah pemerintah selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
3. Menurut Ijmak :-
Para ulama semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W. sehingga hari ini sepakat
bahawa wajib berpegang dengan hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Sunnah
dan mesti dirujuk kepadanya untuk mengetahui hukum-hukum syarak.

Oleh yang demikian, tidak ada para sahabat dan mereka yang terkemudian daripada
mereka membezakan di antara hukum yang ada di dalam al-Quran dan hukum yang
ada dalam al-Sunnah, kedua-dua ini di sisi mereka wajib diikuti kerana sumber
keduanya adalah satu iaitu wahyu Allah S.W.T.
4. Menurut akal:
Suatu yang diyakini bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah yang
ditugaskan menyampaikan seruan kepada umatnya daripada Allah S.W.T.
Oleh itu, mempercayai kerasulan Baginda mengkehendaki kita wajib mentaatinya,
patuh kepada hukumnya dan menerima setiap yang datang daripadanya iaitu
mengenai ketaatan kepada Allah S.W.T. dan hukum-hukum yang telah ditetapkan
oleh Allah S.W.T.
Maka tidak tergambar bahawa kita beriman dengan Rasulullah S.A.W. jika kita
menyalahi dan tidak menerima apa yang dibawanya
KAITAN ANTARA AL-SUNNAH DAN AL-QURAN

Al-Sunnah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan al-Quran dalam menentukan
hukum. Al-Sunnah sebagai sumber hukum kedua juga berperanan besar dalam
menetapkan sesuatu hukum tersebut. Antara kaitan antara al-Sunnah dan al-Quran dalam
menetapkan sesuatu hukum ialah:
1. Al-Sunnah bertindak sebagai penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat
di dalam al-Quran.
Al-Sunnah akan menjadi sokongan kepada ayat-ayat al-Quran yang membawakan hukum
yang sama. Hal ini dapat menguatkan lagi perintah Allah sama ada yang berbentuk
tuntutan mahupun larangan. Sebagai contoh, hukum haram membunuh, menderhaka
kepada ibu bapa, wajib solat, puasa, hukum potong tangan terhadap pencuri.
Firman Allah S.W.T. berkaitan perintah kewajipan berpuasa ialah:
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah
2 : 183)

Perintah kewajipan berpuasa ini disokong menerusi sabda Baginda Rasulullah S.A.W. iaitu:
‫ وصوم رمضان‬, ‫ والحج‬, ‫ واءقام الصالة واءيتاء الزكاة‬, ‫ وأن محمد راسول هللا‬, ‫ شهادة أن ال اله هللا‬: ‫بني األسالم على خمس‬
Maksudnya : terbina Islam atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan
sesungguhnya Nabi Muhammad itu, pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari)
2. Al-Sunnah sebagai penjelas atau mubayyin kepada ayat-ayat al-Quran yang mujmal.
Kebanyakan ayat-ayat al-Quran hanya menerangkan perkara yang berkaitan dengan Islam secara umum sahaja tanpa
menjelaskannya. Penjelasan daripada al-Sunnah ini dapat mengelakkan umat Islam daripada terkeliru mengenai perintah yang
terdapat di dalam al-Quran.
Al-Sunnah akan berperanan untuk menjelaskannya termasuklah menerangkan kaifiyat melakukan sesuatu ibadat itu. Sebagai
contoh, kaedah pelaksanaan solat. Antara ayat al-Quran yang menyatakan kewajipan solat kepada seluruh umat Islam ialah:
Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan bani Israil (dengan berfirman):
"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak
yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah
sembahyang serta berilah zakat". kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian
kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (al-Baqarah 2: 83)
Al-Sunnah menerangkan kaedah pelaksanaan solat dengan merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W:
‫صلوا كما رأيتموني أصلي‬
Maksudnya : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari, Ahmad, al-Darimi)
3. Mengkhususkan hukum-hukum yang umum.
Hukum-hukum di dalam al-Quran yang umum akan dikhususkan melaui peranan al-Sunnah. Sebagai contoh,
pembahagian harta pusaka menurut al-Quran bersifat umum kepada semua anak-anak. Namun, kehadiran al-
Sunnah mengkhususkannya dengan menolak golongan pembunuh dari menerima harta pusaka. Ayat al-Quran
yang umum memberi hak pewarisan harta pusaka kepada semua anak tanpa ada halangan ke atas mereka:
Maksudnya : Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. ………(an-Nisa 4: 11)
Al-Sunnah memberi pengkhususan dengan melarang pembunuh dari mewarisi harta pusaka. Setiap anak yang
membunuh waris mereka, tidak layak menerima pusaka. Sabda Baginda Rasululah S.A.W mengenai halangan
ini ialah:
‫ال يرث القاتل‬
Maksudnya : Pembunuh tidak dapat mewarisi pusaka. (Riwayat Ibnu Majah Al-Tarmizi)
4. Memuqayyadkan hukum-hukum al-Quran yang mutlak.
Hukum yang terkandung di dalam al-Quran yang mutlak atau tetap akan dimuqayyadkan atau diperincikan lagi menerusi
peranan al-Sunnah. Hal ini bagi membolehkan sesuatu hukum itu dilaksanakan dengan lebih teratur.
Sebagai contoh, kewajipan memotong tangan bagi pencuri adalah mutlak. Namun, al-Sunnah telah memuqayyadkannya dengan
menetapkan kadar nilai barangan yang dicuri itu. Ayat al-Quran yang mutlak menunjukkan hukuman potong tangan bagi sesiapa
yang melakukan kesalahan mencuri.

Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka
sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Ma’idah 5: 38)
Lafaz al-Sunnah yang menetapkan kadar nilai barangan curian iaitu mestilah ¼ dinar atau lebih. Pencuri yang mencuri barangan
kurang daripada ¼ dinar tidak perlu dipotong tangan.
‫اقطعوا في ربع دينار والتقطعوا فيما هو ادنى من ذلك‬
Maksudnya : Tidak dipotong tangan melainkan yang mencuri ¼ dinar atau lebih. (Riwayat Ahmad)
5. Membawa hukum-hukum baru yang tidak terdapat di dalam al-Quran.
Terdapat juga hukum yang telah dikeluarkan melalui al-Sunnah sama ada menerusi percakapan atau
perbuatan Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya setiap tindakan dan ucapan Nabi itu adalah dari Allah.
Maka, setiap yang diperintahkan oleh Nabi dianggap sebagai perintah daripada Allah. Sebagai
contoh, Allah telah melarang seseorang lelaki menghimpunkan adik beradik perempuan sebagai
isterinya di dalam al-Quran.
Manakala, lafaz al-Sunnah pula menambahkan golongan wanita yang haram dihimpunkan sebagai
isteri ialah ibu saudara dan anak saudara. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang menyatakan
larangan ini ialah:
‫ال تجمع بين المرأة وعمتها‬
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghimpun antara seorang perempuan dengan ibu saudaranya.
(Riwayat Bukhari, Muslim) Kesimpulannya, al-Sunnah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
al-Quran sebagai sumber dalam menetapkan sesuatu hukum. Al-Sunnah adalah sumber hukum yang
utama selepas daripada al-Quran. Oleh itu, setiap umat Islam wajib beriman dengan al-Sunnah dan
sesiapa yang menolaknya adalah kufur.

Anda mungkin juga menyukai