Anda di halaman 1dari 16

PENCEGAHAN JENAYAH SEKSUAL DI

KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


KANAK-KANAK

Didefinisikan sebagai seseorang


yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dalam Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak dan
Akta Kanak-Kanak, 2001
JENAYAH SEKSUAL
Perbuatan menyerang atau melakukan
kekerasan jenayah kepada seseorang
dengan niat hendak mencabul
kehormatan, merogol atau melakukan
hubungan yang bertentangan dengan
aturan tabii tanpa kerelaan mangsa
JENAYAH SEKSUAL

Boleh dilakukan dengan cara :-

• Lisan
• Bukan Lisan
• Visual
• Psikologikal
• Fizikal
1. LISAN
1.1 Kata-kata / Komen
1.2 Gurauan
1.3 Bunyi
1.4 Soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau
cadangan seksual

2. BUKAN LISAN / ISYARAT


2.1 Pandangan / Kerlingan
2.2 Menjilat bibir
2.3 Pegang / makan dengan cara menggoda
2.4 Isyarat tangan
2.5 Tingkahlaku mengurat
3. VISUAL
3.1 Menunjukkan bahan lucah
3.2 Melukis gambar lucah
3.3 Menulis surat berunsur seksual
3.4 Mendedahkan bahagian sulit

4. PSIKOLOGIKAL
4.1 Mengulangi jemputan sosial
4.2 Pujuk rayu yang berterusan
4.3 Ugutan atas rakaman aksi lucah
5. FIZIKAL
5.1 Sentuhan yang tidak diingini
5.2 Menepuk
5.3 Mencubit
5.4 Mengusap
5.5 Menggesel badan
5.6 Memeluk
5.7 Mencium
5.8 Serangan seksual
APA MAKSUD
PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP
KANAK-KANAK
PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

 Merupakan salah satu daripada penderaan


kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang
perlakuan individu yang memaksa, memperdaya
atau mengugut kanak-kanak yang mendorong
berlakunya hubungan seksual dengan mereka,
semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

 Kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau


seseorang yang jauh lebih tua atau dalam
kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-
kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai
stimulasi seksual bagi orang tersebut atau
orang lain
JENIS- JENIS JENAYAH PENDERAAN
SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK
 Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur
 Menyentuh bahagian sulit
 Menunjukkan bahan-bahan lucah
 Mengambil gambar dalam aksi seksual
 Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual
 Membuat panggilan telefon lucah
 Merogol
 Melakukan seks oral.
 Meliwat
 Melacurkan
 Mengintai
 Mencium
 Mengusap
 Mempamerkan aksi lucah
AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL
TERHADAP KANAK-KANAK 2017
TARIKH PERKENAN DIRAJA : 3 JULAI 2017
TARIKH PENYIARAN DALAM WARTA : 7 JULAI 2017
TARIKH KUATKUASA PADA : 10 JULAI 2017
SEKSYEN KESALAHAN HUKUMAN

11 Berkomunikasi secara seksual Penjara tidak lebih 3 tahun


dengan kanak-kanak
12 Penyantunan kanak-kanak (pujuk Penjara tidak lebih 30 tahun
rayu dengan niat kanak-kanak itu dan 6 sebatan
melakukan pronografi)
13 Berjumpa selepas penyantunan Penjara tidak lebih 10 tahun
untuk melakukan perbuatan seksual dan boleh dikenakan sebatan
14 Amang seksual fizikal terhadap Penjara tidak lebih 20 tahun
kanak-kanak dan sebatan
15 Amang seksual bukan fizikal atas Penjara tidak lebih 10 tahun
kanak-kanak (perkataan atau apa- atau denda tidak lebih
apa bunyi atau gerak isyarat, tunjuk RM20, 000 atau kedua-duanya
objek/badannnya)
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
 Jangan berjalan seorang diri.
 Elakkan berjalan di tempat sunyi.
 Berjalan dalam berkumpulan.
 Jangan mudah terpedaya dengan perkenalan singkat.
 Jangan mudah mempercayai orang yang baru dikenali.
 Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu pasangan.
 Maklumkan setiap pergerakkan kepada keluarga /
rakan / guru.
 Elakkan hubungan seks bebas.
 Jauhi pengaruh negatif / dadah.
 Jauhi media-media lucah.
JIKA BERLAKUNYA
PENDERAAN SEKSUAL
JANGAN
MENDIAMKAN DIRI !!!
LAPOR SEGERA !!!!!!!!!!

Anda mungkin juga menyukai