Anda di halaman 1dari 21

SAJAK “GELANGGANG”

LEE CHEE KANG

SIAH JIA WEI

https://youtu.be/2NPKaX1gBqA
APAKAH MAKSUD GELANGGANG?
NEGARA
RANGKAP 01

Ini Gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari

Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau, negara
ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabakan adanya persepakatan antara
kaum di negara ini.
RANGKAP 02

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman Makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watah dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
RANGKAP 02

Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal inilah yang
telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah
bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada
ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan
dapat dikekalkan seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan
bertoleransi.
RANGKAP 03

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati Nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
RANGKAP 03

Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah


negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat
keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara,
mereka perlu ditentang habis-habisan.
RANGKAP 04

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan


sesama sendiri.
RANGKAP 05

Kitalah pewaris abadi yang menjunjang Amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjang dan taat hingga ke akhir hayat.
RANGKAP 05

Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan


negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi aman
dan seterusnya dihormati oleh negara ini lain. Sewajarnya, kita mencurahkan
sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.
PENGAJARAN
01.
Kita mestilah bersedia untuk berkorban demi negara.

Nenek moyang tanah air kita sanggup membuat pengorbanan yang


besar untuk memerdekakan negara kita.
PENGAJARAN
02.
Kita mestilah berani menentang anasir-anasir negative yang
menggugat keamanan negara.

Rakyat perlu bersikap berani untuk menentang pengaruh-pengaruh


luar yang menggugat keamanan negara sendiri supaya keharmonian
negara kita terjamin.
PENGAJARAN
03.
Kita mestilah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara.

Rakyat harus Bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan


negara dan imej negara di persada antarabangsa.
(Modul m/s 63)
SOALAN (Modul m/s 62-63)
(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa suara-suara momokan
sumbang yang dinyatakan pada rangkap ke-3?

Maksud frasa suara-suara momokan sumbang yang dinyatakan pada rangkap ke-3 ialah…

Maksud frasa suara-suara momokan sumbang yang dinyatakan pada rangkap ke-3 ialah hasutan-
hasutan negatif.
SOALAN (Modul m/s 62-63)
(ii) Berdasarkan semua bahan di atas, nyatakan
tanggungjawab rakyat bagi memastikan kemerdekaan negara
tetap tepelihara.
Berdasakan semua bahan di atas, tanggungjawab
rakyat bagi memastikan kemerdekaan negara tetap
tepelihara adalah seperti….. (3 isi)
Berdasarkan semua bahan di atas, tanggungjawab rakyat bagi memastikan kemerdekaan negara tetap terpelihara
adalah seperti sikap yang perlu ada pada seseorang remaja agar mampu menempuh dugaan hidup ialah bersedia
untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Selain itu, kita harus berhati-hati agar tidak mudah terpedaya. Akhir
sekali, kita haruslah berani menempuh dugaan.
SOALAN (Modul m/s 62-63)
(iii) Pada pendapat anda, sejauh manakah media sosial kini mampu
menjadi ancaman kepada perpaduan rakyat Malaysia?

Pada pendapat saya, media sosial kini mampu menjadi ancaman kepada …. (3 isi)

Pada pendapat saya, media sosial kini mampu menjadi ancaman kepada perpaduan
rakyat Malaysia kerana berita palsu sukar dikawal melalui media sosial. Selain itu,
masyarakat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Akhir sekali, anak muda
sering menyalahgunakan media sosial untuk memutarbelitkan fakta.
SOALAN (Modul m/s 62-63) Sebagai pengerusi Kelab
Sejarah, beberapa
aktiviti sempena
(iv) Sebagai pengerusi Kelab Sejarah, anda ingin menjalankan beberapa sambutan Hari
aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah bagi Kemerdekaan peringkat
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid sekolah sekolah bagi
anda. menyemarakkan
Huraikan aktiviti-aktiviti yang selras dengan objektif tersebut. semangat patriotisme
Sebagai pengerusi Kelab Sejarah, beberapa aktiviti sempena sambutan Hari dalam kalangan murid-
Kemerdekaan peringkat sekolah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam murid sekolah anda
kalangan murid-murid sekolah anda adalah seperti menayangkan filem kenegaraan ialah….
seperti PASKAL. Selain itu, saya akan mengadakan lawatan ke muzium sejarah
seperti Muzium Negara. Seterusnya, saya juga akan mengadakan karnival sejarah
yang mempamerkan pelbagai maklumat sejarah.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai