Anda di halaman 1dari 5

APAKAH ITU SAINS ?

SAINS ialah suatu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik ke atas alam semulajadi dan pengaruhnya terhadap kehidupan dan alam sekitar kita Sains membantu kita lebih memahami fenomena semulajadi yang berlaku di sekeliling kita. Fenomena semulajadi ialah kejadian yang berlaku dalam alam semulajadi

Kita menggunakan pengetahuan sains untuk mereka cipta pelbagai peralatan ( misalnya telefon dan komputer ) dan kaedah yang berguna ( misalnya pemindahan organ dan pembedahan mikro ) Aplikasi ilmu pengetahuan sains dalam kehidupan harian manusia disebut sebagai TEKNOLOGI

KEPENTINGAN SAINS
Sains membantu menjadikan kehidupan kita lebih selesa. Misalnya kita mencipta pelbagai jenis mesin untuk melakukan kerja dengan lebih pantas dan cekap Sains membantu kita memahami alam sekitar. Hal ini bukan sahaja menolong kita untuk meningkatkan kualiti alam sekitar tetapi juga memuliharanya untuk generasi yang akan datang

Contoh manfaat sains dalam kehidupan harian


Bidang Domestik Pengangkutan Pertanian Komunikasi Manfaat sains

Anda mungkin juga menyukai