Anda di halaman 1dari 9

The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya

daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi dan bergantung pada sesuatu situasi.

Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam.

Perkembangan emosi ini akan berlaku kepada kanak-kanak dalam dua peringkat:
peringkat emosi idea

peringkat emosi pemikiran.

Peringkat emosi idea ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi bawah sedar

Emosi pemikiran akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila kanak-kanak mampu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi.

Kanak-kanak mula mampu mengawal emosi mereka dengan dalam permainan yang dijalankan. Sudah mula mampu menerima kekalahan. Mampu berfikir secara kreatif dalam permainan. Mampu bermain secara satu pasukan dengan baik dengan mengamalkan semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli pasukan.

Pendidikan Jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka. Memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid.

Meningkatkan pengawalan emosi kanak-kanak termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan.

Sekian Terima kasehhh

Anda mungkin juga menyukai