Anda di halaman 1dari 2

BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS 125 gm butter 150 gm gula perang 180 gm tepung gandum 1 sudu

kecil baking powder 1/4 sudu kecil soda bikabonat 1 biji telur 1/2 sudu kecil esen vanila 120 gm coklat chip 60 gm badam berkulit panggang (racik) - aku tak guna badam tapi kacang walnut 3 sudu makan kelapa kering (tak guna kelapa tapi ganti dengan quaker oat) Cara:Pukul butter dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanila. Masuk tepung gandum yang di ayak sama dengan baking powder dan soda. Masukkan coklat chip, quaker oat dan walnut. Jika doh lembik, masukkan dalam peti ais supaya senang di bentuk. Sudukan adunan dalam loyang pembakar. Bakar pada suhu 150C selama 25 - 30 minit. RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE) Bahan-bahan ayak : 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum 10 gm (3 tsp) serbuk koko 2 Tbsp tepung jagung 1/2 tsp soda bikarbonate 2 Tbsp susu tepung Secubit garam Bahan-bahan lain : 250 gm mentega 150 gm gula kastor 1/2 tsp asen vanilla 1 biji kuning telur 100 gm (1/2 cawan) coklat chip 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional Cara-cara : Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul rata. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Apam Polka Dot


Bahan-bahan ( 50-80 biji ) 3 biji telur Gred A (dari peti sejuk) 2 1/4 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula halus 3/4 cawan susu segar 1 sudu kecil esen vanila 3 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil ovalette filling secukupnya (saya pakai jem strawberi aja ;D) pewarna 50-80 papercups medium acuan kuih lompang Cara-cara masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti) picitkan adunan ke dalam papercup (setengah ja) letakkan filling di tengah2 (buh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit ;D) picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit

Anda mungkin juga menyukai