Anda di halaman 1dari 8

MASTERS COUNSELLING UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Kuliah 2 (8 September 2012)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN MASALAH

(1): Menghuraikan senario berkaitan dengan tajuk. Senario ini hendaklah disokong oleh data terkini); (2): Tonjolkan aspek yang menjadi tumpuan penyelidikan sebelum ini. Jika boleh aspek ini hendaklah agak detail. (3): Tonjolkan aspek yang kurang diberikan tumpuan oleh penyelidik sebelum ini (4): (Disebabkan ianya kurang diberikan tumpuan), beberapa persoalan berkaitan dengannya boleh ditimbulkan, iaitu umpamanya seperti: (1)........., (2).........., (3).........., atau (4)............. (5): Kajian ii dilakukan untuk mengisi kekurangan ini. Secara khusus kajian ini dilakukan untuk (1)........., (2).........., (3).........., dan (4).............

CONTOH MENULIS PERNYATAAN MASALAH

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2000), keluarga luar bandar secara puratanya mempunyai anak seramai 5.4 orang bagi setiap keluarga. Wan Ibrahim Wan Ahmad (1990) pula dalam kajian beliau ke atas wanita luar bandar di daerah Kuala balah, Kelantan menunjukkan wanita di situ memiliki anak seramai 6.4 orang bagi setiap keluarga. Maklumat ini menunjukkan keluarga di luar bandar pada umumnya memiliki anak yang ramai. Jumlah anak atau tahap fertiliti yang dimiliki wanita luar bandar telah berjaya menarik minat ramai pengkaji demografi di Malaysia. Sehingga kini tokoh-tokoh demografi di Malaysia, seperti umpamanya Abdul Majid Md Salleh, Chan Kok Eng, Osman Yaacob, Asmah Ahmad, ataupun Wan Ibrahim Wan Ahmad sekadar beberapa contoh, telah berjaya mengkaji pelbagai aspek penting demografi di Malaysia. Bagaimanapun tokoh-tokoh ini hanya memberikan tumpuan ke atas aspek tertentu sahaja berkaitan fertiliti ini. Abdul Majid Md Salleh (1986), umpamanya, walaupun telah banyak mengkaji fertiliti, akan tetapi tumpuannya adalah lebih banyak ke atas perkaitan di antara pelbagai faktor ekonomi dengan fertiliti wanita. Chan Kok Eng (1989) pula, sesuai dengan latar belakang pengajiannya adalah geografi, banyak memberikan tumpuan ke atas perbezaan tahap fertiliti wanita mengikut ruang. Selain itu Osman Yaacob (1990), juga selain banyak mengkaji aspek mortaliti, juga turut memberikan tumpuan ke atas pengaruh faktor sosioekonomi ke atas fertiliti. Keadaan yang sama juga yang menjadi tumpuan Asmah Ahmad (1988) ataupun Wan Ibrahim Wan Ahmad (1990) dalam kajian-kajian mereka lakukan sebelum ini.

Daripada pelbagai kajian tersebut, didapati tidak banyak penyelidik yang cuba memberikan tumpuan ke atas pengaruh faktor intermediate variables seperti yang pernah disarankan oleh tokoh demografi terkenal, Judith Black. Judith Black (1965) dalam kajian beliau menyarankan agar penyelidik fertiliti turut memberikan tumpuan ke atas faktor-faktor ini kerana bagi beliau faktor-faktor inilah yang sebenarnya yang mempengaruhi tahap fertiliti wanita. Bagi Judith Black, faktor intermediate variables boleh mempengaruhi tahap fertiliti secara langsung, sedangkan faktor-faktor lain, termasuk faktor sosio ekonomi dan demogarfi hanya mempengaruhi fertiliti secara tidak langsung. Bagaimanapun sehingga kini belum ada kajian yang menyelidiki pengaruh faktor intermediate variables ini ke atas tahap fertiliti wanita di Malaysia. Oleh kerana kajian ke atas aspek ini belum banyak dilakukan, maka beberapa persoalan berkaitan pengaruh faktor intermediate variables ini ke atas tahap fertiliti wanita di Malaysia masih menjadi tanda tanya. Umpamanya apakah bentuk perkaitan di antara kekerapan hubungan suami isteri dengan tahap fertiliti masih belum terjawab. Begitu juga adakah wanita yang menetapkan ingin memiliki anak yang ramai semasa memulakan perkahwinan juga akhirnya boleh menjadikan tahap fertilti wanita tersebut adalah tinggi? Pendeknya banyak persoalan berkaitan dengan hubungan di antara faktor intermediate variables ini dengan tahap fertiliti yang masih belum terjawab. Oleh yang demikian adalah diharapkan kajian yang dilakukan ini dapat memberikan jawapan ke atas persoalan tersebut.

TINJAUAN LITERATUR

Ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian jika kita ingin menyelongkar litertatur; iaitu: (1): Definisi konsep yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan, terutamanya konsep atau pembolehubah terikat kajian; Tengok teori yang sesuai dengan konsep @ pembolehubah terikat kajian Cari data berkaitan atau kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji lain mengenainya (untuk mengenalpasti trend) Sebagai tambahan, kita juga boleh mengenalpasti tokoh-tokoh utma yang telah mengkaji aspek yang kita kaji

(2)

(3)

(4)

Tinjauan Literatur

Wan Ibrahim Wan Ahmad, dalam kajiannya di daerah Kuala Balah, Kelantan, seperti yang dilaporkan oleh Ali bin Abd. Rahman (2001) menunjukkan wanita desa pada umumnya memiliki anak seramai 5.6 orang. Ali bin Abd Rahman (2001), yang memetik kajian yang dilakukan oleh wan Ibrahim wan Ahmad, mendapati kebanyakan wanita desa memiliki anak seramai 5.6 orang.

DESIGN PENYELIDIKAN 3 Jenis Utama; (1): Kuantitatif (2): Kualitatif (3): Mixed Method (Triangulation)

TEKNIK MENULIS TAJUK Ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian apabila anda ingin menulis tajuk supaya tajuk tersebut menepati kehendak penulisan tajuk, iaitu: (1): Menggunakan perkataan yang menggambarkan teknik analisis data kajian. Ada tiga perkataanyang sesuai, iaitu (a) Perbezaan, (b) Perkaitan @ Hubungan, dan (c) Pengaruh; (2) Ada pembolehubah bebas kajian; (3) Ada pembolehubah terikat kajian; (4) Ada kawasan kajian (bergantung kepada penyelia) (5) Pendek dan menarik (not more than 15 words)

Contoh (yang boleh diterima) Perkaitan Di Antara Umur, Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Jumlah Anak Sedia Ada dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

Contoh (yang tidak boleh diterima) Perkaitan Di Antara Umur, Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan, Umur Pada Perkahwinan Pertama, Tempoh Perkahwinan, dan Jumlah Anak Sedia Ada dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

Teknik Memperbaiki Tajuk Yang Kurang Baik (1): Menggunakan perkataan lain yang menggabungkan semua pembolehubah bebas kajian yang ada; Perkaitan Di Antara Faktor Sosiodemografi dan Ekonomi dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

(2): Meninggalkan semua perbolehubah bebas yang ada. Apa yang ada dalam tajuk baru hanyalah (pembolehubah terikat dan kawasan kajian sahaja);

Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

(3): Memulakan tajuk dengan frasa berikut, iaitu: "Faktor-Faktor Yang Berpengaruh ke Atas ...", atau

Faktor-Faktor Yang Berpengaruh ke Atas Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

"Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan ...." Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

TUGASAN (1): Siapkan pengumpulan data (2): Siapkan analisis data (siapkan jadual) (3): Terus menulis BAB 3

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai