Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral yang Dapat Menarik Minat Pelajar

1. Tayangan Video
Contoh tajuk : menghormati jiran tetangga - Guru menyediakan tayangan video berkaitan kehidupan jiran tetangga - Video berkaitan pentingnya amalan berbuat baik sesama jiran Pelajar akan lebih sedar betapa pentingnya menghormati jiran tetangga

2. Aktiviti kemasyarakatan
Contoh tajuk : kasih akan kedua ibu bapa - Guru membawa pelajar ke pusat warga emas - Pelajar boleh berkongsi kisah dan membuat aktiviti bersama warga emas Pelajar akan sedar akan tanggungjawab menjaga dan mengasihi kedua ibu bapa mereka

3. Kuiz
Contoh tajuk : memahami agama-agama lain - Guru menyediakan soalan-soalan berkaitan ciriciri asas setiap agama (Hindu, Budha, Kristian, Islam) - Pelajar bersaing untuk menjawab soalan dengan betul - Kumpulan yang menang akan diberikan hadiah Dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan memahami ciri-ciri agama lain

Nyanyian
Contoh: nyanyian lagu - Guru memasang lagu-lagu yang mempunyai nilai yang menjadi tajuk pengajaran pada hari tersebut dan menyanyi bersama murid-murid. -Lebih menarik jika guru memain alat instrumen muzik seperti gitar, piano dan sebagainya. Contoh lagu: Lagu yang mempunyai nilai menjaga kebersihan diri, alam sekitar, budi bahasa dan lagu-lagu patriotik.

Lakonan
Contoh: lakonan babak situasi sebenar atau sketsa - Guru meminta murid-murid untuk melakonkan situasi seperti gotong-royong ( nilai bekerjasama), suasana perayaan (nilai kepercayaan kepada Tuhan), membantu warga tua (nilai hormat) -Guru boleh menyediakan props atau meminta murid-murid untuk mencipta props mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai